Tuesday, April 2, 2013

RUQYAH MENGGUNAKAN USAPAN DAN TANAH




 عن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول للمريض

"بسم الله، تربة أرضنا، بِرِيقَة بعضنا، يُشفى سقيمنا، بإذن ربنا"

  
Daripada Aisyah Radiallahu an ha, Bahawa Nabi saw selalu membacakan doa untuk  orang sakit “ Dengan nama Allah, ini adalah tanah bumi kita, dengan air liur sebagian dari kita, dengannya dapat disembuhkan orang sakit diantara kita, dengan izin Tuhan kita”.( HR. Al-Bukhari: 5413)


Hadith ini menunjukkan boleh menggunakan bahan selain Al-Quran untuk ruqyah. Ruqyah ni kadang-kadang boleh dengan cara sapu, siup air liur, guna tanah dan lain-lain. Menunjukkan tidak terhad dengan menggunakan Al-Quran sahaja.


Kenapa jampi ini menyebutkan "Dengan air liur kebanyaan kita" ? nak menunjukkan bahawa beliau guna air liur juga. Imam Nawawi kata caranya, " dia ambil dgn jari telunjuk air liur atas lelangit kemudian letak atas tanah biar lekat sedikit tanah di tangan, lepastu dia sapuh".


Dalam hasyiah banyak ulama bincang pasal ni. Yang palig sesuai dikatakan bahawa tanah tu isyarat kepada kejadian anak adam yang asal, kemudian air liur  itu isyarat kepada air mani. Ini menunjukkan tidak mengapa kita mengunakan kperkataan bangkit asal sedikit sebanyak dalam ruqyah. Pengajaranya sekiranya kita jumpa bomoh yang sekadar bangikit asal jer, maka tidak salah.


Hadith ini juga menunjukkan usapan jari-jemari ada kelebihan menyembuhkan penyakit. Antara kelebihan jari-jemari ialah memutus buhul,menggerus penyakit, menusuk tubuh dan mencengkam jin. Wallahua'lam..

Oleh: admin


Monday, April 1, 2013

TIADA BID'AH DALAM BIDANG PERUBATAN



"Daripada Said Al-Kudri R.A, “Bahwa sekumpulan sahabat Nabi pernah mengunjungi salah satu perkampungan Arab, tuan rumah kabilah itu tidak mau menerima mereka sebagai tetamu. Dalam keadaan demikian, tiba-tiba pemimpin kaum itu disengat binatang berbisa. Kaum itu berkata kepada mereka: ”Adakah diatara kamu semua mempunyai ubat atau seorang yang boleh meruqyah? Mereka menjawab: ”Sesungguhnya kamu semua tidak mau menerima kami sebagai tetamu. Kami tidak akan membantu kamu semua sampai kamu semua memberi kami upah”. Maka mereka pun memberikan beberapa ekor kambing. Salah seorang sahabat kemudian membaca surat Al Fatihah dan mengumpulkan air ludahnya kemudian meludahi (pemimpin yang tersengat tadi). Ia pun sembuh. Merekapun memberikan kambing. Lalu para sahabat berkata,” Kita tidak akan mengambilnya sampai kita bertanya dahulu kepada Nabi SAW”. Mereka bertanya kepada Nabi tentangnya. Beliaupun tertawa dan bertanya:”Apa yang membuatmu tahu bahwa (Al-Fatihah) adalah ruqyah? Ambillah kambing itu dan berikanlah aku sebagiannya”.

(Riwayat Bukhari)



Hadith ini bayak faedahnya terutama dalam bidang perubatan. Ia juga menunjukkan luasnya bidang perubatan dalam Islam yang mana kita diberi keluasan untuk melakukan teknik tersendiri asalkan ia tidak bercanggah dengan panduan umum dalam Syariat. 




