Wednesday, April 6, 2011

SAJAK PERJUANGAN



Wahai saudarakku"

Ketika engkau gembira menikmati hidangan mu....

Ramai saudara sebayamu

sedang merintih kelaparan....

Sedang berjuang merebut sekeping roti yang bersarang....

Wahai saudarakku"

Ketika engkau tertawa menikmati kemewahan…....

Ramai saudaramu disana

Menitiskan darah perjuangan....

Menangis sayu dalam kesejukan....

Mengemis hiba menanti ihsan....

Tiada pakaian apatah lagi

tempat kediaman....

Wahai saudarakku"

Ketika kita masih mampu bersenda gurau…...

Pernahkah kita menangis kerana nasib saudara seiman?

Pernahkah kita menghulurkan tangan menyelamatkan mereka??

Atau pernah bermimpi betapa sengsaranya mereka???

Atau kita hanya bermimpi memiliki syurga tanpa mengalirkan peluh apatah lagi darah????






No comments:

Post a Comment