Isu nama Allah adalah isu yang digembar- gemburkan oleh Umno parti sekular, yang peliknya dia Lawan Islam dan apabila ada sesuatu yang menguntugkan di sebalik Islam ia mahu, Umno mahu zakat, Umno mahu Haji, Umno mahu Hari Raya dan lainya. Apabila tibulnya isu ini dia kononya mahu membela dengan membuat perarakan dan disiarkan dalam tv tiap-tiap hari. Sepatutnya kamu tidak perlu membuat perarakan kerana kamu kerajaan , tetapi untuk menarik pandangan rakyat di saat gempar hilangnya enjin jet beranggaran ialah kata zahid hamidi RM303,570, bukan RM50 juta” ikutlah yang penting itu duit rakyat .
Apabila timbul isu kalimah Allah nescaya Isu jet tersebut hilang begitu saja, begitu juga isu TG Nik aziz yang berdoa kepada PM ia adalah isu untuk mengalihkan beberapa isu yang besar , contohnya petroleum Kelantan. Kita perlu sedar Umno menggunakan media untuk membangkitkan isu ini .
Apabila timbul isu ini Umno suka pada hakikatnya dan menjadi hero dijalanan , dan ini adalah perbuatan boleh disenaraikan dalam rekod, sebab Umno membela Islam. Isu ini juga adalah perangkap untuk menunggu kenyataan pemimpin-pemimpin Pas . Isu enjin jet sudah senyap dan tidak kedengaran , begitu juga bagi Ahli politik yang lainya juga terpengaruh dengan isu ini .
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50juta atau terbaru RM303,570, hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan . Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?
“ Pandangan ..
No comments:
Post a Comment