Wednesday, February 17, 2010

Bertoleransi Dalam Khilaf


Ummat Islam seharusnya bertungkus-lumus untuk menuntut ilmu, ini kerana ilmu adalah teras kepada kenalnya seseorang Insan kepada Agama Islam. Sekiranya ada khilaf di antara sesama ummat Islam, ummat Islam perlulah bertoleransi untuk menyelesaikanya secara baik, musyawarah, munaqashah dengan matlamat untuk kembali kepada kebenaran.

Apabila teranglah kebenaran tersebut , maka wajiblah bagi insan untuk mengikut kebenaran tersebut , dan tidak sepatutnya untuk dia memenangkan dirinya dengan akalnya. Ini kerana akal kita bukanlah maksum dan bukanlah syarak, sehingga sombong menyatakan pendapat kita sahaja yang betul, dan selain daripada kita adalah salah. Maka wajib kepada Insan yang mukmin untuk mengikuti apa yang Allah inginkan Firman Allah :

{وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمراً أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالاً مبيناً}

Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata. ( Al-Ahzab 36 )

Sekiranya seseorang memenagkan pemikiranya serta meneruskan apa yang dia lakukan , maka perbuatan tersebut adalah kesalahan yang besar dan merupakan perangai kaum Musyrikin yang mengikut datuk neneknya dan mengenepikan petunjuk Nabi Saw. Orang musyrikin Menyebut :

{إنا وجدنا أباءنا على أمة وإنا على آثارهم مهتدون}

(tidak ada sebarang Bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya Kami telah mendapati datuk nenek Kami menurut satu jalan ugama, dan Sesungguhnya Kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja".( al- zukhruf : 22 )

Kita memohon kepada Allah Swt supaya kita memadai nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita, dan menjadikan Negara kita aman, serta menjadikan rakan-rakan kita dekat dengan kita dengan mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw.


Perkongsian : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment