Kehidupan
manusia sentiasa melakukan dosa, bagi orang yang berdosa seharusnya dia
bertaubat kepada Allah swt, terutama apabila melakukan dosa-dosa besar. Dan Jika
melakukan dosa kecil perlu juga selalu meminta ampun kepada Allah swt. Ini kerana dosa-dosa yang kecil jika dilakukan berterusan
akan menyebabkan dosa tersebut menjadi besar dan orang melakukanya boleh
dianggap fasiq.
Saya
tertarik dengan pandangan ahli sufi, mereka mengatakan semua dosa dalam
pandangan mereka adalah besar, ini kerana kita sebagai hamba Allah, kita tidak
boleh memandang hanya setakat dosa, tetapi kita seharusnya memandang dengan
siapa kita melakukan dosa.
Apabila
melakukan dosa besar wajib bagi kita bertaubat, adapun jika melakukan dosa
kecil Allah swt boleh mengugurkannya dengan cara seperti mengambil wuduk, Solat lima waktu, Jumaat sampai Jumaat berikutnya, Ramadhan sampai Ramadhan
berikutnya, begitu juga umrah sampai umrah berikutnya menjadi penghapus dosa di
antara waktu masing-masing.
Di dalam Al-Quran Allah mengutkan lagi dengan melakukan amalan-amalan
baik Allah akan mengampun dosa-dosa kecil. Firman Allah:
وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ
وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ
ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
“ Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi
dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya
perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang
buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat” ( Surah Hud:114)
Satu
perbahasan yang mungkin tidak ramai tahu, bahawa apabila kita melakukan
dosa-dosa besar nescaya Allah tidak mengkaffarat dosa-dosa
kecil. Banyak dalil-dali yang menyatakan
bahawa dosa kecil tidak dikaffarat
selama mana kita melakukan dosa besar, firman Allah Swt:
إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ
مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلا
كَرِيمًا
“ Jika kamu menjauhi dosa-dosa
besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus
kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat
yang mulia (surga)” (An-Nisa’: 31)
Di dalam Sahih Muslim Nabi Saw bersabda:
عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقول الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات ما
بينهن إذا اجتنب الكبائر
“ Daripada Abi Hurairah radiallahu anhu, bahawasanya Nabi saw bersabda:
Solat lima waktu, Jumaat sampai Jumaat berikutnya, Ramadhan sampai Ramadhan
berikutnya, menjadi penghapus dosa di antara waktu masing-masing jika kamu
menghindari dosa-dosa besar”. (Sahih Muslim:233)
Di
dalam “Matan Jauharatul Tauhid” oleh
Syeikh Ibrahim Al-laqqani Al-Makki menyatakan hal yang sama:
وباجتناب للكبائر
تغفر صغائر ,وجا الوضو يكفر
“ Dengan menjauhi dosa besar itu diampunkan dosa-dosa yang kecil dan datang mengambil wudu’ itu menjadi menjadi
kaffarat ia akan dosa kecil”
Adapun mengampunkan dosa ini berkait rapat
dengan kehendak Allah swt. Allah swt menyebut di dalam Al-Quran bahawa dia tidak
akan mengampun dosa syirik dan mengampun dosa selainya. Apa pun tugas kita
ialah sentiasa meminta ampun kepada Allah swt, serta menjauhi dosa-dosa kecil
dan dosa-dosa besar dengan sentiasa melakukan taubat kepadanya.
Oleh : Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment