Thursday, January 7, 2010

Mahasiswa Mana Yang KO’







Mahasiswa ko, tapi bukan semualah,

Mahasiswa adalah peringkat yang paling baik untuk menggunakan seluruh kekuatan , untuk menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu , mereka ko’ apabila ilmu yang mereka tuntut tersebut tidak disebarkan dengan seberapa segera , akibatnya lama kelamaan mereka akan ketinggalan dalam ilmu komunikasi , keyakinan dan penyampain .

Mahasiswa juga ko’ juga apabila tidak mampu untuk menguasai berbagai bahasa. Apabila tidak dapat menguasai bahasa mereka akan ketinggalan. Bahasa yang saya maksudkan ialah bahasa Arab dan Inggeris ini kerana, bahasa Arab jika kita tidak tahu maka semestinya kita akan kehilangan kekuatan disebabkan Ianya bahasa Agama yang sumbernya adalah Al-Quran dan Hadith Nabi Saw, Ini menyebabkan ilmu yang di miliki terhad kepada terjemahan dan sekiranya diberikan tanggung jawab untuk membela agama mereka tidak mampu dan hanya berdasarkan semangat yang tidak kekal.

Manakala Bahasa Inggeris pula adalah bahasa Ilmu pengetahuan yang tidak boleh dinafikan lagi, ia perlu untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa untuk meneroka lebih dalam dalam pelbagai ilmu contohnya ilmu kepimpinan dan ilmu moden. Apabila tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris mereka akan menjadi penakut dikala orang ramai mampu berbahasa Inggeris.

Kekuatan sebenar mahasiswa

Kekuatan sebenar mahasiswa ialah banyak menggunakan panduan al-Quran dan Hadith Nabi saw , ini disebabkan ia datang dari Allah Swt yang mencipta sekalian Makhluk serta mengetahui hakikat makhluk tersebut Allah Swt berfirman :

"الا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير" (سورة الملك الآية14)

( Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya! ).

Setiap isu yang timbul adalah urusan Allah Swt, dan di dalam al-Quran dan Hadith banyak pengajaran yang berbentuk jelas, betul dan umum untuk kita jadikan rujukan sebelum kita merujuk kepada tokoh-tokoh tertentu yang tidak dijamin oleh Allah swt. Tokoh –tokoh belum tentu betul apa yang mereka mampu hanyalah sekadar melakukan kajian. Ini kerana tokoh bukan menciptakan makhluk tetapi dikurniakan akal untuk berfikir tentang beberapa perkara yang mampu difikir. Janganlah kita menjadi ta’sub kepada tokoh-tokoh tertentu , sedangkan tokoh tersebut terkadang mereka pun tidak tahu adakah mereka betul atau salah.

Oleh demikian Urusan dan liku perjuangan diketahui oleh Allah Swt dengan Qadar dan ketentuan yang Allah tetapkan. Mahasiswa yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah sahaja mahasiswa yang mapu ke hadapan , kehadapan sampai ke Syurga , intelektual sampai ke syurga dan menang –menang sampai ke syurga , bukan sahaja menang hanya menang pilihan raya kampus, bahkan menang lebih lagi dan jauh lagi iaitu sampai ke Syurga yang menjadi hakikat kehidupan .

..:: Matahari Bersinar Dan Panas Ketika Pagi Dan Matahari Akan Malap Dan Teduh Apabila Petang , Oleh Demikian Gunakan Kekuatan Muda Anda ::..

Monday, January 4, 2010

Kalimah Allah Ada Batasan






Pada minggu ini heboh mengenai isu kalimah Allah yang digunakan oleh Non Muslim, perkara ini saya katakan ia sudah selesai pada zaman Rasulullah Saw lagi, iaitu ia boleh digunakan oleh orang bukan islam, ini kerana Allah patut kita perkenalkan bagi mereka yang kafir, dan menyeru mereka untuk menyembah Allah yang esa tanpa syirik. Selain itu Allah juga bukan sahaja tuhan kepada orang Islam bahkan dia adalah tuhan kepada semua kejadian dan ia perlu diperluaskan kepada mereka yang bukan Islam untuk mendekatkan mereka kepada agama Islam . banyak Hadith-hadith dan Nas Al-Quran yang menyebut tentang perkara ini misalnya hadith mengenai Rasulullah Saw mengutus surat kepada Raja Kisrar, Qaisar, dia tulis Bismillah min Min Muhammadin Rasulillah “ sehingga akhir “.Manakala dalam Al-Quran pula Allah berfirman :


(maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Cuma apa yang menjadi perbahasan ialah, cara penggunaan kalimah Allah ini, ianya mestilah diletakkan beberapa garis panduan oleh mahkamah sekiranya ianya membenarkan penggunaan kalimah ini bagi Non Muslim. Ini kerana kita bimbang Kalimah Allah di gunakan untuk dipersendakan oleh musuh-musuh Islam secara meluas dengan alasan ia telah diluluskan oleh undang-undang.

Mereka yang terkedepan menjawab isu ini antaranya Dr Asri di dalam Artikalnya pada tahun 2007 lagi, dan dengan keilmuan beliau, beliau meletakkan beberapa garis panduan untuk dirujuk oleh JAKIM dan lain-lain nya yang lambat mengolah isu ini. Inilah beberapa garis panduan :

  1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.

  1. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

  1. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.

  1. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

  1. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

  1. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Untuk artikel selebihnya buka blog beliau : drmaza.com