Sunday, April 10, 2011

ZAMAN DAI'E PERLU MENULIS


Dalam menghadapi dunia yang penuh dengan maklumat , kita sering merintih bahawa maklumat yang banyak ini terkadang menyimpang dari arus kebenaran. Kita membaca akhbar, menonton tv, membaca blog, membuka fb, twitter dan lainya, terdetik di hati kita bahawa maklumat melimpah-ruah dan bercampur-baur. Dunia kebenaran dan kebatilan semakin bersaing antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan pentas dalam masyarakat.


Berhubung dengan demikian, ana menyeru kepada da’ie supaya terus berdakwah setakat yang mampu , terpulanglah kepada anda dengan apa cara sekalipun asalkan dakwah tetap berjalan. Allah swt telah memberi keluasan kepada kita, Firman Allah :


قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً


Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.( surahAl- Israa’ ayat : 84 )


Dalam berbagai uslub dakwah, satu cara yang efektif yang ana mahu cadangkan buat masa sekarang ialah dengan cara menulis. Ini kerana menulis dapat mengekalkan ilmu di atas kertas dan boleh disimpan. Ilmu yang disebarkan tidak mudah untuk dilupuskan dan dilupakan kerana mempunyai peluang untuk dirujuk kembali jika tersalah. Bahkan dalam masa sekarang pendedahan dakwah melalui penulisan lebih meluas dan mudah tersebar berbanding cara lain.


Menulis juga penting untuk mengimbagi kejahatan, jika kita lihat samaada di dada akhbar, majalah, internet dan sebagainya, ruang ini banyak disalah gunakan. Bahkan mereka yang mempunyai fikrah yang menyimpang dari kebenaran sentiasa menggunakan ruang ini untuk menulis dan menyebar luaskan pengaruhnya ke dalam masyarakat. Apa yang lebih malang ada dikalangan mereka menulis belbagai buku, artikel untuk menjadi bahan bacaan awam, seperti golongan liberal, anti hadith, syiah dan sebagainya. Oleh demikian seharusnya da’ie berusaha semaksima mungkin untuk mengimbagai kebatilan.


Jika meninjau kembali sejarah, penulisan telah menggongcang dunia, bahkan menjadi ketakutan pemerintah terhadap kehebatan dan kealiman ulama. Sebagai contoh hebatnya Al- Syahid Sayyid Qutub dalam dunia penulisan sehingga menyebabkan dia dihukum mati di tali gantung. lebih jauh sebelumnya mashur kealiman 4 Imam mazhab dapat diikuti kerana kuasa penulisan mereka walaupun telah beribu tahun meninggal. Bukan sedikit mazhab-mazhab sebelum mereka, tetapi kerana tidak menulis dan mencatat maka ilmu tidak dapat diikuti oleh generasi kemudian.




Sejarah juga telah mengajar kita bahawa pembentukan negara haram Israil Yahudi di Palestin bermula dengn buku kecil. Dari buku kecil inilah membentuk negara Yahudi yang besar dengan expresi Theodor Herzl pada tahun 1896. Theodor Herzl menulis sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) untuk merespon nasib kaum Yahudi. Dia kemudian melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan idea di bukunya tersebut. Sebagai langkah awal, dia mengumpulkan dana dari kaum Yahudi yang kaya dan membentuk gerakan zionisme.[1] Tahun demi –tahun akhirnya berdirilah sebuh negara Israil sampai sekarang.


Akhirnya, saya menyeru kepada ahli ilmu supaya terus berdakwah dan terus menulis bagi menyampaikan ilmu yang Allahswt yang telah diamanahkan kepada kita. Ingatlah bahawa ilmu yang kita sampaikan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt. Dalam sebuah hadith, Rasululullah saw bersabda, maksudnya : “ Orang yang mengajar kebaikan, dia diminta ampun oleh segala sesuatu sehingga ikan besar di lautan [2] ”.

Wallahu A’lam..

Oleh : ahmad syahin

[2] ( sahih al-targhib wa al-tarhib li al –munziri oleh al-Albani ( hadis no: 81@ 82 )

No comments:

Post a Comment