Tuesday, September 10, 2013

DOA PENAWAR SIHIR





اللَّهُمَّ اِنَّكَ قَدْ أَقْدَرْتَ بَعْضَ 
خَلْْقِكَ عَلَى السِّحْرِ وَالشَّرِّ، وَلَكِنَّكَ احْتَفَظْتَ لِذَاتِكَ بِاِذْنِ الضُّرِّ، فَأَعُوذُ بِمَا احْتَفَظْتَ بهِ مِمَّا أَقْدَرْتَ عَلَيهِ بِحَقِّ قَوْلِكَ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ 



Terjemahan: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mendayakan sebahagian makhluk-Mu melakukan sihir dan berbuat jahat, tetapi Engkau memelihara keizinan bagi zat-Mu untuk mendatangkan bahaya. Oleh itu aku berlindung dengan perkara yang Engkau pelihara dengannya dari perkara yang Engkau berkuasa ke atasnya dengan kebenaran firman-Mu “ .. sedangkan mereka itu tidak berkuasa memberi mudarat dengan ilmu sihirnya terhadap seorang pun, kecuali dengan izin Allah”.

Oleh Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sha`rawi

Sumber: klik


Saturday, September 7, 2013

MUDHARAT DAN MANFAAT DENGAN IZIN ALLAH




عن عبد الله بنِ عباسٍ رضي الله عنهما ، قَالَ : كنت خلف النَّبيّ - صلى الله عليه وسلم - يوماً ، فَقَالَ : يَا غُلامُ ، إنِّي أعلّمُكَ كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ ، إِذَا سَألْتَ فَاسأَلِ الله، وإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ باللهِ، وَاعْلَمْ: أنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبهُ اللهُ لَكَ، وَإِن اجتَمَعُوا عَلَى أنْ يَضُرُّوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحفُ .



Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Abbas radhuma, katanya: “Suatu hari saya membonceng di belakang Nabi s.a.w. lalu baginda bersabda: "Hai anak, sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa perkara penting iaitu: Peliharalah Allah dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi laranganNya, pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah Allah pasti engkau akan dapati Allah di hadapanmu. Jikalau engkau meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah dan jikalau engkau memohon pertolongan, maka pohonkanlah pertolongan itu kepada Allah jua. Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Abbas radhuma, katanya: “Suatu hari saya membonceng di belakang  Nabi s.a.w. lalu baginda bersabda: "Hai anak, sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa perkara penting iaitu: Peliharalah Allah dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi laranganNya, pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah Allah pasti engkau akan dapati Allah di hadapanmu. Jikalau engkau meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah dan jikalau  engkau memohon pertolongan, maka pohonkanlah pertolongan itu kepada Allah jua.



Tuesday, September 3, 2013

MERUQYAH JIN TAHAN BACAAN



Minggu lepas histeria setiap hari berlaku di kolej tempat saya bekerja. Namun setiap jin yang memasuki mudah dikeluarkan. Namun ada beberapa jin yang sangat sukar sedikit dikeluarkan kerana tahan bacaan dan tidak lekat bila dikunci.

Ada dua orang pesakit yang terjadi seperti ini.. namun kedua-duanya Alhamdulillah jinnya akhirnya dikeluarkan.. Teknik yang digunakan ialah dengan kombinasi cara –cara berikut:

1.       Membaca ruqyah dari awal sehingga habis di kepala sambil menekan di bawah rahangnya.
2.       Meminta bantuan orang lain untuk memusing-musiangkan pen di jari kakinya, sambil mengepitkan jari.
3.       Teknik yang ketiga ialah teknik balingan buah zaqqum..


Alhamdulillah dengan kombinasi teknik-teknik tersebut Jin yang kononya bertahan tidak dapat bertahan lama di tubuh pesakit, tidak lama kemudian pesakit pun dapat sedarkan diri..



Monday, September 2, 2013

ZIKIR PERLINDUNGAN




- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ بَشَّارٍ أَخْبَرَنَا أبُو دَاوُدَ وهو الطَّيَالِسِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّحْمنِ بنُ أبي الزِّنادِ عَن أبيهِ عَن أبانَ عَن عُثْمَان قَالَ سمعتُ عُثْمَان بن عفَّانَ يَقُولُ قَالَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّم:
- " ما مِن عبدٍ يَقُولُ في صباحِ كلِّ يومٍ ومساءِ كلِّ ليلةٍ بسمِ اللَّهِ الَّذِي لا يضرُّ معَ اسمهِ شيءٌ في الأَرْضِ ولا في السَّمَاءِ وهو السميعُ العليمُ ثلاثَ مراتٍ فيضرُّهُ شيءٌ". وكانَ أبانَ قدْ أصابَهُ طرفُ فالج فَجَعَلَ الرَّجلُ ينظرُ إليهِ فَقَالَ لهُ أبانَ ما تنظرُ؟ أما إنَّ الحَدِيثَ كما حدَّثتُكَ ولكنِّي لم أقلهُ يومئذٍ ليُمضِيَ اللَّهُ عَلَيَّ قدرهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ صَحِيْحٌ.


“ Tidak ada mana-mana hamba Allah yang berzikir pada pagi setiap hari dan petang setiap malam (lepas magrib) “بسمِ اللَّهِ الَّذِي لا يضرُّ معَ اسمهِ شيءٌ في الأَرْضِ ولا في السَّمَاءِ وهو السميعُ العليمُ “ 3 Kali. Nescaya tiada sesuatu pun akan membahayakanya. Dan adalah Aban Sesungguhnya dia telah ditimpa pada dirinya mati sebelah tubuh. Maka mulailah orang-orang yang belajar denganya tengok kepadanya, lalu Aban kata kenapa kamu duduk perhati ni, ketahuilah hadith ini kesannya sebagaimana aku beritahu kepada mu, akan tetapi aku yang tidak membacanya pada hari aku kena. Supaya Allah tetap takdirnya kepada Aku.( Hadith Riwayat Tirmizi :  3448)