Banyak hadith-hadith Nabi saw perlu dilihat dari sudut konteks,
bukan teks semata-mata. Sebagai contoh hadith tentang bekam. Jika dilihat ada
percanggahan tetapi sebenarnya bukan percanggahan. Nabi saw bersabda:
" كَسْبُ الْحَجَّامِ خَبِيثٌ
"
“ usaha pembekam itu keji " (HR Muslim)
Di sini Nabi mahu
menceritakan tentang persepsi masyarakat
Arab ketika itu, ini kerana pembekam pada masa tersebut kena hisab untuk
mengeluarkan darah. Dengan inilah ramai yang memandang hina pekerjaan berbekam.
Di sini Nabi saw bukan menyatakan hukum
tidak boleh berbekam tetapi sekadar menyatakan persepsi.
Di dalam hadith-hadith lain Nabi saw berbekam dan menyatakan
kebaikanya.
عن أبي هريرة أن أبا هند حَجَمَ النبيَّ صلى اللّه عليه وسلم في اليافوخ، فقال النبي صلى اللّه عليه وسلم: "يا بني بياضة، أنكحوا أبا هندٍ وانكحوا إليه" وقال: "وإن كان في شىء مما تداوون به خيرٌ فالحجامة".
“ Dari Abi
Hurairah R.A, bahawa Aba Hind pernah membekam Nabi Saw di ubun-ubun. Lalu Nabi
saw bersabda: wahai Bani Bayadhah, nikahkanlah Aba Hind (dengan puteri-puteri kamu),
dan pinanglah anaknya. Kemudian beliau bersabda: “dan jika dalam suatu
pengubatan itu baik, maka bekam itulah yang baik” (Abu Daud,:2016)
Aba
Hind ialah bekas hamba yang telah dimerdekakan. Di dalam hadith ini, Nabi
saw menyuruh Bani Bayadhah kahwin dengan Aba Hind(tukang bekam), dan pinanglah
anak dia, nak menunjukkan tukang berbekam itu mulia, kerana mencari rezeki yang
halal. Nabi saw juga puji kelebihan bekam.
Nabi saw juga berbekam dan memberi upah kepada pembekam, nyatalah bahawa
bekam ni harus hukumnya dan ia termasuk sunnah. Tetapi bekam ini termasuk
sunnah gharu tasyriyyah, yang tidak menjadi kelaziman kita terikat dengannya ,
jika ada cara lain yang lebih baik maka boleh digunakan.
Di zaman sekarang, berbekam bukan lagi menghisap darah, bahkan sudah
menggunakan alat yang elok maka tidak lagi menggambarkan bahawa berbekam ini
keji. Hukum menggambil upah hasil dari pembekaman pun tidaklah haram, tetapi
harus, jika diniatkan sunnah maka dapat pahala.
Oleh: Ahmad Syahin
hukum klik
No comments:
Post a Comment