Monday, January 18, 2010
Tuesday, January 12, 2010
Syeikh Sayyid Sabiq
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA
Begitutah pepatah Melayu dalam menggambarkan kehilangan orang yang berjasa. Lebih-lebih lagi kalau jasa itu berupa ilmu yang memberi manfaat kepada manusia dan lahir daripada seorang alim yang beramal serta ikhlas dalam menyampaikannya.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan umat Islam apabila seorang demi seorang ulama besar menyahut seruan Yang Esa. Bermula dengan pemergian Syeikh Syarawi, dituruti dengan kematian Mufti Kerajaan Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Baz. Bahkan ketika kita sedang leka dengan millennium baru, kita dikejutkan dengan berita pemergian Syeikh Abu al-Hasan Ali an-Nadawi.
Tanggal 28 Februari 2000, giliran Syeikh Sayyid Sabiq pula pergi menyertai kafilah solihin dan ulama 'amilin menyahut panggilan Ilahi. Beliau seorang ulama al-Azhar yang tersohor di dunia menerusi karangan fiqh yang masyhur, Fiqh Sunnah.
Jenazah beliau sempurna disolatkan oleh beribu-ribu orang di Masjid Rabiah al-Adawiyah, Madinah Nasr dengan diimami oleh Syeikh al-Azhar as-Syarief, Dr. Muhammad Sayid Tantawi. Turut mengikuti solat jenazah ialah as-Sayid Hani Wajdi yang mewakili Presiden Republik Arab Mesir, Mufti Kerajaan Mesir, Dr. Nasr Farid Wasil, Menteri Awqaf, Dr. Hamdi Zaqzuq, Presiden Parti Buruh, Ibrahim Syukri, Ketua Jabhah Ulama al-Azhar dan anggota-anggotanya, Ketua Jam'iyah Syarqiyyah, Dr. Fuad Mukhaimar. serta puluhan ulama dan pemimpin masyarakat setempat yang tidak ketinggalan memberikan penghormatan terakhir terhadap ulama besar umat ini.
Jenazah beliau kemudian dibawa ke tanah tempat kelahirannya di Markaz Bajour, Maneofiah untuk disemadikan di sana.
SEJARAH HIDUP
Syeikh Sayyid Sabiq dilahirkan pada 1915 dan mendapat pendidikan di al-Azhar. Dari situ bermulanya ikatan beliau dengan al-lkhwan al-Muslimun. Pada 1948, beliau bersama-sama al-Ikhwan al-Muslimun menyertai Perang Palestin. Akibatnya, beliau dipenjarakan di bawah tanah pada tahun 1949-1950.
Syeikh Sayyid Sabiq menceburi bidang dakwah semenjak di al-Azhar lagi. Beliau aktif dalam al-Ikhwan al-Muslimun sehingga menjadi antara orang kepercayaan Imam Hasan al-Banna, Mursyidul 'Am al-Ikhwan al-Muslimun.
Pada 1951, beliau memulakan kerjayanya di Kementerian Awqaf Mesir. Dari situ, sinar kehebatan beliau dalam ilmu terserlah. Beliau dinaikkan pangkat hingga menjadi Wakil Kementerian Awqaf Mesir. Pada 1964, beliau berlepas ke Yaman dan kemudiannya berada di Arab Saudi untuk menjadi pensyarah di Kuliah Dakwah dan Usuluddin, Universiti Ummul-Qura selama lebih 20 tahun.
KEGIATAN DAKWAH
Syeikh Sayyid Sabiq merupakan seorang yang banyak mengembara untuk men-yampaikan dakwah. Banyak negara yang dilawatinya termasuk Indonesia, United Kingdom, negara-negara bekas Kesatuan Soviet Union dan seluruh negara Arab. Beliau meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap negara yang diziarahinya.
Syeikh Sayyid Sabiq turut membuka kelas-kelas pengajian di rumahnya. Pada setiap hari Ahad dikhaskan untuk kaum wanita dan orang yang sudah berumahtangga. Manakala kelas untuk lelaki diadakan pada setiap hari minggu. Malam Khamis merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh semua ahli jemaah yang bersolat Isya' di Masjid 'lbadur-Rahman, Akhir Mahattoh, Haiyu Sabie' kerana pada malam itu dikhususkan untuk pengajian yang dikendalikan oleh Syeikh Sayyid Sabiq. Dalam majlis ilmu itu, beliau banyak memberi fatwa dan menjawab persoalan yang berbangkit tentang Islam. Pelajar luar negara juga tidak ketinggalan mengikuti majlis ilmu yang berkat itu walaupun Syeikh Sayyid Sabiq sering menggunakan Bahasa Arab Ammi (lahjah arab tempatan).
Antara contoh kegigihannya dalam menyampaikan dakwah, diceritakan bahawa ketika beliau berada dalam penjara, dengan berpijak di atas baldi-baldi yang telah disusun dalam bilik penjara untuk dijadikan mimbar disebabkan oleh tubuh beliau yang kecil dan kurus, beliau dengan lantang dan bersemangat menerangkan hukum fiqh dan agama terhadap tahanan-tahanan politik yang sama-sama ditangkap bersamanya. Pengawal penjara dan askar yang mengawal mereka turut mengikuti kuliah tidak rasmi beliau itu dari luar jaringan besi penjara.
CONTOH PERIBADI DAN AKHLAK
Syeikh Sayyid Sabiq merupakan seorang yang menjadi contoh dalam peribadi dan akhlak. Beliau bukan sahaja berilmu, bahkan mempunyai budi pekerti yang mulia dan pandai menjaga perhubungan yang baik sesama manusia. Sifatnya yang suka berjenaka, lemah lembut dan menghormati orang lain walaupun dengan kanak-kanak membuatkan beliau disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.
KEILMUAN DAN KARANGAN
Syeikh Sayyid Sabiq ialah seorang ulama yang hebat dengan keilmuan dan kefahaman yang meluas tentang Islam. Ini telah dikuatkan dengan kata-kata dari Syeikh Muhammad al-Ghazali yang menyifatkan bahawa Syeikh Sayid Sabiq merupakan orang yang paling faqih pada zaman moden ini. Beliau menjadi tempat rujukan alim ulama besar termasuk Syeikh Sya'rowi.
Beliau seorang ulama yang berani mengatakan kesyumulan Islam. Ini terbukti dengan lahirnya kitabnya yang terkenal, Fiqh Sunnah. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, termasuk Bahasa Malaysia. Buah fikiran penulisan kitab ini berasal daripada Imam as-Syahid Hasan al-Banna yang tetah meminta supaya beliau menyusun sebuah kitab fiqh yang sahih berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yang mampu menyelesaikan khilaf di kalangan umat Islam dan menghilangkan sifat taksub kepada mazhab. Malah, penyusunan itu juga bertujuan untuk menghapuskan pendapat karut yang menyatakan pintu ijtihad sudah tertutup.
Ternyata setelah hampir 50 tahun Fiqh Sunnah yang menghimpunkan kira-kira tiga ribu hadis itu dikarang, ternyata kitab tu masih menerima sambutan yang luar biasa daripada umat Islam serta mendapat pengiktirafan dari ulama serata dunia sebagai antara kitab fiqh terbaik dalam zaman moden ini.
Beliau turut mengarang beberapa buah kitab yang lain seperti, 'Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam', 'Islam Kita' dan sebuah risalah kecil mengenai riba.
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
Sepanjang hayatnya, Syeikh Sayyid Sabiq banyak menerima anugerah dan pengiktirafan atas ketokohan dan keilmuan beliau. Kemuncaknya, beliau telah menerima Pingat Penghargaan Mesir yang dianugerahkan oleh Presiden Republik Arab Mesir, Mohammad Husni Mubarak pada 5 Mac 1 988. Manakala di peringkat antarabangsa pula, Syeikh Sayyid Sabiq telah dianugerahkan Jaaizah al-Malik Faisal al-Alamiah pada tahun 1994 dari Kerajaan Arab Saudi dalam menghargai usaha-usahanya menyebarkan dakwah Islam.
PENUTUP
Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan Syeikh Sayyid Sabiq sepanjang hayatnya dalam usaha menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Beliau telah mewakafkan dirinya dalam jalan dakwah dan melakukan perkara yang tidak mampu dilakukan oleh sebahagian besar ulama' yang sezaman dengannya. Mengharungi liku-liku hidup selaku pejuang agama yang mempunyai keikhlasan sejati. Pernah menghadapi musuh dalam peperangan dan dipenjarakan kerana mempertahankan yang hak. Kitab Fiqh Sunnah peninggalannya terus menjadi pilihan umat Islam untuk menjadi rujukan mereka. Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di tempat yang selayaknya dalam syurga, dan memberi kita semua kekuatan dalam menjejaki contoh kegigihan dan jalan yang telah dilalui oieh Syeikh Sayyid Sabiq.
sumber : http://ulamak.pas.org.my
Saturday, January 9, 2010
Bahayanya Al-Ahbash
@ Mohd Rasyiq Alwi Bin Alwi
Dr Wahbah Zuhaily Fatwa On Ahbash (Abdullah Harari)
Bismillah ir-Rahman ir-Raheem
O Muslims! Beware of a man who calls himself Abdullah Habashi and of his followers. They are a group of extremists who are busy accusing all Muslims who don't follow their teachings and beliefs, of being kaafir and mushrik.
The Prophet (s) said, "man kaffara musliman faqad kafar" which means "whoever calls a Muslim a kaafir, he is a kaafir." This is borne out in the following three hadiths. The Prophet (s) said, as narrated in Bukhari and Muslim by Ibn Mas'ud, "sibaab al-muslimeen fusuqun wa qitaaluhu kufrun." which means "to curse a Muslim is corruption and to fight him is apostasy." He said in another hadith related by Abdullah ibn 'Umar in Tabarani, that the Prophet (s) said, "kuffu 'an ahli `la ilaha ill-Allah' laa tukaffirruhum bi-dhambin faman kaffara `ahla la ilaha ill-Allah' fa-hua lil-kufri aqrab." This means "leave alone the people who say there is no deity except Allah, don't call them unbelievers if they did something that in your eyes is a sin, for whoever says that they are unbelievers, he is the one nearer to unbelief." Anas ibn Malik related from the Prophet (s), "thalathun min aslil-iman, al-kaffu an man qala `la ilaha ill-Allah', la tukaffiruhu bi-dhambin wa laa tukhreejhu min al-Islam" [Abu Dawud.] "the origin of faith is threefold: to leave alone those who say there is no deity but God alone, not to call him an unbeliever because of a sin, and not to bring him out of Islam."
Our answer to these people is simply "It is enough for them to understand the meaning of these three hadiths." The Prophet (s) said, "alaykum bi-ijmaa al-muslimeen" which means "you must follow the majority of Muslims." The majority of Muslims are following these three hadiths and avoid accusing anyone of kufr and unbelief, except "Abdullah Habashi" and his followers.
"Abdullah Habashi" (a.k.a. Abdullah al-Hariri) has been trained to poison the minds of Muslims, and he was sent to Damascus. There he began his activities by visiting Muslim scholars and attending their lectures, in order to analyze their personalities. However, after much effort to spread his poisonous beliefs, he found that Damascus was too spiritual and Islamic a place for him, as he was unable to poison the minds of people. Therefore he was ordered by his masters to move on to Lebanon. There he sought asylum from the Secretary General of the Religious Affairs Department in Lebanon, Mukhtar Alele. He was given shelter on condition that he only stay in the mosque of Ziqaq al-Bilat in Beirut, and the condition that he in no way spread his teachings to people.
Unfortunately, "Abdullah Habashi" broke his promise to the General Secretary who had sponsored him. The Prophet (s) said, "al-Muslim idha wa'ada wafa.'" Which means "the Muslim when he makes a promise, fulfills it" The first action that he did was to break his promise.
He began to spread his teachings through Lebanon at that time, and has continued until the present day. During the Lebanese crisis the so-called "Abdullah Habashi", gave a fatwa that his followers could rob any house left empty by tenants who had fled the fighting. He also permitted them to kill any person who carried an identity card which identified them as Christian or non-Muslim. This is not accepted in Islam.
