Friday, September 25, 2009

Amalan soleh tidak terhenti dengan berakhirnya bulan Ramadhan





Adakah terhenti amalan seseorang muslim dengan terhentinya bulan Ramadhan ?

Jawapannya tidak, amalan seseorang muslim tidak terhenti kecuali apabila datangnya kematian, ini kerana Allah Swt berfirman :

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ . الحجر: 99

“ Sembahlah tuhan kamu sehingga datang kepada kamu yakin (maut ) “


Allah Swt Berfirman, daripada nabi Ibrahim As:

يَا بَنِيَّ إِنَّ اللهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ . البقرة : 132


(Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".

dan sabda Nabi Saw bersabda ;

إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث

Yang Bermaksud : Apabila matinya seseorang nescaya terputuslah amalanya kecuali di sebabkan tiga perkara.

Maka Nabi Saw tidak sekali-kali menjadikan amalan terputus dengan berakhirnya bulan –bulan tertentu, kecuali dengan sebab kematian .


kemudian adakah amalan yang ditunaikan pada bulan ramadhan, seperti puasa , qiamullail dan sedekah, adakan terputus dengan berakhirnya bulan ramadhan ?

Tidak sekali-kali, di sana terdapat puasa yang disyariatkan pada hari-hari tertentu selain daripada bulan Ramadhan, antarannya ialah puasa enam hari pada bulan Syawal sebagaimana Sabda rasulullah Saw bersabda :

من صام رمضان ثم أتبعه ستًا من شوال فكأنما صام الدهر

Bermaksud : Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala berpuasa sepanjang masa. (Riwayat Muslim)

Enam hari ini adalah mengiringi selepas daripada bulan Ramadhan iaitu disyariatkan bagi seseorang berpuasa pada hari yang kedua pada bulan Syawal, dan mengikuti perkara tersebut bagi sesiapa yang mahu mendahului kebaikan.

Semestinya bagi menunaikan puasa ini teramat mudah di sebabkan seseorang itu sudah membiasakan diri dengan berpuasa pada bulan Ramadhan dan memudahkanya meneruskan puasa pada bulan ini.

kerana seseorang itu apabila telah keluar daripada bulan Ramadhan bolehjadi dia melewat-lewatkan untuk melaksankanya maka ia menyebut : esok aku akan berpuasa, esok aku akan berpuasa sehingga habis hari
dan bulan ini.

Enam hari ini mengiringi bulan Ramadhan dan bagi sesiapa yang mengerjakanya sebelum habis bulan Ramadhan maka ia tidak akan mendapat sebarang pahala, ini kerana Rasulullah Saw bersabda
من صام رمضان ثم أتبعه .

Sekiranya seseorang itu berkata : Bolehjadi pada bulan Syawal ada keuzuran, bolehjadi meninggalkan Ramadhan kerana keuzuran dan berterusan keuzuran tersebut sehingga akhir syawal, kemudian Allah menyenbuhkanya . Ketahuilah bahawa Allah mensyariatkan menqodhanya dan keluarkanya daripada bulan syawal.

Kami telah menyebut : hari berpuasa ini mengikuti puasa Ramadhan walaupun pada bulan zulqaedah, walaupun terkeluar daripada bulan syawal. Yang demikian itu kerana meninggalkan puasa pada bulan syawal kerana keuzuran maka menqodhanya selepas daripada itu , sebagaimana puasa Ramadhan ditinggalkan bagi mereka yang keuzuran kemudian menqodhanya.

Dan di antara puasa yang disyariatkan juga ialah :

Berpuasa seseorang pada hari Arafah, maka sesungguhnya Nabi Saw bersabda ;

أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده

Bermaksud : puasa hari arafah dikira (diganjarkan) oleh Allah taala sebagai menghapuskan dosa setahun yang lepas dan setahun akan datang. ( Riwayat muslim 3082 )

Kecuali mereka yang mengerjakan haji maka tidak disunnatkanya supaya dia berpuasa pada hari Arafah , untuk menjadikan ia sentiasa kuat pada hari tersebut untuk berdoa .


Dan di antara puasa yang disyariatkan juga ialah :

Berpuasa pada hari Asyura daripada bulan muharram , kerana hari tersebut Allah menyelamatkan musa serta kaumnya dan memusnahkan firaun dan kaumnya , akan tetapi puasa dilakukan sebelumnya iaitu hari yang kesembilan ini kerana Rasulullah Saw bersabda :

لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع

“Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”
( Hadis Riwayat Muslim, Ibnu Majah, Ahmad )

Dan di antara puasa yang disyariatkan juga ialah :

Berpuasa pada hari kesepuluh pada bulan zulhijjah, ini kerana Nabi Saw pernah berswabda ;

ما من أيام, العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر. قالوا : ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء

رواه البخاري 969، وأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)”. (H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).

Dan diantara puasa yang disyariatkan juga ialah :

Berpuasa seseorang itu tiga hari pada setiap bulan , samaada pada awal bulan, pertengahan bulan, ataupun pada akhir bulan , akan tetapi terlebih baik melakukanya pada hari-hari putih iaitu pada hari yang ke 13,14 dan 15.

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)


Dan diantara puasa yang disyariatkan juga ialah :

Puasa pada hari Isnin dan Khamis , ini kerana Nabi Saw berpuasa pada kledua-dua hari tersebbut dan di a telah bersabda bersabda :

(Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya:
“Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa.”
(Riwayat al-Tirmuzi)

Dan diantara puasa yang disyariatkan juga ialah :

Iaitu berpuasa sehari dan meninggalkanya sehari , dan inilah sebaik-baik puasa kerana sabda nabi Saw kepada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، - رضى الله عنهما - قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ داود وَأَحَبَّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ صَلاَةُ داود عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَكَانَ يصوم يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا ‏"‏

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari 2796 dan Muslim)

Adakah Berpuasa terhenti disebabkan berakhirnya bulan ramadhan ??


Qiamulail

Qiamulail : adakah terhenti dengan berakhirnya bulan Ramadhan ? !

Tidak!! , Qiamulai disyariatkan pada setiap malam , dan sebaik-baiknya selepas daripada separuh malam sehingga tetap satu perempat malam maka tidurlah, sebaik -baik tidur ialah pada separuh yang pertama daripada malam.

kemudian bangun pada satu pertiga malam kemudian tidur pada satu perempat daripada malam . dan yang demikian itu telah diisyaratkan oleh nabi Saw terhadap Abdullah bin Amru Bin Asr dan dia berkata :

إن هذا قيام داود وهو أفضل القيام

Maka sekiranya susah untuk kamu akan yang demikian maka bangunlah walaupun sedikit pada akhir malam , kerana Allah Azj, turun ke langit dunia ketika mana satu pertiga malam terakhir, Allah Swt berfirman :

من يدعوني فأستجيب له و من يسألني فأعطيه و من يستغفرني فأغفر له

Bermaksud : Sesiapa yang berdoa kepada aku maka aku mustajabkan doanya dan sesiapa yang meminta akan aku maka aku akan memberi kepadanya dan sesiapa yang memohon keampunan daripadaku nescaya aku akan mengampunkanya .
( sahih Muslim 1808 )

Dan akhirilah solat malam kamu dengan dengan satu rakaat yang mana ia merupakan solat witir , kerana Nabi Saw apabila ditanya mengenai solat malam ? maka dia menjawab

مثنى مثنى ، فإذا خشي أحدكم الصبح صلى واحدة فأوترت ما قد صل

Sedekah

Adapun sedekah , maka ia merupakan satu amalan yang tidak terputus dengan berakhirnya ramadhan. Sedekah ialah satu amalan yang disyariatkan pada setiap waktu ,

Bahkan bagi seseorang yang berjaya ia menjadikan makanannya , minumanya , nafkah ahli keluarganya adalah sedekah, mahupun membelanjakan kepada diri kamu sendiri, juga merupakan sedekah, kepada keluarga kamu juga sedekah, bahkan memberikan sedekah kepada keluarga kamu itu yang terlebih afdhal daripada orang lain. Sekiranya kamu terdapat sepuluh ringgit , dan kemudian kamu berkata kepada seseorang ,””adakah aku mahu sedekahkannya kepada fakir? Ataupun aku perlu sedekahkanya kepada keluarga aku kerana mereka itu berhajat kepada duit tersebut !?
Maka kami katakan : sedekahlah kepada keluarga kamu.

Kemudian bacaan Al-Quran
Bacaan Al-Quran juga tidak terhenti dengan berakhirnya bulan ramadhan , bacaan al-Quran disyariatkan pada setiap masa . Sepatutnya bagi seseorang itu menjadikan bagi al-quran itu bahagian-bahagin tertentu yang dihafal padanya setiap hari sehingga tidak luput hari-hari tanpa membaca al-Quran .


Pengarang asal : Abdullah Bin Zaid Al-khalidi 19-9-2009
terjemahan : Ahmad Syahin Bin Mohd Amin 25-9-2009 12-12AM

No comments:

Post a Comment