Showing posts with label Bidah. Show all posts
Showing posts with label Bidah. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

APAKAH BID'AH YANG TERCELA?








Perbincangan mengenai bid’ah adalah antara satu perbincangan yang agak panas. Ramai yang mempunyai pendapat masing-masing untuk menterjemahkanya. Walaupun demikian persoalan bid’ah ini bukanlah suatu yang perlu kita anggap ianya kecil, ini kerana jelas banyak hadith-hadith Nabi saw yang menyatakan ancaman dan bahaya melakukan bid’ah. Untuk memahami bid’ah cuba kita teliti lafaz-lafaz hadith mengenai bid’ah di bawah.

Pertama :
عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ  رَدٌّ. [رواه البخاري ومسلم وفي رواية لمسلم : مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ ]

“ Dari Ummul Mu’minin: Ummu Abdillah; Aisyah radhiallahuanha dia berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal) darinya), maka dia tertolak. (Riwayat Bukhori dan Muslim), dalam riwayat Muslim disebutkan: siapa yang melakukan suatu perbuatan (ibadah) yang bukan urusan (agama) kami, maka dia tertolak”.
Kedua : 
عَنْ أَبِي نَجِيْحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَاريةَ رَضي الله عنه قَالَ : وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ الله عليه وسلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ، وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ، فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَأَوْصِنَا، قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ   عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كًثِيْراً. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ   وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ [رَوَاه داود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح]

“ Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam memberikan kami nasehat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasehat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: “ Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Karena di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat (Riwayat Abu Daud dan Turmuzi, dia berkata: hasan shahih) 

Apabila kita meninjau maksud kedua-dua hadith tersebut bid’ah yang dilarang ialah bid’ah yang berkaitan dengan mereka-reka perkara baru dalam agama. Adapun perkara berkaitan dengan dunia Nabi saw memberi keluasan kepada kita untuk berinovasi.  

Namun kekeliruan timbul apabila sesetengah pihak memakai maksud bid’ah disini dengan maksud Lughawi (bahasa), bukan maksud Istilah Syara’. Untuk mengatakan sesuatu itu bid’ah yang dimaksudkan Nabi saw kita tidak boleh mengukur sesuatu dengan penafsiran bahasa semata-mata, kita mestilah memerhatikan apakah yang dimaksudkan dari sudut istilah yang dimaksudkan syara’. Sebagai contoh kalimah solat pada asalnya dari sudut bahasa adalah bermaksud doa, firman Allah:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“ Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Taubah 103)

Tetapi apabila kita mahu memakai makna sebenar solat mestilah dengan difinisi dari sudut istilah bukan bahasa. Kalimah وَصَلِّ disini bukan bermaksud solat tetapi bermaksud doa. Begitu juga masalah bid’ah kita tidak boleh memakai maksud lughawi tetapi mestilah memakai maksud istilah yang dikehendaki syarak, serta apakah yang dimaksudkan syarak tentang benda baru yang tercela tersebut. Inilah yang dimaksudkan Istilah Syarak. Di dalam hadith tersebut jelas iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama, inilah yang dilarang oleh Nabi saw.

 Perkara inilah yang dikatakan oleh Nabi saw sebagai,  وَإِيَّاكُمْ   وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ (Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat). Perkara yang baharu dalam agama inilah yang dimaksudkan Nabi saw sebagai sesat. Oleh demikian, Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunyanya al-Bid’ah wa al-Sunnah telah memilih memilih ta’rif yang paling tepat oleh al-Imam al-Syatibi r.h yang menyatakan bid’ah ialah:

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه

“Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t ”.


Di dalam perkara dunia, Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk berinovasi, pun begitu Islam memantau dan mengawal urusan dunia manusia. Pernah Nabi saw meyuruh sahabat supaya tidak mengahwini mayang tamar, kemudian Nabi saw menarik balik suruhanya itu kerana tersalah, ia hanya melibatkan perkara dunia dan pandangan Nabi saw.

عن رافع بن خديج  رضي الله عنه قال: قَدِمَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ، وَهُمْ يَأْبُرُونَ النَّخْلَ، يَقُولُونَ يُلَقِّحُونَ النَّخْلَ، فَقَالَ: "مَا تَصْنَعُونَ؟" قَالُوا: كُنَّا نَصْنَعُهُ، قَالَ: لَعَلَّكُمْ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا كَانَ خَيْرًا"، فَتَرَكُوهُ فَنَفَضَتْ أَوْ فَنَقَصَتْ، قَالَ: فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: "إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ، وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ رَأْيٍ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ.


Riwayat daripada Rafi` bin Khadij ra, katanya: Rasulullah saw tiba di Madinah, ketika orang Madinah sedang mengahwinkan mayang-mayang tamar. Nabi saw bertanya: Perkara apa yang kamu sedang lakukan itu? Mereka menjawab: Kami sedang mengahwinkan mayang-mayang tamar. Nabi bersabda: “Kalau kamu tidak melakukan begitu nescaya lebih baik” lalu mereka pun berhenti melakukannya dan hasil tamar mereka pun merosot. Kata rawi: lalu mereka maklumkan perkara itu kepada Nabi saw. Nabi bersabda: “Sesungguhnya aku adalah manusia, apabila aku menyuruh kamu mengerjakan sesuatu perkara agama kamu, maka lakukanlah dan jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu pendapat, maka sesungguhnya aku seorang manusia.(Riwayat Muslim:2362)

Di dalam hadith berkaitan dengan tamar ini juga Nabi bersabda:


أَنْتُمْ أَعْلَمْ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ

Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu” ( Sahih Muslim:2363)


Oleh : Ahmad Syahin


Saturday, April 16, 2011

MAJLIS TAHLIL

Majlis tahlil adalah satu acara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Nusantara. Perkara ini sering diasumsiakan sebagai upacara agama oleh sesetengah pihak. Ia dilakukan samaada 7 hari, 40 hari, atau 100 hari. Memisahkan majlis tahlil dari masyarakat amat susah kerana telah dianggap sebagai sebahagian daripada ibadah dan mendapat pahala.

Berhubung dengan demikian, upacara tahlil biasanya dilakukan pada waktu kematian. Apabila berlaku kematian, ramai yang sibuk melakukan acara tahlil atau kenduri aruah yang banyak mengeluarkan kos. Ini adalah satu ajaran yang telah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah saw. Ini kerana apa yang disunnahkan ialah apabila ada kematian disunnatkan kita untuk menyediakan makanan kepada keluarga si mati.

Dalam mencegah majlis tahlil, ramai ustaz yang mengelak untuk menjelaskannya. Ini kerana perkara ini terkadang dianggap sebagai remeh, masih khilaf dan banyak menimbulkan tentangan disebabkan ianya telah dilakukan turun-temurun dan telah mendarah daging dalam masyarakat. Hanya tokoh -tokoh yang kuat hujjah sahaja yang selalu tampil menentang perkara bid’ah ini. Ia juga disebabkan perkara ini terlalu rumit untuk menjelaskan, terutama masih ramai yang menyatakan perkara tersebut masih khilaf. Sebahagian yang lain sibuk berpolitik yang mementingkan maslahah dan mempertimbangan perkara yang paling besar.

Pun begitu , kepada siapakah tanggungjawab ini perlu diserahkan dan dikristalisasikan, apakah kita membiarkan perkara ini terus berlaku, akhirnya menyebabkan agama ini rosak dengan pelbagai tokok tambah orang yang jahil. Majlis tahlil terkadang menyebabkan terlepas solat isya' berjemaah. Hal ini telah berlaku, apabila saya perhatikannya di sesetengah tempat di Kota Medan . Majlis tahlil dilakukan selepas solat maghrib, sehingga ramai jemaah termasuk imam masjid yang menghadirinya. Akhirnya ramai yang tidak melakukan solat isya ' berjemaah di Masjid.

Kesimpulanya, betullah kata-kata yang menyatakan apabila satu bid’ah dicipta, maka akan hilang satu sunnah. Banyak perkara yang boleh dikakukan dan menjadi sunnah pada malam jumaat, tetapi perkara ini telah diisikan dengan majlis yang tidak sepatutnya dilakukan umat Islam sperti yang dilakukan sekarang. Majlis tahlil itu dianggap bid’ah ialah apabila kita menetapkan tempat, waktu dan acara-acara tertentu, sedangkan ianya tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah dan generasi salaf.

Oleh : ahmad syahin

Sunday, April 10, 2011

PENDEKATAN HASSAN AL-BANNA TERHADAP KHILAF



Al-Banna mencatatkan dlm Muzakkirat nya tntang kisah beliau menyampaikan kuliah agama ktka beliau berumur dua puluhan tahun. Beliau mnyampaikn kuliah trsebut antar maghrib dgn isyak d satu sdut d sbuah msjd kcil.stlh skalian wktu, kuliah tersbut tlh mndpt perhatian dan hadirin yg hadir brtmbh. Termsuk juga yg hadir adlh d klngn mrk yg mnyimpan skap dan pndirian lama dlm mslh khilaf dan suka mmbngkitkn api perbalahan.