During the crisis moreover people were pressured to become followers of the "Habashi" group by blackmail, phone threats, and by placing bombs near their homes and their cars, until this day.
Here we will present some of the fatwas "Abdullah Habashi" made up for his followers.
1. Anyone is considered an unbeliever unless they take initiation with their shaykh. Everyone else is considered kaafir.
2. They marry only within their group. They trade, buying and selling only among themselves.
3. They gave a fatwa that a man can sleep with any woman that is not a member of their group, because she will be considered jaariya, as they consider themselves at war with those who do not follow them. They are even permitted to use force for this purpose, thereby condoning rape.
4. They destroyed families by demanding that wives leave husbands and husbands leave wives, based on their claim that if one spouse took initiation with the so-called "Habashi," he or she must leave the other, unless the other spouse also take initiation. By this means, they have broken up thousands of families, in Lebanon, Europe, in America where they have some small groups.
5. They have given a fatwa to the effect that wives forcibly separated from their husbands, remarry, though they are still considered married by sharia; moreover they force them to remarry one of the members of their group.
6. They gave a fatwa that as long as the woman is covering her head, she can go swimming in a one-piece bathing suit or bikini, even in front of strange men. Their special beaches are infamous in Lebanon.
7. They say that women can go in front of any man wearing all types of cosmetics, fragrances, eyelashes, rouge and makeup, and wearing tight trousers and alluring clothes, as long as she is covering her head.
8. Now they are finally studying the possiblity of a fatwa to allow mut'ah to take place.
9. They permitted mufakhadha, which means a man may sleep and commit any sexual act with other than his wife, as long as no penetration occurs.
This is only a small sample, a drop in the bucket, of what they have permitted their followers to do which is contrary to Islam.
O Muslims, the same ones who are spreading these fatawa, from this so-called "Abdullah Habashi," have cursed and charged many Muslim scholars with kufr.
To sum up, if the "Habashis" are not going to keep quiet and repent, and offer an apology to all those they accused of kufr and called unbelievers, we are going to expose the dealings of their rank and file with the Nusayris, who are a radical sect of Shi'ites who live in Syria.
(copied from soc.religion.islam)
Rujukan Ahbash :
http://ahbash-sesat.blogspot.com/
http://ahbash-jahil.blogspot.com/
Friday, January 8, 2010
Umno Jumpa Helah
Isu nama Allah adalah isu yang digembar- gemburkan oleh Umno parti sekular, yang peliknya dia Lawan Islam dan apabila ada sesuatu yang menguntugkan di sebalik Islam ia mahu, Umno mahu zakat, Umno mahu Haji, Umno mahu Hari Raya dan lainya. Apabila tibulnya isu ini dia kononya mahu membela dengan membuat perarakan dan disiarkan dalam tv tiap-tiap hari. Sepatutnya kamu tidak perlu membuat perarakan kerana kamu kerajaan , tetapi untuk menarik pandangan rakyat di saat gempar hilangnya enjin jet beranggaran ialah kata zahid hamidi RM303,570, bukan RM50 juta” ikutlah yang penting itu duit rakyat .
Apabila timbul isu kalimah Allah nescaya Isu jet tersebut hilang begitu saja, begitu juga isu TG Nik aziz yang berdoa kepada PM ia adalah isu untuk mengalihkan beberapa isu yang besar , contohnya petroleum Kelantan. Kita perlu sedar Umno menggunakan media untuk membangkitkan isu ini .
Apabila timbul isu ini Umno suka pada hakikatnya dan menjadi hero dijalanan , dan ini adalah perbuatan boleh disenaraikan dalam rekod, sebab Umno membela Islam. Isu ini juga adalah perangkap untuk menunggu kenyataan pemimpin-pemimpin Pas . Isu enjin jet sudah senyap dan tidak kedengaran , begitu juga bagi Ahli politik yang lainya juga terpengaruh dengan isu ini .
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50juta atau terbaru RM303,570, hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan . Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?
“ Pandangan ..
