Saturday, September 11, 2010
Ghazwah Badar al-Kubra
Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi s.a.w. mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. Walaubagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Suffian tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Suffian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telahkeluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi
perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.
Sementara itu, bilangan orang Islam pula seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansor. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi s.a.w. memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansor. Baginda ingin mengambil
pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Kaum Muhajirin telah mencadangkan kepada Baginda untuk terlibat dalam peperangan itu. Mereka telah berucap dengan baik. Kemudian Ansor menyedari Baginda mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin Muaz, ketua Ansor, berkata kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan
kami telah berikan janji juga ikrar untuk mendengar arahan dan taat kepadamu. Oleh itu, teruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Kami tetap akan bersama kamu. Demi Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kebenaran, kalau kamu bentangkan kepada kami laut ini, nescaya kami akan meng-harunginya bersama kamu. Tiada seorang pun daripada kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bertemu dengan musuh kami besok. Kami kaum yang sabar ketika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Semoga Allah membuatkan sesuatu berlaku kepada kalangan kami yang menggembirakan kamu. Berangkatlah bersama kami dengan berkat Allah." Sahabat yang lain juga berucap seumpama itu. Rasul s.a.w. merasa gembira dengan jawapan itu, seraya bersabda:
"Berangkatlah kamu dengan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku untuk berhadapan dengan salah satu kumpulan; sama ada kafilah dagang ataupun angkatan tentera."
Kemudian Rasul s.a.w. berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir lalu Baginda berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah Taala kepada kamu; di mana kamu tidak boleh terkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?"
Rasul s.a.w. menjawab:
"Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah".
Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik dan membolehkan orang Islam menyekat air Badar sampai kepada orang musyrik. Oleh itu, Rasul s.a. w. dan para sahabat Baginda berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di situ. Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina sebuah khemah untuk Rasul
s.a.w. di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda: "Sebahagian orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Nabi Allah. Ini bukanlah bererti cinta kami terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya
mereka tidak tercicir untuk turut serta bersamamu."
Oleh itu, Nabi s.a.w. mendoakan kebaikan untuk Saad bin Muaz. Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan (orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasul s.a.w. meluruskan barisan orang Islam, membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid. Baginda bersabda:
"Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga."
Setelah itu Baginda pulang ke khemah bersama Abu Bakar dengan dikawal oleh Saad bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya. Rasul s.a.w. mula berdoa. Antara doa Baginda:
"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi."
Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: "Cukuplah. Sesungguhnya AlIah akan melaksanakan janji-Nya untukmu."
Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Kirakira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya, Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang. Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh dikebumikan. Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang. Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. AbuBakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasul s.a.w. menerima cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta. Terdapat beberapa ayat al-Quran al-Karim telah turun berkenaan Ghazwah Badar ini. Allah Taala berfirman dalam surah Ali Imran:
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan 3,000 tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan 5,000 malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa. (All Imran: 123-127)
Al-Quran juga menegur Rasulullah s.a.w. kerana menerima tebusan harta bagi tawanan perang. Allah Taala berfirman:
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu rnenghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah rnenghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu. (Al-Anfal: 67-68)
Rujukan : Sirah Nabawiyyah Dr. Mustafa as-Syibaie
Sunday, August 22, 2010
Memperingati kematian sang revolusioner Maulana Ubaidullah Sindi

Hari ini 22 ogos adalah tarikh kematian seorang pejuang islam internasional. Beliau ialah Maulana Ubaidullah Sindi,murid kepada Maulana Mahmudul Hasan, seorang ulama yg memainkan peranan besar dalam gerakan kemerdekaan anti-penjahan di India. Beliau seperguruan dengan ulama2 india lain yg telah berhijrah ke tanah melayu ini seperti Tok Khurasan,Maulana Ishaq,Maulana Abdullah Nuh India dan Abdullah Ali Lahore. Susuk ini mungkin kurang dikenali dan jarang disebut di tanah air kita. Namun begitu beliau mempunyai sumbangan yang besar pada suatu ketika dahulu terhadap perkembangan ilmu di rantau asia dan tanah melayu khasnya terutama di jajahan kota bharu.
Beliau seorang yang lantang dalam menyeru semula pembukaan pintu ijtihad dan menolak taqlid sehingga pada awal tahun-tahun 1900-1940 banyak berlaku perbezaan pendapat antara ulama aliran thariq Shah Waliyullah yang dipimpin oleh murid2 maulana ubaidullah sindi dengan ulama pondok tempatan seperti masalah talqin,jilatan anjing,masalah "usalli" dan lain2.
Antara murid beliau di rantau ini ialah Hj Nik Abdullah bin HJ Wan Musa,Hj Nik Muhammad Sidki,Hj Nik Mahmud,Syeikh Yasin bin Isa al-fadani dan lain2. Untuk lebih lanjut tentang beliau sila lihat;http://en.wikipedia.org/wiki/Ubaidullah_Sindhi.
Friday, August 20, 2010
Memperingati detik hitam 21 Ogos 1969
Kenapa dengan 21hb Ogos?
Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan.
Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.
Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?
Tidak, sekali-kali tidak.
Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.
Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.
Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan.
Apakah kesan pembakaran tersebut?
Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.
Tindakan biadap tersebut telah menyebabkan:
- Sebahagian besar Masjid al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan masjid.
- Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus
- Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Apakah peranan O.I.C?
Pembakaran Masjid al-Aqsa telah mengundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur.
Banyak pertemuan dan perundingan di peringkat regional dan internasional telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. PBB juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha yang bertujuan untuk merubah status Baitul Maqdis dan pengYahudian Masjid al-Aqsa.
