(2729) حدثني قتيبة بن سعيد. حدثنا ليث بن
جعفر بن ربيعة، عن الأعرج، عن أبي هريرة؛ أن النبي
صلى الله عليه وسلم قال "إذا سمعتم صياح الديكة، فاسألوا الله من فضله. فإنها
رأت ملكا. وإذا سمعتم نهيق الحمار، فتعوذوا بالله من الشيطان. فإنها رأت
شيطانا".
“ Daripada
Abu Hurairah r.a, katanya, Nabi saw
bersabda: “ Apabila kamu mendengar kokokan ayam Maka mohonlah kurniaan kepada Allah,
kerana ayam itu melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai, maka berlindunglah kepada
Allah dari gangguan syaitan, kerana keldai itu melihat syaitan” ( Sahih Muslim:
2729)
Hadith ini menunjukkan
binatang-binatang tertentu boleh melihat perkara ghaib. Di dalam haditn ini
dinyatakan bahawa bapak ayam boleh melihat malaikat dan himar boleh melihat
syaitan. Nabi saw disini menjelaskan apa
yang tidak dapat dilihat oleh manusia dengan mata kasar.
Hadith ini juga menjelaskan
ada waktu-waktu tertentu untuk berdoa supaya
doa mudah dimustajabkan Allah swt. Apabila mendengar kokokan ayam maka
berdoalah kepada Allah sebab ayam teresebut melihat malaikat.
Menunjukkan dalam berdoa juga
kita sangat memerlukan pertolongan malaikat, ini sangat penting untuk mudah
dimakbulkan doa. Jika kita berdoa dan malaikat mengaminkan doa untuk kita, maka
mudah untuk mustajab, ini kerana malaikat iadalah makhluk Allah yang suci
bersih.
Dari sini juga menunjukkan
keberadaan malaikat disamping kita amat penting. Boleh juga diambil pengajaran
disini, jika kita berada di dalam rumah maka sebolehnya kita membuang
perkara-perkara yang menyebabkan malaikat tidak dapat masuk ke dalam rumah
tersebut, seperti gambar, patung,
loceng, suara nyayian dan lain-lain untuk mengundang malaikat kerumah kita.
Di dalam hadith ini juga dapat
kita faham bahawa bilakah waktu yang ramai malaikat? Jawabnya waktu yang ramai
malaikat ialah ketika ayam biasanya banyak berkokok iaitu watu sebelum subuh. Menunjukkan
waktu sahur sebelum subuh adalah masa yang istimewa.
Di hadith ini bukanlah
menunjukkan kita perlu memelihara ayam. Jika kita berada di bandar yang tidak
ada ayampun tetap pada waktu tertentu ada malaikat. Hadith Ini juga menunjukkan
bahawa kita perlulah bangun awal pagi sebab masa tersebut barakah dan mudah
untuk dimustajabkan doa.
Hadith ini juga menjelaskan
bahawa jika kamu mendengar perkikan himar, maka hendaklah meminta berlindung
dengan Allah daripada kejahatan Syaitan
yang direjam. Menunjukkan binatang-binatang tertentu boleh melihat perkara
ghaib seperti syaitan.
Ini juga merupakan isyarat
bahawa disebalik suara yang hodoh, buruk, busuk, kotor itu ada syaitan dan syaitan suka
perkara-perkara serti ini. Di dalam Al-Quran menyebutkan seburuk-buruk
suara ialah suara himar, Firman Allah,
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ
الأصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah
suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai” ( Luqman: 19)
Di dalam hadith yang lain ada menyebutkan bahawa yang
memotong solat ialah perempuan, himar, anjing dan ular. Menunjukkan ada binatang-binatang
tertentu yang sesuai untuk menarik orang dari melakukan solat dengan khusyuk. Syaitan
juga mengambil kesempatan dengan beberapa jenis bintang seperti ini. Ia juga
mudah untuk menjelma dengan jenis tersebut.
Himar diambil kesempatan oleh syaitan, seperti juga wanita
pelacur dan sebagainya. Ini kerana himar ialah binatang yang disebutkan oleh
guruku antara binatang yang mempunyai kemaluan yang besar berbanding dengan
binatang lain, inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan syaitan mudah
mengambil kesempatan, terutama untuk menarik perhatian manusia kearah perkara yang tidak baik.. Wallahu a’lam..
Oleh : Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment