Tuesday, April 2, 2013

RUQYAH MENGGUNAKAN USAPAN DAN TANAH




 عن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول للمريض

"بسم الله، تربة أرضنا، بِرِيقَة بعضنا، يُشفى سقيمنا، بإذن ربنا"

  
Daripada Aisyah Radiallahu an ha, Bahawa Nabi saw selalu membacakan doa untuk  orang sakit “ Dengan nama Allah, ini adalah tanah bumi kita, dengan air liur sebagian dari kita, dengannya dapat disembuhkan orang sakit diantara kita, dengan izin Tuhan kita”.( HR. Al-Bukhari: 5413)


Hadith ini menunjukkan boleh menggunakan bahan selain Al-Quran untuk ruqyah. Ruqyah ni kadang-kadang boleh dengan cara sapu, siup air liur, guna tanah dan lain-lain. Menunjukkan tidak terhad dengan menggunakan Al-Quran sahaja.


Kenapa jampi ini menyebutkan "Dengan air liur kebanyaan kita" ? nak menunjukkan bahawa beliau guna air liur juga. Imam Nawawi kata caranya, " dia ambil dgn jari telunjuk air liur atas lelangit kemudian letak atas tanah biar lekat sedikit tanah di tangan, lepastu dia sapuh".


Dalam hasyiah banyak ulama bincang pasal ni. Yang palig sesuai dikatakan bahawa tanah tu isyarat kepada kejadian anak adam yang asal, kemudian air liur  itu isyarat kepada air mani. Ini menunjukkan tidak mengapa kita mengunakan kperkataan bangkit asal sedikit sebanyak dalam ruqyah. Pengajaranya sekiranya kita jumpa bomoh yang sekadar bangikit asal jer, maka tidak salah.


Hadith ini juga menunjukkan usapan jari-jemari ada kelebihan menyembuhkan penyakit. Antara kelebihan jari-jemari ialah memutus buhul,menggerus penyakit, menusuk tubuh dan mencengkam jin. Wallahua'lam..

Oleh: admin


No comments:

Post a Comment