Di dalam hadith ini jelas menunjukkan Nabi menanyakan kepada para sahabat, "apa yang membuatmu tahu bahawa fatihah itu adalah ruqyah?". Dan menunjukkan para sahabat Nabi SAW melakukan ruqyah tanpa bertanyakan kepada Nabi, atau belum mendapat kaifiat menyembuhkan penyakit daripada Nabi saw. Namun Nabi tidak melarang, bahkan beliau suka dengan peristiwa ini. 




Ini menunjukkan bahawa sahabat-sahabat Nabi saw membaca Al-Quran, mereka faham bahawa Al-Quran adalah penawar. Dalam Al-Quran pun disebutkan ia adalah penawar. 




Jadi perkara ini tidak termasuk dalam perkara Bid'ah. Sebab ini adalah perkara dunia. Jika kita jumpa bacaan di dalam mimpi pun tidak mengapa kita membacanya jika tiada unsur syirik, sebab ia termasuk dalam bab perubatan, bukan bab ibadat berbentuk tauqifi. Dalam bab ini ada keluasan, ia adalah bab rawatan dan bab keduniaan yang sentiasa berkembang.




Dapat kambing disini ialah dapat 30 ekor. Perawat disini adalah Abu Said Al-Khudri. Sahabat tanya kepada Nabi Saw halal ke tidak? Nabi kata ambillah dan bagi kepada aku juga, Nabi saw minta disini supaya orang tidak ragu dah untuk memakanya, menunjukkan ia baik, bersih untuk memakan hasil daripada perubatan itu. Secara langsung ia menunjukkan boleh mengambil upah dalam berubat.



Oleh: Ahmad Syahin



Sunday, March 31, 2013

TEKNIK MERAWAT JIN SAKA




Mohamed Aura Lutfi : 

Asalamualaikum. Mohon doa kesembuhan untk kakak saya, skrg sedang di ruqyah, jin pengganggu nya berasal dari nenek moyang kami, jin nya mencari keturunan karena nenek moyang kami punya perjanjian dgn jin. Astaghfirullah haladzhim.

  • Perdana Akhmad : lakukan ikhrar pemutus perjanjian sampai 3-7 kali dan dibaca juga didalam air minum lalu minumkan, jika tidak diucapkan maka kemungkinan besar masih ada buhul yg tersimpan

  • Darmawan Agung : Apa bacaan pemutus perjanjian Bang Perdana?

  • Perdana Akhmad : IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN

Bismillahirahhmanirahim Ya Allah , sesungguhnya saya & mewakili keluarga saya dengan penuh kesadaran & pertaubatan dgn ini mengikrarkan : 1. Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum kami atau keluarga besar kami yang perjanjian itu pernah lakukan secara sadar atau tidak sadar dengan segolongan jin 2. Mengharamkan tubuh kami darr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apapun juga jenis jin 3. Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan & pertolongan Allah bukan kepada jin.

Ya Allah mulai dari saat ini : Saya haramkan semua makanan saya,minuman saya,seluruh anggota tubuh saya dari semua jin di dalam & di luar tubuh saya atau yang menggangu saya,Sekiranya Ya AllahMereka makan , minum , jadikanlah Ya Allah semua pemberian & milikMu itu Ya Allah sebagai racun,Racun yg amat panas,Racun yg amat bisa,Racun yg membakar,Racun yg membunuh Semua jin-jin itu Ya Allah Ya Rabbal A’lamin .

  •  Perdana Akhmad :  akhiri dengan membaca 3 qul

  • Mohamed Aura Lutfi :  @perdana : alhamdulillah sudah saya baca tadi, sebelum nya jin tersebut berkata jika ini ada lah jin keturunan dan jin ini skrg mencari keturunan, dan bpk saya di suruh shalat sunah taubat oleh jin tersebut. Setelah bpk saya shalat taubat, maka saya bacakan doa yg seperti Bpk Perdana akhmad, 30 menit kemudian jin keluar, sudah di ajak untuk beragama islam tp tidak mau, krn jin nya merasa kepanasan, maka dia minta keluar lewat telinga. Alhamdulillah sudah keluar jin laknatullah itu. Syukron pak Perdana atas doanya.

  •  Perdana Akhmad : alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta Alam

  •  Mohamed Aura Lutfi : Tempo hari saya pernah baca doa nya Pak Perdana, stelah itu jin dlm tubuh mengamuk, dan baru hari ini kami sekeluarga tahu punya nenek kakek yg punya perjanjian dgn makhluk jin.. Astaghfirullah. Jadi kalau nenek kakek kita meninggal, maka jin ini mencari ahli waris jg ya.. Masya ALLAH. Untung tahu ada doa pemutus nya..

  •  Mohamed Aura Lutfi : Stlah selesai di rukyah badan lemas, tp enteng dan ga ada lg keluhan2 sakit di badan. SUBHANALLAH. Berarti makhluk jin ini yg hinggap di badan yg menyakiti badan kita yah??..


- Sumber menjawab pertanyaan dalam laman FB "。ღCatatan NAIღ。" 
pada 26.3.2013

Wednesday, March 27, 2013

MENGUBATI SIHIR TAFRIQ




1. Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah dengan batu, besi, atau apa saja sehingga lumat. (menghancurkanya boleh dilakukan juga dengan menggunakan alat penghancur elektrik.) 


2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan.


3. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.


4. Sentuhkan bibirmu pada mangkok, sehingga nafas atau sebahagian air ludahmu mengenainya.


5. Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut :


1.) Ayat Kursi
 2.) Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun
 3.) Lalu Surah Al-Ikhlas
 4.) Berikutnya Surah Al-Falaq 
5.) Selanjutnya Surah An-Nas 
6.) Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A’raf ayat 117-119
7.) Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82
 8.) Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 – 69


Minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian, dan sesudah itu, Insya’ Allah, sihir itu tidak akan ada lagi. 

Sumber: Muhammad Isa Daud, ms 338,berdialog dengan jin


oleh: admin


Wednesday, March 20, 2013

ZIKIR PELINDUNG DIRI




Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ قالَ: (لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير) فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مائةُ سَيِّئَةٍ وكانتْ له حِرْزاً مِنَ الشَّيْطانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يَمْسِي وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جاءَ بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ. وَمَنْ قالَ: (سبحان الله وبحمده) في يومٍ مِائةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطاياهُ وَلَوْ كانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ


“Barangsiapa yang membaca: LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAY`IN QADIR (tiada sembahan yang berhak disembah selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu) dalam sehari 100 kali, maka bagaikan telah membebaskan 10 orang hamba, ditetapkan untuknya 100 kebaikan, dihapuskan darinya 100 keburukan, dia mempunyai perlindungan dari syaitan sepanjang hari itu sampai spetang, dan tidak ada seorangpun yang boleh mendatangkan amalan yang lebih baik daripada apa yang dia amalkan kecuali orang yang membaca bacaan ini lebih banyak daripada dirinya.(HR. Muslim no. 2691)


Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( 10 kali ) selepas solat magrib dan subuh.



ففي الحديث: من قال قبل أن ينصرف ويثني رجليه من صلاة المغرب والصبح: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات كتب الله له بكل واحدة عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات ورفع له عشر درجات وكانت له حرزا من كل مكروه وحرزا من الشيطان الرجيم، ولم يحل لذنب أن يدركه إلا الشرك، وكان من أفضل الناس عملا؛ إلا رجلا يفضله بقوله أفضل مما قال. رواه أحمد وقال الهيثمي والمنذري: رجاله رجال الصحيح غير شهر بن حوشب. وقال الألباني: حسن لغيره. وقد بوب ابن السني والمنذري والهيثمي على الإتيان بهذا الذكر بعد الصلاة 
وذكروا هذا الحديث في ذلك.