Friday, September 4, 2009

Mai Baca Qunut Nazilah

Sejarah bacaan Qunut Nazilah

HADITS PERTAMA
Dari Ibnu Abbas, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada shalat Zhuhur, ‘Ashar, Maghrib, Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, (yaitu) apabila ia mengucap Sami’Allahu liman hamidah di raka’at yang akhir, beliau mendo’akan kebinasaan atas kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada pada perkampungan Bani Sulaim, dan orang-orang di belakang beliau mengucapkan amin.

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud[1], Ibnul Jarud[2], Ahmad[3], al-Hakim dan al-Baihaqi[4]. Dan Imam al-Hakim menambahkan bahwa Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus para da’i agar mereka (kabilah-kabilah itu) masuk Islam, tapi malah mereka membunuh para da’i itu. ‘Ikrimah berkata: Inilah pertama kali qunut diadakan. [Lihat Irwaa-ul Ghalil II/163]

HADITS KEDUA
Dari Anas, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan setelah bangkit dari ruku’, yakni mendo’a kebinasaan untuk satu kabilah dari kabilah-kabilah Arab, kemudian beliau meninggal-kannya (tidak melakukannya lagi).”
Diriwayatkan oleh Ahmad[5], Bukhari[6], Muslim[7], an-Nasaa-i[8], ath-Thahawi[9].


Dalam hadits Ibnu Abbas dan hadits Anas dan beberapa hadits yang lainnya menunjukkan bahwa pertama kali qunut dilakukan ialah ketika Bani Sulaim yang terdiri dari Kabilah Ri’lin, Hayyan, Dzakwan dan ‘Ushayyah meminta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar mau mengajarkan mereka tentang Islam.

Maka, kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus kepada mereka tujuh puluh orang qurra’ (para penghafal al-Qur'an), sesampainya mereka di sumur Ma’unah, mereka (para qurra’) itu dibunuh semuanya. Pada saat itu, tidak ada kesedihan yang lebih menyedihkan yang menimpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selain kejadian itu. Maka kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut selama satu bulan, yang kemudian beliau tinggalkan.
..............................
Foote Note
[1]. Dalam kitab al-Musnad (I/301-302).
[2]. Dalam kitab Mustadrak-nya (I/225-226).
[3]. Dalam kitab Sunanul Kubra (II/200 & II/212).
[4]. Dalam kitab al-Musnad III/115, 180, 217, 261 & III/191, 249.
[5]. Di dalam kitab Shahih-nya no. 4089.
[6]. Dalam kitab Shahih-nya no.677 (304), tanpa lafazh “ba’dar ruku’.”
[7]. Dalam kitab Sunan-nya II/203-204.
[8]. Dalam kitab Syarah Ma’anil Atsar (I/245).
[9]. Dan hadits ini telah diriwayatkan pula oleh Abu Dawud ath-Thayalisi dalam Musnad-nya no.1989, Abu Dawud no.1445, sebagaimana juga telah disebutkan oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam kitab Bulughul Maram no.287, lihat juga kitab Irwaa-ul Ghalil II/163.


Adakah dibaca pada solat subuh sahaja??


Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.” [2]

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya. [3]

Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami’ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada Semua Solat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin) [4]

[2]. Tuhfatul Ahwadzi Syarah at-Tirmidzi II/434.
[3]. Abu Dawud no.1443, al-Hakim I/225 dan al-Baihaqi II/200 & 212, lihat Irwaa-ul ghaliil II/163.
[4]. Lihat juga masalah ini dalam Zaadul Ma’aad I/272-273, Nailul Authar II/374-375 -muhaqqaq.

Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat yang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu’ 3/477, Majmu’ Al-Fatawa 23/108. Di Bawah adalah contoh bacaan yang biasa dibaca.

Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Wallahu’alam.

Monday, August 31, 2009

Merdeka Bukan Hanya Sekadar Laungan

Alhamdulillah Alllah Swt kurniakan kepada kita kemerdekaan yang ke-52 yang kita telah sambut pada tahun ini. Inilah nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kita. Dalam kondisi kemerdekaan yang dirayai pada bulan Ramadhan ini juga merupakan peluang yang besar untuk kita memohon kepada Allah swt agar memberikan kepada kita kekuatan untuk terus-menerus berada dalam kemerdekaan.

