Saturday, February 4, 2012

Kecelaruan Dalam Konsep Teokrasi


Apa yang menjadi kecelauan pada hari ini, kita dapati bahawa sebahagian orang menyatakan politik sunni ini menerima konsep kekhalifahan teokrasi atau secara lebih lembut diistilahkan sebagai bayang –bayang tuhan di atas muka bumi (zhilullah fil Ard).

Kenyataan ini buka sedikit saya dapati di dalam buku-buku berbahasa Indonesia, terutama buku-buku Fiqh Siyasah. Ini adalah satu kesilapan yang besar yang dilakukan oleh sebahagian ahli ilmu. Ini kerana mereka tidak menyelidik dahulu sebelum menyatakan ia adalah salah satu daripada pengamalan politik sunni. Jika pun berlaku ia tidak boleh dijadikan hujjah walaupun terdapat dalam sejarah. Ini kerana agama Islam sangat berbeza dengan ajaran Kristen.

Untuk menolak perkara ini, saya ingin mencadangkan pembaca supaya membaca buku yang dituliskan oleh Al-Qradahawi iaitu “min fiqhu daulah fil islam” yang secara panjamg lebar penulis menjawab persolan ini, selain buku tersebut, baca juga artikel yang ditulis oleh Dr Khalif Muammar, Klik [1].

Antara aliran yang suka mengukur dengan kaca mata barat dan cenderung menyamakan Islam dengan tradisi Kristen adalah golongan liberal.

Sudilah saya ingin memberikan sedikit penjelasan tentang sistem ini. Teokrasi adalah berbeza dengan sistem kekhalifahan Islam walaupun sesetengah orang menisbahkannya kepada kata–kata sebahagain kahalifah seperti Abu Ja’far Al Mansur dan sebahagian yang lain, namun perkara ini perlu diselidiki dahulu sebelum menyatakan ianya adalah manhaj politik Sunni.

Di dalam “Maqaalat Asr” Maulana Muhammad Asri menjelasakn bahawa sistem kekahalifahan Islam berbeza dengan konsep Teokrasi seperti diamalkan di Barat, seperti mana yang dimomokkan oleh sebahagian aliran sekular atau liberal.

Dia menyebut bahawa “sistem khilafah yang terikat segala polisi dan hukumnya dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai pelembagaanya, tidaklah sama dengan sistem teokrasi walaupun pada dasarnya sistem khilafah bertanggungjawab menegakkan agama kerana sistem khilafah tidak menyandarkan kekuasaanya kepada Allah dan tidak menganggap ahli-ahli agama sebagai wakil-wakil Tuhan yang mempunyai hak-hak istimewa tetapi hanya menyandarkan kepada jemaah umat.

Kalaulah sistem khilafah itu sama seperti teokrasi, tentulah para khalifah akan dapat mengampunkan orang-orang yang bersalah dan terlepas daripada hukuman yang dikenakan kepada manusia dan dapat pula bertindak sesuka hatinya, tetapi khalifah dan semua kakitanganya terikat dengan nas Al-Quran dan Al-Sunnah(Himpunan Artikel Maulana Asri).

oleh : Ahli fikir


No comments:

Post a Comment