Shigga pd suatu mlm, al-Banna mrsakan trdpt satu kelainan trhadap hdirin yg hadir. Seolah-olah terdpt perbezaan kelompok antra para pndngr trmasuk tmpt dduk mrk.Pd mlm trsebut, belum sempat al-Banna mmulakn kuliahnya, tiba2 bliau dajukan soalan : “apakah pndangan ust tntng mslh tawassul?”


Maka al-Banna mnjwb : “Wahai saudaraku, aku brpndngn engkau bkn brmksud mahu brtnya tntng mslh ini shj, ttp engkau jga mahu brtnya ttg slwt slps azan, mmbca surah al-Kahfi pd hari Jumaat, lafaz siyadah Rasul dlm tasyahhud, bgaimna kdudukn ibu bapa Nabi SAW d akhirat, samapai atau tdak bcaan al-Quran kpd si mati, adakah perkumpulan2 yg dbina oleh ahli tarikat itu maksiat atau qurbah”. Dan pelbagai mslh lg.


Al-Banna sngja mnyenaraikn smua prkara2 khilaf trsebut yg tlh mnyalakn api fitnah sjk skian lama shgga mmbuat llki pnyoal itu trsentak. Lalu llki itu mnjwb : “ya, aku mhukn jwpn ats ksemua soalan itu!”.


Lalu al-Banna mnjwb: “Wahai saudaraku, aku bknlah sorg alim, ttp aku sorg guru bndr yg mnghafaz sstngh ayt al-quran dan sstngh hadith nabidan mngetahui bbrapa hokum agma stlh mrujuk kpd kitab2. Lalu aku mnawarkn diri utk mngjrkn ilmu itu kpd org ramai. Maka skiranya engkau brtya kpdku soalan yg trkeluar drpd apa yg aku tahu maka engkau tlh mnyukarkn aku, sdgkan ssiapa yg mngtakan aku tdk tahu mka dia jg tlh brfatwa. Skiranya engkau mrsa puas dngn apa yg aku smpaikn, dan mlihat pdnya ada kbaikan, maka dngarilah ia. Sekiranya engkau ingin mngtahui lbih lnjut maka brtnylah kpd para ulama yg pakar selainku. Mrk mmpu mmberikn ftwa trhadap apa yg kamu mahu. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, ssngguhnya Allah tdak mmberatkn k eats ssorg mlainkn apa yg dushakn”.


Itulah jwpn al-Banna kpd llaki trsbut dan llaki itu pd hakikatnya tdak mndpt apa2 jwpn drpd al-Banna. Namun dngn ucapan al-Banna itu para hdirin atau kbnykan mrk mrsa brpuas hati. Lalu dngn ksempatan yg ada al-Banna mneruskan ucapannya dgn brkata: “Wahai saudara-saudaraku, aku amat mngetahui bhwa saudara yg brtny td, trmsuk jga rmai d klngn kalian, tdak brmaksud drpd soalan seumpama itu mlainkan hnya ingn mngetahui, drpd kumpulan mnkah pngajar baru ini? Adakan drpd kmpulan Syeikh Musa atau kmpln Syeikh Sami’?! Ssngguhnya pngetahuan ini tdak mmbrikan apa2 mnfaat kpd kamu, sdgkan kamu tlh mnghabiskn masa dlm keadaan ftnah slma lapan tahun dan ckuplah skadar itu. Kesemua mslh2 ini tlh dperselisihkan oleh umat islam sjk ratusan tahun dan mrk trus brselisih pndpt shgga ke hari ini, namun Allah SWT redha kpd kita untk brkasih syg dan brsatu padu srta mmbnci untuk kita brselisihan dan brpecah-belah. Maka aku ingn mngajak kamu smua brjanji dgn Allah SWT utk mninggalkan smua prkara2 ini skrng, dan brsngguh2 utk mmplajari asas2 agma dan kaedah2nya, beramal dgn akhlaknya, klebihan2nya yg umum dan ptunjuk2nya yg dsepakati. Dan mndirikn sgla kwajipan dan sunat serta mninggalkan sikap mmberat2kn dan trlalu rigid spy hati mnjd suci. Dan spy mnjd tjuan kita smua utk mgetahui kbnaran, bkn hnya krn skadar mahu mmnangkan satu pndangn. Ktka itu, kita mmpelajari ksemua ini brsama dlm keadaan kasih syg, kepercayaan, kesatuan dan keikhlasan. Aku brharap kamu trimalah pndangnku ini agar ia mnjd prjanjian ssama kita utk brbuat demikian”.