Sebagai ummat Islam yang dikurniakan kemerdekaan ini perlulah bersyukur dengan sebanyak mungkin, berapa banyak kita lihat huru-hara yang terjadi sejak kebelakangan ini. Banyak nagara ummat Islam masih lagi dijajah oleh musuh- musuh Islam, serangan demi serangan yang berlaku. Kebelakangan ini dengan isu perniaagaan organ badan para syuhada Palestin, pergolakan dan pembunuhan yang berlaku di Selatan Thai, penindasan terhadap penduduk menoriti Islam di Xijiang baru-baru ini merupakan iktibar kepada kita yang berada dalam keadaan aman.

Asal perkataan merdeka ialah Merdeheka iaitu bebas daripada penjajah, kurungan, naungan dan lain-lain. Tetapi untuk merapatkan kita dengan Islam, saya petik apa yang disebut oleh Rib’i bin Amir, ketika dia berdiri di hadapan singgahsana Parsi dia menyebut :

“Allah telah mendatangkan kami, untuk mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki, dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada TUHAN Manusia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam,”

Pada saya inilah ta'rif yang paling tepat mengenai kemerdekaan untuk kita sebagai muslim. Saya rasa sekiranya kita memahami erti kemerdekaan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Radi' Bin Amir dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita tentu kita tidak di hinggap oleh unsur-unsur yang negatif yang merosakkan kita, menyesatkan kita, menyekat kebebasan kita dan sebagainya.

Kemerdekaan bukan sekadar dapat memerintah sahaja, sebagaimana yang difahami oleh sesetengah pihak bahkan ia lebih umum iaitu mengabdikan keseluruhan Aktiviti hidupan hanya kepada Allah Swt. Contoh pelopor kemerdekaan yang sebenar bukanlah tungku Abd Rahman yang di gelar bapa kemerdekaan, Bukan Jose Protasio Rizal di Filipina, bukan Sukarno di Indonisia , bukan Mahatma Ghandi di India.

Ini kerana kemerdekaan yang dibawa oleh mereka kepada masyarakat hanya dari sudut-sudut tertentu sahaja. Pelopor sebenar kemerdekaan secara menyeluruh ialah Nabi Muhammad Saw yang memperjuangkan kemerdekaan bagi Manusia, tidak terhad kepada bangsanya sahaja malah meliputi semua bangsa lain. Beliau juga telah mewujudkan masyarakat yang benar-benar merdeka dari semua sudut .

Pada mulanya beliau pernah ditawarkan dengan keamanan oleh Tan Sri Abu Jahal dengan tawaran tertentu, untuk memberikan kemerdekaan kepada Nabi, tetapi Nabi Saw menolak. Nabi Saw mempunyai prinsip wahyu yang tersendiri untuk memerdekakan ummat dari aspek material dan spiritual sebagaimana yang dikehendaki oleh agama.

Oleh itu kemerdekaan perlulah dengan kedua-dua aspek tadi. Sekiranya merdeka hanya dari sudut material, akan runtuh hancur apabila ditelan zaman, apabila digabungkan dengan dua unsur ini InsyAllah kemerdekaan akan terus kita kecapi. Inilah kemerdekaan yang sebenar yang dituntut oleh Islam dan yang boleh dikatakan sebagai merdeka.

Kemerdekaan dalam Islam ialah meletakkan agama di tempat yang tertinggi mengatasi sebarang agama dan ideologi yang lain selain daripada Islam. Allah berfirman bermaksud :

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci ( Surah Al-Saff ayat : 9 )

Ini diperkukuhkan dengan sabda Rasululllah Saw :

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. ( Riwayat Baihaqi ) no. 11935 .

Inilah yang disebut sebagai merdeka , kalulah hanya merdeka menukar pemerintah dan tidak menukar ideologi seperti memaikai sistem pemerentahan sekular, nasionalis, makai konsep demokrasi sebulat-bulatnya ia belum merdeka lagi, ini kerana merdeka ialah merdeka keseluruhan sistem hidup dengan jalan yang Allah redha. kalau sekadar menukar mat salleh dengan melayu dengan dasar yang sama tidak ada apa-apa perbezaan pun, bahkan boleh dikatakan sebagai '' Penjajah kulit hitam tetapi berotak putih ".


Apakah penjajahan yang paling besar??

Penjajahan yang paling besar ialah penjajahan akidah dan minda. Negara kita sudah kali ke-52 Th merdeka, namun anasir-anasir penjajahan masih pekat di dalam masyarakat. Agama rasmi negarakita ialah Islam, tapi kita tidak memperaktikkan dalam perundangan secara menyeluruh.

