Saturday, April 16, 2011

DEMOKRASI YANG RASIONAL UNTUK NEGARA ISLAM




Demokrasi sering dilaungkan, terutama di negara-negara Islam, ini kerana konsep ini lebih dekat dengan kebenaran berbanding konfigurasi politik otoriter yang tidak memberikan ruang rakyat untuk berpartisipasi di dalam membangunkkan negara. Dalam kebijakan politik semasa, umat Islam perlu memainkan peranan ini dan bergerak tari sesuai dengan irama gendang.
Kita tidak mengatakan, bahawa Islam itu adalah demokrasi dan demokrasi itu adalah Islam, tetapi kita mengatakan bahawa ia adalah satu konsep yang terbaik untuk Islam berbanding dengan konsep-konsep kenegaraan yang lain. Bukan sedikit mereka yang tidak setuju dengan demokrasi, bahkan ada yang menolak secara mentah-mentah dan mengharamkan kerana mendakwa bahawa sistem ini menghalalkan apa yang Allah haramkan di Parlimen.
Ya, betul ada perkara-perkara yang kita setuju bahawa sistem ini memang banyak kelemahanya. Cuma tugas kita ialah mengambil apa yang mementingkan gerak dakwah kita dalam sistem ini dan menolak apa yang Allah telah haramkan. Sebagai cotoh di Negara-negara barat ada negara yang memberikan kebebasan untuk berkahwin antara lelaki dan lelaki, kita secara sebulat suara menolak unsur-unsur seperti ini. Demikian salah, jika ada orang yang mahukan demokrasi 100% seperti barat, yang sebetulnya kita mahukan demokrasi yang menguntungkan Islam.
Perkara lain, ialah meminta jabatan dalam pentadbiran negara yang ada terkandung di dalam demokrasi , memang Nabi saw pun telah melarang untuk meminta jawatan, bahkan ia menyatakan bahawa tidak akan memberikan jawatan kepada mereka yang meminta jawatan. Dalam hal ini, kita perlu menolak juga mereka yang terlibat dalam parti Islam yang meminta jawatan. Oleh demikian pendekatan jemaah parti yang islamis mengambil inisiatif bertanggungjawab memilih calon yang sesuai untuk bertanding di dalam pilihan raya.
Meminta jawatan juga bukan mutlak diharamkan, bahkan boleh meminta jawatan jika keadaan tersebut darurat kerana terpaksa menyelamatkan keadaan. Ini adalah usaha untuk menyelamatkan negara dari kerosakan disebabkan sikap rakus sesetengah pemerintah. Maka dalam hal ini bukan lagi meminta jawatan tetapi amat perlu kepada mereka yang berkemampuan dan amanah untuk memegang jawatan kerana ia adalah tanggung jawab untuk mengubah kemungkaran yang lebih besar mudharatnya. Melepaskan jawatan pada saat ini umpama tidak bertanggungjawab terhadap umat.
Dalam mengenang kembali sejarah tentang sistem khilafah, kita diwajibkan melakukan bai’ah kepada pemerintah muslim, dan konsep inilah yang dikatakan sebagai Jemaah kaum muslimin dan sesiapa yang tidak bai’ah kepada jemmah ini maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyyah. Memamg ini kerana sistem khilafah dahulu bertujuan menerapkan dasar atau dustur Islam dalam pemerintahan Negara. Berbeza dengan apa yang berlaku sekarang, iaitu apabila konstitusi negara sudah tidak lagi merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah dan tidak bercita-cita langsung untuk melaksanakan Islam. Bahkan mengambil Islam hanya sebagai nilai dalam bernegara, satu persoalan yang besar ialah adakah ini disebut sebagai jemmah kaum muslimin sedangkan Islam dipisahkan dari negara?
Tentu sekali tidak!! Lihatkah kepada konstitusi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia yang menjadi nilai tertinggi dalam hairaki Negara ialah Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan dijadikan undang-undang dasar Negara. Begitu juga Indonesia yang menjadi nilai bernegara ialah pancasila, manakala UUD’ 1945 dijadikan dasar negara. Maka dikesempatan inilah kita mesti memainkan peranan penting untuk, menyesuaikan kembali sistem yang ada dengan sistem sebenar Islam. Ini kerana kita bukan lagi berada di bawah payung khilafah yang melaksanakan tuntutan Allah dan Rasulnya. Al-Quran dan Sunnah tidak lagi diletakkan di tempat yang tinggi. Bahkan kebanyakan negara muslim menjadi sekular kerana menurut jejjak langkah dan undang –undang seperti yang ada di negara penjajah. Sebagai contoh di Indonesia banyak memakai undang –undang Belanda dan di Malaysia banyak miring kepada inggeris. Walaupun disana tidak dinafikan ada juga banyak perbezaan.