Al-Qaradhawi, Yusuff(1995), Fi al-Fiqh al-Awlawiyyat, Qahirah:Maktabah Wahbah, ms266-267

Dpetik oleh Izzuddin Amin dari

KACAMATA MELAYU-Muhammad Mujahid-fellow MANHAL PMRAM-,ms 61-63

Kaherah, sabtu, 5 jamadil awal, 12.06p.m

Friday, February 12, 2010

Maulidur Rasul

للشيخ وحيد عبد السلام بالي من قناة الرحمة


Part 1



Part 2



Part 3



Part 4

Friday, January 22, 2010

Fatwa Imam Syafie tentang tahlil’ Siri 2







1. Di dalam Tafsir Ibnu Kasir terdapat fatwa Imam Al-Syafie.

Firman Allah Swt :

وَأَن لَّيْسَ لِلإِنسَـٰنِ إِلاَّ مَا سَعَىٰ

“ Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. ( Surah Al-Najm : Ayat 39 )

ومن هذه الآية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله ومن اتبعه : أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛

لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم، ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته، ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة رضي الله عنهم، ولو كان خيراً، لسبقونا إليه

“ Dan daripada ayat yang mulia ini telah mengistimbat oleh Imam Syafie rahimahullah dan Orang yang mengikutinya : bahawa membaca ( Al-Quran ) tidak sampai pahalanya kepada orang mati, kerana bukanlah amalan yang mereka lakukan dan bukan apa yang mereka usahakan , oleh itu Nabi Saw tidak mensunnatkan untuk dilakukan oleh ummatnya dan tidak menyarankan untuk melakukanya dan tidak memberi tunjuk ajar kepada perkara ini dengan Nas dan rujukan, dan tidak pernah diriwayatkan daripada satu pun sahabat Nabi Saw. Dan kalaulah baik nescaya mendahului perbuatan ini oleh para sahabat ”. ( Tafsir Al-Quranul Karim / Ibnu Katsir w. 774 H)

2. Dalam kitab Al-Umm. Berkata Imam Syafie rahimahullah :

وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ.

"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)". Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248.

Mungkin ramai dari kalangan pengikut mazhab Syafie tidak menyedari bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di rumah si Mati atau keluarga si Mati bukan sahaja Imam Syafie yang menghukum haram dan bid'ah, malah ramai para ulama mazhab Syafie turut berpendirian seperti Imam Syafie. Adapun antara meraka yang mengharamkan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ialah Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli dan ramai lagi para ulama muktabar dari kalangan yang bermazhab Syafie, sebagaimana beberapa fatwa tentang pengharaman tersebut dari mereka dan Imam Syafie rahimahullah.



3. Dalam kitab ( مغنى المحتاج )

Mengadakan majlis kenduri iaitu dengan berkumpul beramai-ramai terutamanya untuk berzikir, tahlilan, membaca surah Yasin atau kenduri arwah sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Nusantara di rumah si Mati atau memperingati kematian, maka semuanya itu benar-benar dihukum bid'ah yang mungkar oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana fatwa-fatwa beliau dan para ulama yang bermazhab Syafie yang selanjutnya:

وَاَمَّا اِصْلاَحُ اَهْلُ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسَ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.

"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah".

( lihat: مغنى المحتاج. Juz 1. Hlm. 268 )



4. Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:

وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعُهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).

"

Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn majah dengan sanad yang sahih). kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146

Fatwa Imam Syafie dan para ulama muktabar yang bermazhab Syafie telah mengharamkan berkumpul beramai-ramai dan menyediakan hidangan makanan di rumah si Mati untuk tujuan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan (mengirim) pahala bacaan al-Quran kepada arwah si Mati Mereka berdalilkan al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih sebagaimana yang dikemukakan oleh mereka melalui tulisan-tulisan di kitab-kitab mereka. Mereka tidak mungkin mengharamkan atau menghalalkan sesuatu mengikut akal fikiran, pendapat atau hawa nafsu mereka semata, pastinya cara mereka mengharamkan semua itu dengan berdalilkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar dari para ulama yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Kesimpulan

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (مبتدع) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkan oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.

Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:

وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى اْلاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلاَّ الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلاَّ يَخْرُصُوْنَ

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)". Al-An'am, 6:116.

Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:


ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ . اَنَّهُمْ لَنْ يُّغْنُوْا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَيْئًا


"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah". Al-Jasiyah, 45:18-19.



Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan (haram dan bidfah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran dan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar. Dalam membincangkan isu ini pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama dari mazhab Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahala adalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie.



Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.