Majlis tahlil adalah satu acara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Nusantara. Perkara ini sering diasumsiakan sebagai upacara agama oleh sesetengah pihak. Ia dilakukan samaada 7 hari, 40 hari, atau 100 hari. Memisahkan majlis tahlil dari masyarakat amat susah kerana telah dianggap sebagai sebahagian daripada ibadah dan mendapat pahala.
Berhubung dengan demikian, upacara tahlil biasanya dilakukan pada waktu kematian. Apabila berlaku kematian, ramai yang sibuk melakukan acara tahlil atau kenduri aruah yang banyak mengeluarkan kos. Ini adalah satu ajaran yang telah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah saw. Ini kerana apa yang disunnahkan ialah apabila ada kematian disunnatkan kita untuk menyediakan makanan kepada keluarga si mati.
Dalam mencegah majlis tahlil, ramai ustaz yang mengelak untuk menjelaskannya. Ini kerana perkara ini terkadang dianggap sebagai remeh, masih khilaf dan banyak menimbulkan tentangan disebabkan ianya telah dilakukan turun-temurun dan telah mendarah daging dalam masyarakat. Hanya tokoh -tokoh yang kuat hujjah sahaja yang selalu tampil menentang perkara bid’ah ini. Ia juga disebabkan perkara ini terlalu rumit untuk menjelaskan, terutama masih ramai yang menyatakan perkara tersebut masih khilaf. Sebahagian yang lain sibuk berpolitik yang mementingkan maslahah dan mempertimbangan perkara yang paling besar.
Pun begitu , kepada siapakah tanggungjawab ini perlu diserahkan dan dikristalisasikan, apakah kita membiarkan perkara ini terus berlaku, akhirnya menyebabkan agama ini rosak dengan pelbagai tokok tambah orang yang jahil. Majlis tahlil terkadang menyebabkan terlepas solat isya' berjemaah. Hal ini telah berlaku, apabila saya perhatikannya di sesetengah tempat di Kota Medan . Majlis tahlil dilakukan selepas solat maghrib, sehingga ramai jemaah termasuk imam masjid yang menghadirinya. Akhirnya ramai yang tidak melakukan solat isya ' berjemaah di Masjid.
Kesimpulanya, betullah kata-kata yang menyatakan apabila satu bid’ah dicipta, maka akan hilang satu sunnah. Banyak perkara yang boleh dikakukan dan menjadi sunnah pada malam jumaat, tetapi perkara ini telah diisikan dengan majlis yang tidak sepatutnya dilakukan umat Islam sperti yang dilakukan sekarang. Majlis tahlil itu dianggap bid’ah ialah apabila kita menetapkan tempat, waktu dan acara-acara tertentu, sedangkan ianya tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah dan generasi salaf.
Oleh : ahmad syahin
No comments:
Post a Comment