Kita masih mengambil produk -produk barat, menggunakan sistem ekonomi barat, menggunakan sistem riba, mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Masih ada unsur perpecahan dan sebagainya .

kenapa terjadi sebegini?? ini kerana kita dijajah dari dalam, iaitu dari minda yang menyebabkan menteliti kita berubah. Sekiranya penjajahan berlaku dari luaran ramai yang mempunyai mata dapat melihat, tetapi disebabkan penjajahan yang dilakukan dari dalam ini lah hanya mereka yang mempunayi ilmu dan kesedaran sahaja yang mapu untuk menetangnya.

Ungkapan medeka!! merdeka !! saya merdeka ' tapi pakainya pakain penjajah, hidupnya hidup penjajah. Dan sememangnya penjajah itu masih ada dan terus berjalan dalam kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Agenda Rasulullah membawa Islam sampai dihalau, dihalang, disekat, dikecam dan sebagainya, ialah bertujuan untuk membebaskan masyarakat yang jahiliyyah yang memperhambakan diri kepada selain Allah, pada masa yang sama Nabi kita ialah orang Arab dan penjajahan pun dilakukan oleh orang Arab. Jahiliyyah yang ditakrifkan oleh para ulama iaitu " masyarakat yang telah hilang dari mereka kemanusian manusia " dan merekainilah yang saling bertukar ganti zaman ke zaman.

Ini jelas penjajahan yang paling besar ialah penjajahan Aidealogi. Oleh demikian sekiranya takbir kemerdekaan telah lama kita laungkan, nyayian kemerdekaan telah lama kita hafal dan bendera Malaysia telah lama kita kibar. Satu perkara lagi yang perlu kita buat ialah, sebagaimana datuk nenek kita telah menghalau penjajah British, Jepun, Belanda, Bintang tiga, portugis dan lainya, kita perlu mengambil semangat ini untuk kita terus menyambung tradisi datuk nenek kita menentang semua sekali penjajahan yang masih berlaku bahkan lebih teruk pada hari ini.

أبــــــواب الخيـــــــــر


Friday, August 28, 2009

Kelebihan Berorganisasi






Banyak faedah dan manfaat yang boleh diambil oleh seseorang pelajar apabila ia melibatkan diri dalam gerakan pelajar antaranya :

• Melaksanakan tugas amar ma’aruf nahi mungkar.
• Memberi sumbangan yang bererti kepada masyarakat.
• Memahami selok-belok dalam berorganisasi.
• Memupuk ukhuwah dan silaturrahim serta semangat kerjasama & toleransi.
• Mempelajari pelbagai cara berinteraksi yang berkesan.
• Melatih dan membina ketokohan diri bagi memimpin.
• Melatih diri bagi menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
• Membentuk pemikiran yang proaktif, optimis serta projektif.
• Menghargai masa.



Bagi memastikan kepimpinan kolektif yang cemerlang, antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang bakal pemimpin ialah :


• Mempunyai akhlak yang terpuji.
• Mampu berkomunikasi dengan baik.
• Berfikiran proaktif, positif dan projektif.
• Berketrampilan dalam bidang yang diperlukan oleh organisasi.
• Berani, tabah, cekal dan mempunyai iltizam yang tinggi.
• Mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam mengurus organisasi.

Oleh : Ahmad Syahin Bin Mohd Amin

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Bulan Bersejarah





Posting yang ringkas ini bertujuan untuk mengingatkan kita tentang sejarah sejarah yang berlaku pada bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan bukan sahaja terkenal dengan pusat latihan ibadat, malah ia terkenal dengan peristiwa peristiwa yang besar dalam sejarah Islam, saya menyenaraikan secara ringkas beberapa peristiwa yang besar di dalam sejarah yang berlaku pada bulan Ramadhan" Semoga bermanafaat untuk kita semua".. .

1. Bulan yang diturunkan padanya al-Kitab

Firman Allah Swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 185.

" Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( antara yang hak dan yang bathil )."


2. Peristwa Badar al-Qubra

Iaitu pada hari Jumaat , 2 Ramadhan tahun kedua Hijrah berlaku perang yang pertama bagi ummat Islam iaitu Perang Badar. Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1000 anggota tentera Musrikin Mekkah yang lengkap bersenjata. Peperangan ini melibatkan Malaikat yang membantu orang yang beriman dan Iblis memberi semangat kepada orang Musrikin. Di dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musrikin terbunuh 70 tentera musrikin ditawan manakala bakinya melarikan diri. Ianya termaktub di dalam surah Ali Imran ayat 123 hingga 135, al Muajdalah ayat 22.


3. Islam membuka Kota Mekkah.

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila Musrikin Mekkah melanggar perjanjian Hudaibiyyah yang termeterai dengan orang Islam.


4. Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk

Rasulullah berada di Tabuk pada 26 Ramadhan tahun 9 Hijrah. Rasulullah memimpin 30,000 ummat Islam ke Madinah, ini kerana Islam tersebar ke pelusuk Tanah Arab dan, ia memberi tamparan yang hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. lantas Herkules, Maharaja Rom Timor ( Bizantin memutuskan bagi menyekat pengaruh ummat Islam dengan menyerang utara Tanah Arab Allah menyatakan di dalam surah al-Taubah pada Ayat 42, ayat 107, 116-117.


5. Islam sampai ke Yaman

Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-10 Hijrah. Yaman terletak di selatan semenanjung Tanah Arab. Penduduknya menerima Islam tanpa perang seperti kemasukan Islam ke wilayah-wilayah lain. Peristiwa bersejarah ini bermula pada bulan Ramadan pada tahun ke -10 Hijrah.


6. Khalid bin Al-Walid meruntuhkan Berhala al-Uzza.

Selepas ummat Islam membebaskan Kota Mekkah, Nabi Muhammad menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekeliling Ka'bah, lima hari sebelum berakhirnya Ramadan tahun ke-9 Hijrah, beliau menghantar Khalid al-Walid bagi memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla.


7. Penyerahan Badar Taif

Bandar Taif pernah mencatat sejarah apabila satu bandar penduduk Taif menghalau Rasulullah semasa berdakwah di sana. Penyerahan bandar ini berlaku apabila rombongan dari Taif datang ke Mekkah pada bulan Ramadan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerah bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. kemudian mereka meminta supaya patung di Taif diruntuhkan kerana takut Syaitan yang menjaganya. Akhirnya, Patung Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


8. Pembukaan Andalus (Sepanyol )

Andalus ialah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu, bermula pada tahun 711 hingga 1492 masihi. Pada 28 Ramadan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh pemerintah Bani Umayyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin tentera Islam berjumlah 7000 orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan eropah untuk membuka kota itu.


9. Peperangan Zallaqah, Portugal

Peristiwa ini berlaku selepas Subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. ketika itu berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara . Gabenor Cordova, Al-Muktamin meminta bantuan Sultan dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al-Fonso. Tentera keristien yang diketuai oleh al-Fonso kerajaaan Al-Fonso yang berjumlah 80'000 tentera yang berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusof berjaya menguasai seluruh Spanyol dan menyelamatkan Ummat Islam. Selepas itu Spanyol dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


10.Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol

Peristiwa ini berlaku pada 15 Ramadan 685 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama'pimpinan Sulatan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Monggol menguasainya kedua-dua pihakbertemu di Ain Jalut.


11. Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Utmaniyyah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34'000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740'000. seramai 10'000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggan ummat Islam mempertahankan agama yang di ancam oleh kerajaan Tzar di Rusia. Kerajaan tentera Islam Utmaniyyah menyelamatkan ummat Islam di-asia tengah memberikan kedudukan yang hebat terhadap dunia Islam Secara keseluruhan.


12. Tertawan Garis Bar Lev, Israil

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan syiria dengan tentera Yahudi Israil pada 10 Ramadan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober 1973. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebgai Peperangan Arab Israil 1973, Perang Oktober dan Perang Ramadan.


Ia adalah sebahagian dripada konflik Arab- Israil sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israil dengan Mesir, Syiria, Jordan . Dalam pertempuran itu Israil berjaya menduduki bukit golan, Syiria di Utara serta Semenanjung Sinai dan Bukit Golan . Pada tahun 1971, Israil memperuntukkan 500 juta doler Amarika bagi membina kubu dan kerja tanah raksaksa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israil, Haim Ber Lev.


Israil bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ' tidak ditawan ' kerana mempunyai kekebalan dan teknologi yang canggih. Namun tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israil.


Peristiwa-peristiwa bersejarah yang saya ringkaskan di atas adalah peristiwa yang berlaku kepada ummat Islam pada bulan Ramadhan. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan peristiwa yang bersejarah, oleh itu marilah sama-sama kita merenung sejarah yang berlaku kepada ummt Islam pada masa silam agar kita dapat mengenali kita pada masa sekarang, adakah kita sudah mengerjakan kerja amal Islami atau belum dan kita menjadikan sejarah ini sebagai muhasabah di bulan yang mulia ini, untuk kita terus bersemangat dan istiqomah dalam mendekatkan diri kita kepada Allah Swt.