Wednesday, June 22, 2011

‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH

‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:


“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).


Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.


4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.


5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.


6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.


7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

Pemikiran Politik Islam Zaman Moden






Memahami aliran pemikiran politik Islam adalah suatu yang sukar bagi kita. Ini kerana sudah beribu tahun pemikiran politik ini diamalkan. Bagi memudahkan ia dapat dicerna dan difahami, cara yang terbaik ialah kita perlu memahami bagaimana para cendikiawan membahagikan peradaban Islam kepada beberapa zaman. Menurut Harun Nasution di dalam bukunya Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya, zaman itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu, Zaman Klasik (650-1250M), Zaman pertengahan ( 1250-1800) dan Zaman Moden ( 1800 sampai sekarang).

Zaman ketiga atau zaman moden, ialah zaman yang dikenali dengan zaman era penjajahan Eropah ke atas Negara-negara Islam dan melahirkan pengaruh modenisasi di kalangan umat islam . dari peristiwa tersebut , lahir kebangkitan serta usaha pembaharuan Dunia islam , negara –negara Islam dahulu seperti Mesir , Turki, India, Malaysia dan Indonesia melakukan pembaharuan untuk memperoleh kemerdekaan dari penjajah. Pada pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan, kita melihat bagaimana latar pemikiran politik islam sedikit berubah disebabkan jatuh sistem khilafah, interaksi umat dengan barat dan peninggalan sistem politik barat. Oleh demikian zaman kontemporer ini telah memperlihatkan kepada kita dinamika pemikiran politik Islam yang tinggi.

Dalam memahami kontek hubungan Islam dan negara serta penetrasi pemikiran politik Barat ke dunia Islam, guru saya Dr Muhammad Iqbal di dalam bukunya “ Pemikiran Politik Islam dari Masa Klasik Hingga Indonesia Kontemporer ”, menyatakan bahawa pemikiran politik Islam terbagi kepada tiga arus pemikiran. Kelompok pertama, mengembangkan gagasan kesempurnaan ajaran Islam dan menolak pengaruh-pengaruh pemikiran Barat. Muhammad Rasyid Ridha, Hassan Al-Banna, Al-Maududi, dan Sayyid Quthb dalam berbagai variasi pemikiran mereka adalah beberapa pemikir yang mendudkung konsep demikian. Bagi mereka , islam adalah ajaran yang terbaik dan meniru Barat adalah perbuatan yang terlarang . Rasyid Ridha masih merindukan berdirinya khilafah universal, seperti juga Sayyid Quthb yang mengimpikan negara supranasional yang melepas sekata-sekat geografis. Maududi menganggap system politik demokrasi sebagai system musyrik dan bertentangan dengan ajaran Islam.

kelompok kedua ialah , berusaha memisahkan Islam dari politik( secular). Islam adalah sesuatu dan politik adalah Sesuatu yang lain. Keduanya tidak boleh disatukan. Urusan politik harus diatur dalam kerangka secular . tokoh-tokoh yang masuk ke dalam pemikiran ini adalah Mushtafa Kemal Ataturk, Ali Abd rraziq, dan Thaha Husein. Ali Abdurraziq dan Thaha Hussin lebih banyak berbicara pada tataran pemikiran . Raziq menolak khilafah sebagai bentuk ideal pemerintahan Islam. Thaha Husein mengusulkan peniruan mentah-mentah terhadap system politik Barat . Sementara itu, Ataturk bergerak lebih jauh lagi. Ia menolak peran serta agama dalam politik praktis dan membangun sebuah negara Turki modern yang secular. Hal0hal yang berbau agama tidak dibolehkan masuk dalam tataran politik praktis. Agama hanyalah urusan personal yang tidak diatur oleh negara .

Kelompok ketiga , yang berusaha menjambatani kedua arus pemikiran yang bertentangan di atas. Mereka tidak menolak mentah-mentah pemikiran yang berasal dari Barat, tetapi juga tidak menerima begitu saja warisan pemikiran lslam yang tidak sesuai dengan kondisi dan situasi yang berkembang. Tokoh –tokohnya adalah Sayyid Jamaluddi Al-Afghani, Muhammad Abduh, Muhammad lqbal, Mahmud Syaltut dan Mohammad Natsir. Mereka dapat menerima demokrasi dan sosialisme, umpamanya, namun diberi nilai-nilai religius. Mereka juga tidak sepenuhnya dapat menerima sistem pemerintahan khilafah universal yang sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan. Oleh demikian, kelompok ketiga ini mencoba merumuskan sistem pemerintahan Islam dengan tetap berpijak pada akar-akar keislaman yang kukuh seperti syura, namun tidak menutup diri dari pemikiran-pemikiran politik yang berkembang yang tidak bertentangan dengan ajaran lslam.

Tiga arus pemikiran ini, dalam berbagai bentuk derivasi dan variasinya, tetap terlihat dalam perkembangan pemikiran politik Islam sekarang. Masing-masing arus pemikiran tersebut memiliki argumentasinya, meskipun kadang-kadang tidak kuat diperhankan.


Oleh : Ahmad Syahin


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

DEMOKRASI TERPIMPIN 1959-1965

Ciri-ciri periode Demokrasi Terpimpin ialah dominasi dari presiden, terbatasnya peranan partai politik, berkembangnya pengaruh komunis, dan meluasnya peranan ABRI sebagai unsur sosial-politik. Dekrit Presiden 5 juli dapat dipandang sebagai suatu usaha untuk mencari jalan keluar dari kemacetan politik melalui pembentukan kepimpinan yang kuat. Undang-Undang Dasar 1945 membuka kesempatan bagi presiden untuk bertahan selama sekurang –kurangnya lima tahun. Akan tetapi ketetapan MPRS No. III? 1963 yang mengangkat Ir Soekarno sebagai presiden seumur hidup telah membatalkan pembatasan waktu lima tahun ini (Undang-Undang Dasar memungkinkan seorang presiden untuk dipilih kembali) yang ditentukan oleh Undang-Undang Dasar. Selain itu, banyak lagi tindakan yang menyimpang dari atau menyeleweng terhadap ketentuan–ketentuan Undang-Undang Dasar. Misalnya dalam tahun 1960 Ir. Soekarno sebagai presiden membubarkan Dewan Perwakilan Rakyat hasil pemilihan umum, padahal dalam penjelasan Undang-Undang Dasar 1945 secara eksplisit ditentuakn bahwa presiden tidak mempunyai wewenang untuk berbuat demikian. Dengan Perwakilan Rakyat, pilihan rakyat ditonjolkan perananya sebagai pembantu pemerintah, sedangkan fungsi control ditiadakan. Bahkan pimpinan Dewan Perwakilan Rakyat dijadikan menteri dan dengan demikian ditekankan fungsi mereka sebagai pembantu presiden, disamping fungsi sebagai wakil rakyat .


Hal terakhir ini mencerminkan bahawa telah ditinggalkan doktrin trias Politika. Dalam rangka ini harus pula dilihat beberapa ketentuan lain yang memberi wewenang kepada presiden sebagai badan exsekutif. Misalnya presiden diberi wewenag untuk campur tangan di bidang yudikatif berdasarkan Undang –Undang No. 19/1964, dan di bidang legislatif bedasarkan Peraturan Presiden No. 14/1960 dalam hal anggota dewan Perwakilan rakyat tidak mencapai mufakat.


Selain itu terjadi penyelewingan di bidang perundang –undangan dimana pelbagai tindakan pemerintah dilaksanakan melalui Penetapan Presiden (Penpres) yang memakai Dekrit 5 juli sebagai sumber hukum. Tambahan pula didirikan badan-badan ekstra konstitusional seperti Front Nasional yang ternyata dipakai oleh pihak komunis sebagai arena kegiatan, sesuai dengan taktik Komunisme Internasional yang menggariskan pembentukan front Nasional sebagai persiapan ke arah terbentuknya demokrasi rakyat. Partai politik dan pers yang dianggap menyimpang dari rel revolusi ditutup, tidak dibenarkan, dan dibreidel, sedangkan politik mercu suar di bidang hubungan luar negeri dan ekonomi dalam negeri telah menyebabkan keadaan ekonomi menjadi bertambah suram. G 30 S/PKI telah mengakhiri priode ini dan membuka peluang untuk dimulainya masa demokrasi Pancasila.( Dasar-dasar Ilmu Plitik, Meriam Budiarjo, Ms 130)


Sunday, June 19, 2011

BAHAYA BERNEGARA TANPA PERINSIP ISLAM


Syukur kepada Allah swt, kerana masih lagi memberi kesempatan untuk menulis beberapa perkara berkaitan dengan politik semasa. Dalam berpolitik kita mesti memiliki nilai –nilai kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar iaitu Allah swt. Disamping itu kita perlu mengajar masyarakat beriman dan melakukan amal soleh walau apa pun profesi mereka. Ini kerana sehebat manapun kita di dunia, jika kita tidak meletakkan Islam sebagai rujukan dalam segenap aspek kehidupan kita, maka kita telah lari dari ril kehidupan yang sebenar.

Timbulnya salah laku di dalam masyarakat seperti mencuri , merompak, menyamun, rasuah, membolot kekayaan negara dan banyak lagi, bukan kerana tidak ada undang-undang akan tetapi mereka tahu bahawa terkadang hukuman manusia kita boleh terlepas jika kita licik dan mempunyai helah. Maka tidak jarang kita dengar penegak undang-undang sendiri seperti polis, hakim, boleh menyelewing daripada Undang-undang. Tok Guru Nik Aziz dalam Fbnya, beliau merespon tentang “polis yang menangkap polis‘. Katanya :

“ Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini, antara lain tajuknya ialah Polis Tangkap Polis. Wallahualam, sekadar tangkapan belum tentu yang ditangkap bersalah. Tetapi pada saya, sehebat manapun peraturan di dunia, jika tidak disertai dengan keyakinan tentang syurga, neraka, dosa dan pahala ia tidak berjaya menghalang manusia melalukan kesalahan. Manusia perlu diyakinkan dengan adanya pembalasan di akhirat kelak, inilah yang merupakan pendinding daripada melakukan maksiat.”

Itu contoh kes yang berlaku di Malaysia, nasib baik dapat di tangkap. Betapa ramai yang licik yang tidak tertangkap kerana perbutannya. Di Indonesia sebagai contoh ada kes korupsi yang sehingga kini tidak dapat ditangkap pelakunya kerana berada di luar negara “ Singapura” yang tidak mempunyai perjanjian extradiksi. Mereka yang merupakan bekas Bendahara Partai Demokrat M. Nazaruddin dan istri politikus Partai Keadilan Sejahtera Adang Daradjatun, Nunun Nurbaetie, di luar negeri. Keduanya, setelah meninggalkan Indonesia, dan tidak mahu memenuhi panggilan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK). Dalam masa yang sama, Presiden SBY, mengatakan Indonesia sebagai negara yang menjunjung tinggi hukum. Ternyata ramai juga yang melanggar hukum.

Oleh demikian aspek kepercayaan inilah yang membezakan negara yang mengamalkan Islam dan negara yang berprinsipkan ideologi yang lain dari Islam. Islam mengajarkan supaya kita takut bertaqwa kepada Allah swt dimana sahaja kita berada, samada ada orang atau tidak, kepercayaanlah yang menyebabkan kita dapat mengawal diri dari melakukan perkara –perkara yang dilarang oleh agama. Begitu juga sebuh masyarakat , jika dibentuk dengan iman mereka akan takut untuk berbuat jenayah dan dosa.

Memamg di dalam berpolitik dan bernegara, ramai yang menjadikan Barat sebagai model mereka, terutama kerana meraka mempunyai demokrasi yang telus, sistem negara yang teratur, kerajaan yang mengamalkan kebajikan kepada rakyat dan sebagainya. Kita juga tidak menolak kepentingan itu, namun apa yang membezakan kita dari mereka ialah kita dibingkari dengan Islam dan keimanan kepada Allah swt. Sehebat manapun pemimpin kerajaan di dunia ini jika kosong dari keimanan kepada Allah swt, maka kesenangan itu adalah ujian sementara di dunia dan di akhirat mereka tidak ada tempat di sisi Allah swt. Lihatlah kepada kaum-kaum yang terdahulu yang takabur dengan kehebatanya akan tetapi mendustakan tuhan.

Ibrah Daripada Kaum Terdahulu

Mesir kuno sebagai contoh, ia adalah sebuah negara yang hebat dengan dengan tamaddun awal yang berkembang lebih 3000 th sebelum masihi. Sehingga sekarang mesir dengan kehebatan piramidnya yang dibina Firaun dikenal sebagai “ the kingdom of Thousand tawer ”. Dengan kekuatan tamaddun ini, mereka berjaya melakukan kerahan tenaga untuk digunakan memidahkan bongkah piramid dari selatan ke utara Mesir dan berat sebongkah piramid itu mncecah satu tan. Di kemuncak keagungan perkmbagn tamaddun awal Mesir purba ini akhirnya Firaun mengaku bahawa dialah tuhan yg memiliki alam ini. Kerosakan demi kerosakan dicipta dan direka , penyembahan hanyalah kpdnya. Pengorbanan yang suci ialah berkorban untuk Firaun dan Mesir sehingga bandar Ghaza , Kaherah , terkenal dengan nama The kingdom of death atau bandar kematian.

Jika kita melihat kepada kewujudan piramid agung Kufu mengandunggi 2 juta batu. Blok setiap satunya seberat satu tan. Piramid kufu merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia yang tertua yang terakhir masih tinggal . Ia dibina pada 2580 SM, setelah menelan masa 20 th. Namun kesudahan firaun dan pembatunya tertera di firman Allah swt yang bermaksud :

“ Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan” . ( ayat 50 surah Al- Baqarah) .

Iaitu sewaktu Nabi Musa a.s. membawa Bani Israil ke luar dari negeri Mesir menuju Palestina dan dikejar oleh Fir'aun, mereka harus melalui laut merah sebelah Utara. Maka Tuhan memerintahkan kepada Musa memukul laut itu dengan tongkatnya. perintah itu dilaksanakan oleh Musa hingga belahlah laut itu dan terbentanglah jalan raya ditengah-tengahnya dan Musa melalui jalan itu sampai selamatlah ia dan kaumnya ke seberang. sedang Fir'aun dan pengikut-pengikutnya melalui jalan itu pula, tetapi di waktu mereka berada di tengah-tengah laut, kembalilah laut itu sebagaimana biasa, lalu tenggelamlah mereka.

Mungkin kita dapat menyebut bahwa firuan adalah kerajaan yang zalim oleh kerana itu mereka di hukum oleh Allah swt. Kita juga perlu tahu bahwa sebab firaun dimurka oleh Allah juga kerana mereka takabur dan menolak dakwah Nabi Musa AS, dan mengaku bahwa dialah tuhan yang paling tinggi. Jika hukuman tuhan tidak pernah tersentuh dan dilihat oleh kita di dunia pun kita disediakan dengan Neraka Allah swt yang lebih azab berbanding dengan azab di dunia. Bagaimanapun, kita jangan bertakabbur kerana kita tidak akan sekali-kali terlepas dari azab Allah swt.

Intinya ialah tamaddun, sains dan teknologi bukan segala-galanya jika tidak didasari dengan keimanan seperti di Negara Barat. Buktinya Allah swt telah menghancurkan kaum Add, Samud, Saba dan firaun. Mereka mempunyai tamaddun yang tinggi dan tekonologi yang hebat namun dibinasakan disebabkan mereka melanggar perintah dan tidak beriman. Al-Qur'an secara khusus menarik perhatian kita terhadap kenyataan bahwa sebagian besar dari umat terdahulu yang dihancurkan ketika mereka memiliki tingkat peradaban yang tinggi. Di dalam Al Qur'an, sifat-sifat dari kaum-kaum yang dihancurkan ditekankan sebagai berikut:

“ Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)?.(QS Qaf 36).

Negara Berkebajikan Bersendikan Keimanan

Mengingat kembali penulisan ini bukan mendokong, mana-mana parti politik akan tetapi hanya sekadar ulasan secara umum. Jika kita melihat kepada negara-negara barat mereka menitik beratkan kepada demokrasi yang secara langsung adalah berkebajikan. Begitu juga negara –negara sosialis seperti cina dan lain-lain, mereka menitik beratkan kebajikan rakyat. Negara negara-negara maju seperti ini sebenarnya sudah mengalami trauma dan takut terhadap revolusi sehingga mereka beralih melibatkan rakyat untuk berpartisipasi di dalam memerintah negara, sehingga mereka dapat keluar dari sikap oteriter di dalam memerintah.

Namun tidak semestinya meraka memenuhi semua apa yang di tuntut oleh Allah swt dan yang dibawa oleh Islam, antara yang paling besar ialah mereka tidak beriman kepada Allah swt. Kebajikan yang dilakukan hanya sekadar untuk memaut hati rakyat untuk menyokongnya. Kebajikan yang dilakukan di dunia tidak akan dinilai di akhirat jika mereka tidak beriman kepada Allah swt. Kerana itu kita sebagai umat Islam mestilah mengambil jalan beriman kepada Allah swt, yang juga tergolong dalam konteks berkebajikan. Berkebajikan dalam Islam adalah luas. Antara dalil yang menyatakan kebajikan ialah firman Allah yang bermaksud :

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Baqarah ayat 177)

Wallahu a’lam..

Oleh : Ahmad Syahin






“ PEMIKIRAN POLITIK PAK NATSIR “


- Pak Natsir adalah orang minagnkabau anak murid kepada A Hassan, pendiri jemaah Persis di Bandung

- Pak Natsir pernah menjadi PM, tetapi jatuh kabinetnya zaman demokrasi liberal, bukan kerana dipecat tetapi kabinetnya tidak didukung oleh Parlimen.

- Pak Natsir berjasa menyelamatkan republik ini dengan mosi integralnya yang terkenal. Mosi ini berhasil menyatukan kembali Indonesia yang terpecah-pecah menjadi 17 negara bahagian ke dalam republik.

- Pandangn Natsir tentang pancasila

a. 1952- pidato di Karachi -> tidak ada pertentangan antara Islam dan secular

b. 1954- Nuzul Al-Quran -> tidak ada pertentagn antara islam dan secular

c. 1957- konstituante -> Natsir membantai pancasila

- Dia memberi pendapat bahawa pilih salah satu dari dua jalan, Islam atau ( la diniyah )Sekular?

- Kenapa Pak Natsir berubah? kerana pada pemilu 1955 yang terdiri dari parti –parti yang kuat ialah TNI, PNI, MASYUMI, PKI. Yang dapat dikelompokkan ( PANCASILA, ISLAM, KOMUNIS)

- Pak Natsir melihat bahwa Pancasila sebagai Cek Kosong, oleh demikian komunis biasa terima Pancasila.

- Satu persolan kenapa disini bincang persolan dasar negara dlm konstituente ? jawabnya “ boleh !! sebab Soekarno kata UUD’ 45 adalah UUD’ sementara , sah –saja diperjuangkan pada pemilu 1955.

- Ketika hampir selesai konstituante lebih kurang 90%, hanya tinggal perkara –perkara seperti dasar negara dan sebagai. Soekarno gopoh membubar kan konstituante 5juli 1959 dengan dekrit presiden, balik kepada UUD’45. Maka berakhirlah demokrasi liberal di Indonesia.

- Becerainya NU dan Masyumi 1952, krn Pak Natsir pimpinan parti adlh org minang dan anak murid kepada Hassan Bandung.

- Natsir tidak mengimpikan Negara khilafah , berbeza dengn Sayyid Qutn yang mengagaskan negara khilafah supranasional.

- Natsir mirip Iqbal bicara tentang demokrasi . Maududi tak terima demokrasi , demokrasi adalah sistem musrik, tetapi kata (Teodekorasi ). Natsir ( Demokrasi Teistik) demokrasi yang dilandaskan oleh nilai ketuhanan. Sedangkan Iqbal ( Demokrasi Spiritual).

- Natsir sebagai ideolog’ terlibat langsung dalam politik, berbeza dengan Maulana Maududi, dan Sayyid Qutb . Natsir bertarung di dalam medan.

“ Ini adalah sebahagian catatan ketika belajar mata pelajarn “ Fiqh Siyasah ” . Kerana dosen yang mengajar subjek ini seorang penulis yang hebat, maka saya rasa catatan ini penting untuk dokongsikan bersama. "


Catatan : Ahmad Syahin