Monday, April 1, 2013

TIADA BID'AH DALAM BIDANG PERUBATAN



"Daripada Said Al-Kudri R.A, “Bahwa sekumpulan sahabat Nabi pernah mengunjungi salah satu perkampungan Arab, tuan rumah kabilah itu tidak mau menerima mereka sebagai tetamu. Dalam keadaan demikian, tiba-tiba pemimpin kaum itu disengat binatang berbisa. Kaum itu berkata kepada mereka: ”Adakah diatara kamu semua mempunyai ubat atau seorang yang boleh meruqyah? Mereka menjawab: ”Sesungguhnya kamu semua tidak mau menerima kami sebagai tetamu. Kami tidak akan membantu kamu semua sampai kamu semua memberi kami upah”. Maka mereka pun memberikan beberapa ekor kambing. Salah seorang sahabat kemudian membaca surat Al Fatihah dan mengumpulkan air ludahnya kemudian meludahi (pemimpin yang tersengat tadi). Ia pun sembuh. Merekapun memberikan kambing. Lalu para sahabat berkata,” Kita tidak akan mengambilnya sampai kita bertanya dahulu kepada Nabi SAW”. Mereka bertanya kepada Nabi tentangnya. Beliaupun tertawa dan bertanya:”Apa yang membuatmu tahu bahwa (Al-Fatihah) adalah ruqyah? Ambillah kambing itu dan berikanlah aku sebagiannya”.

(Riwayat Bukhari)



Hadith ini bayak faedahnya terutama dalam bidang perubatan. Ia juga menunjukkan luasnya bidang perubatan dalam Islam yang mana kita diberi keluasan untuk melakukan teknik tersendiri asalkan ia tidak bercanggah dengan panduan umum dalam Syariat. 




Di dalam hadith ini jelas menunjukkan Nabi menanyakan kepada para sahabat, "apa yang membuatmu tahu bahawa fatihah itu adalah ruqyah?". Dan menunjukkan para sahabat Nabi SAW melakukan ruqyah tanpa bertanyakan kepada Nabi, atau belum mendapat kaifiat menyembuhkan penyakit daripada Nabi saw. Namun Nabi tidak melarang, bahkan beliau suka dengan peristiwa ini. 




Ini menunjukkan bahawa sahabat-sahabat Nabi saw membaca Al-Quran, mereka faham bahawa Al-Quran adalah penawar. Dalam Al-Quran pun disebutkan ia adalah penawar. 




Jadi perkara ini tidak termasuk dalam perkara Bid'ah. Sebab ini adalah perkara dunia. Jika kita jumpa bacaan di dalam mimpi pun tidak mengapa kita membacanya jika tiada unsur syirik, sebab ia termasuk dalam bab perubatan, bukan bab ibadat berbentuk tauqifi. Dalam bab ini ada keluasan, ia adalah bab rawatan dan bab keduniaan yang sentiasa berkembang.




Dapat kambing disini ialah dapat 30 ekor. Perawat disini adalah Abu Said Al-Khudri. Sahabat tanya kepada Nabi Saw halal ke tidak? Nabi kata ambillah dan bagi kepada aku juga, Nabi saw minta disini supaya orang tidak ragu dah untuk memakanya, menunjukkan ia baik, bersih untuk memakan hasil daripada perubatan itu. Secara langsung ia menunjukkan boleh mengambil upah dalam berubat.



Oleh: Ahmad Syahin



No comments:

Post a Comment