Para pemimpin negara-negara Islam pula telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu kesemuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya telah terbukti gagal di dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.
Telah berakhirkah ancaman terhadap Masjid al-Aqsa?
Kesan pahit dari pembakaran Masjid al-Aqsa pada 1969 masih terus dirasai oleh dunia Islam sehingga ke saat ini. Banyak lagi peristiwa jenayah yang dilakukan terhadap al-Aqsa, di antaranya:-
- 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
- 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.
- 28 September 2000, PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada al-Aqsa.
Kini, setelah 41 tahun pembakaran Masjid al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa yang diberkati itu.
Apakah lagi jenayah Zionis ke atas Masjid al-Aqsa?
Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk mengYahudikan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.
Banyak lagi, di antara jenayah projek pengYahudian al-Aqsa ialah:-
- Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
- Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
- Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
- Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
- Siri pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
- Siri pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
- Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
- Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
- Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll
Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.
Apa yang telah dan sedang berlaku terhadap al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.
Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan al-Aqsa?
Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah
- Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
- Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan al-Aqsa serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
- Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari al-Aqsa Sedunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
- Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
- Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
- Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
- Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
- Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.
Jom… kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan al-Aqsa yang tercinta……
Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa…
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.
* Beliau juga adalah merupakan Perunding Aman Palestin.
sumber : http://www.ismaweb.net/v4/detik-hitam-21-ogos-1969/
Sunday, August 15, 2010
Ayat-ayat doa di dalam Al-Quran
آيات الدعاء في القرآن الكريم
سورة البقرة
127 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
128 رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ العَزِيزُ الحَكِيمُ
156 إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
201 رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
285غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ المَصِيرُ.
286 رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِينَ.
سورة آل عمران
8 رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ .
16رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
38رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ.
53 رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ.
147رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى القَومِ الكَافِرِينَ.
191رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
192 رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ.
193 رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ
194 رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ القِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ المِيعَادَ
سورة النساء
75 رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ القَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِياًّ وَاجْعَلْ لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيراً.
سورة المائدة
83- رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ.
سورة الأعراف
23 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الخَاسِرِينَ .
47رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ القَوْمِ الظَّالِمِينَ.
89 رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الفَاتِحِينَ
126 رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ.
143 سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ المُؤْمِنِينَ
149 قَالُوا لَئِن لَّمْ يَرْحَمْنَا رَبُّنَا وَيَغْفِرْ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الخَاسِرِينَ
151قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأَخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِكَ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
155رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا إِنْ هِيَ إِلاَّ فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ أَنْتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الغَافِرِينَ
156 وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ.
196إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِي نَزَّلَ الكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِينَ
سورة التوبة
59 وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ سَيُؤْتِينَا اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَرَسُولُهُ إِنَّا إِلَى اللَّهِ رَاغِبُونَ
129حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ
سورة يونس
85عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
86وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ القَوْمِ الكَافِرِينَ
سورة يوسف
101رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ المُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
سورة إبراهيم
35رَبِّ اجْعَلْ هَذَا البَلَدَ آمِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ
36 رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
37رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ المُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُون
38رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللَّهِ مِن شَيْءٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ.
40رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
41رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الحِسَابُ
سورة الإسراء
24وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً
80رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
سورة الكهف
10رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
سورة طه
114- رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً
سورة الأنبياء
83 أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
87لاَّ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
89رَبِّ لاَ تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ
سورة المؤمنون
29رَّبِّ أَنزِلْنِي مُنزَلاً مُّبَارَكاً وَأَنْتَ خَيْرُ المُنزِلِينَ
39رَبِّ انصُرْنِي بِمَا كَذَّبُونِ
93رَّبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ
94رَبِّ فَلاَ تَجْعَلْنِي فِي القَوْمِ الظَّالِمِينَ
97رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
98وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ
109رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
118وَقُل رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
سورة الفرقان
65 رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً
66إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَراًّ وَمُقَاماً
74رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
سورة الشعراء
83رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
84وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ
85وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ
86وَاغْفِرْ لأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ
87وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ
سورة النمل
19 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
سورة القصص
16رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي
21رَبِّ نَجِّنِي مِنَ القَوْمِ الظَّالِمِينَ
24 رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ.
سورة ص
35رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكاً لاَّ يَنْبَغِي لأَحَدٍ مِّنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ.
سورة غافر
7رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْماً فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الجَحِيمِ
8 رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَتِي وَعَدتَّهُمْ وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ العَزِيزُ الحَكِيمُ
9وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الفَوْزُ العَظِيمُ
44 وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
سورة الدخان
12رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا العَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ
سورة الأحقاف
15 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ المُسْلِمِينَ
سورة الحشر
10 رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
سورة الممتحنة
4رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ المَصِيرُ
5رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ العَزِيزُ الحَكِيمُ
سورة التحريم
8 رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
سورة نوح
28 رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلاَ تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلاَّ تَبَاراً
سورة الإخلاص
1قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
2اللَّهُ الصَّمَدُ
3لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
4وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
سورة الفلق
قل أعوذ برب الفلق , من شر ما خلق , ومن شر غاسق إذا وقب , ومن شر النفاثات في العقد ,
ومن شر حاسد إذا حسد .
سورة الناس
قل أعوذ برب الناس , ملك الناس , إله الناس , من شر الوسواس الخناس , الذي يوسوس في صدور الناس , من الجنة والناس
.