Dalam memperbahaskan hal ini, suatu perkara yang menarik ialah kenapa Al-Quran dan Sunnah mengatur prinsip-prinsip yang umum di dalam mengelola politik negara? Ternyata bahwa konsep manusia pun mengikut langkah ini, lihatlah kepada hairaki konstitusi negara bahawa perkara yang paling atas ialah nilai bernegara yang paling umum sebagai contoh di Malaysia memakai rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan dan Indonesia memakai Pancasila dan UUD’1945. Oleh demikian, dapat lah kita ketemukan bahawa Islam memberi kebebasan kepada kebijaksanaa pemerintah untuk menggunakan potensi menggunakan kekutan akal dalam menentukan polisi negara yang berlandaskan maslahat semasa umat, sementara Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi dasar yang tertinggi didalam Negara.
Demokrasi Dan Autokrasi
Dalam dunia Islam hari ini, bermula dari dunia Arab sehinggalah ke kepulaun Nusantara, banyak yang terjadi ialah tidak mengamalkan konsep demokrasi tetapi mengamalkan konfigurasi politik secara oteriter. Kaum elite kerajaan yang memerintah mengambil seluruh inisiatif dalam membut polisi negara. Konfigerasi ini ditandai dengan dorongan elite kekuasaan untuk memaksakan pemersatuan, menghapuskan pembangkangan terbuka, dominan pemimpin negara untuk menentukan polisi negara dan dominasi kekuasaan oleh elite yang kekal. Akhirnya melahirkan produk hukum yang konservatif/ortodoks/elitis.
Situasi seperti ini banyak telah merugikan umat Islam, bahkan parti politik dan pergerakan Islam diharamkan bergerak dan ditutup ruang demokrasi, akhirnya berleluasalah kejahilan dan kuku besi pemerintah disesebuah negara. Di Indonesia umpamanya di zaman ORBA rejim Sueharto telah menjalankan diskrimisasi terhadap pembangkang negaranya, siapa yang membangkang, pada malam hari akan hilang diculik, bahkan gerakan Islam jika bergerak bersedialah untuk masuk penjara. Begitu juga di Malaysia rejim Mahathir telah menganakan sekatan ceramah, tahanan ISA sehingga ruang untuk menjelaskan Islam dan demokrasi seolah-olah tidak wujud di negara ini. Rentak yang sama juga yang berlaku di Asia Barat pada bulan januari dan fabruari tahun 2011.
Di Asia Barat, revolusi yang terbesar di dalam sejarah yang telah berlaku di Tunisia , di Mesir dan kemudian merebak ke beberapa negara, seperti di Libya. Sekatan di negara lain, yang terdahulu seperti di Algeria dan Turki, sekatan demi-sekatan yang dilakukan terhadap gerakan Islam dan parti Islam sehingga aktivis dan harakah Islam tidak dapat bergerak , walhal negara-negara tersebut mengamalkan demokrasi. Apa yang terjadi pada hakikatnya ialah penguasaan oteriter yang becorak autokrasi. Namun sekatan dan halangan ini menyebabkan tercetusnya revolusi seperti di Tunisia, mesir, Libya. Di Indonesia berlakunya reformasi yang menggulingkan rejim sueharto. Bak kata orang perlawanan rakyat bergelora bagaikan air bah tidak dapat di bendung, disekat menyebabkan banjir , dilepaskan pun banjir.
Kebanyakan revolusi yang berlaku, ialah bukan kerana rakyat mahukan kehancuran sesebuh negara, bahkan mahukan demokrasi yang dapat mejaga hak-hak rakyat. Mahukan sistem pentadbiran yang telus dan adil terlaksana. Mereka juga mahukan Islam yang mentadbir negara kerana sikap pemerintah telah mendiskriminasikan parti-parti dan gerakan Islam. Ia juga kerana pemerintah tidak bercita-cita lagi untuk melakukan undang-undang Islam dengan menutup segala ruang termasuk demokrasi untuk mengekalkan pemerintahan yang ada. Dengan demikian revolusi menjadi talian hayat terakhir buat pemerintah sperti ini.
Oleh : Ahmad Syahin
16/4/2011, Medan

No comments:

Post a Comment