Tuesday, April 30, 2013

HAKIKAT JIN SAKA



Saka adalah jin yang berdamping dengan manusia. Jin ini adalah antara yang sukar untuk dirawati kerana bilangannya terlalu ramai dan ia sebati dengan tubuh manusia. Jin saka juga merupakan jin yang berkhidmat untuk manusia sama ada untuk melakukan rawatan atau khidmat-khidmat lain.

Apabila ia menjadi pembantu manusia biasanya dia akan mengikat perjanjian-perjanjian tertentu dengan manusia. Biasanya perjanjin jin itu akan memakan masa sehingga 7 keturunan atau lebih. Jin saka akan bersama seseorang apabila dia menggunakan khidmat jin terutama untuk amalan seperti berikut:

1.       Ilmu kebal
2.       Bidan kampung
3.       Ilmu penggerun
4.       Ilmu seri muka
5.       Penguat nafsu
6.       Penunggu rumah
7.       Saka sedap masakan
8.       Pembedahan ghaib
9.       Penyedap suara
10.   Saka pelaris dan sebagainya.

Apabila pembela jin ini meninggal biasanya saka akan pergi mencari anak cucunya atau warisnya. Untuk menawarkan kelebihan-kelebihan. Jika tiada yang mahu menerima maka saka ini kebiasaan akan menganggu dan menyakitkan ahli kelurganya. Perjanjian yang dilakukan oleh syaitan ini sebenarnya tidak baik bahkan memakan dan merosakkan keterunan orang tersebut.

Waspadalah kerjasama dengan Jin, terutamanya jin yang kafir, ia adalah syaitan dan tipu daya untuk menyesatkan manusia. Jin saka pada mulanya memang menawarkan khidmat, dalam masa yang sama ia akan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik dan menyusahkan seseorang melakukan ketaatan kepada Allah swt. Jin ini juga akan menyiksa tuanya disaat kematian bahkan menghalang untuk tuannya untuk mengucap dua kalimah syahadah disaat sakratul maut. Di dalam Al-Quran sudah terdapat petunjuk bahawa jin menambah bagi manusia kesesatan, firman Allah,

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan”( Surah Al-Jin: 6)

Jin saka juga jika dirawat dia akan mengaku bahawa ia telah terikat dengan perjanjian dengan nenek moyang, bahkan ada jin saka yang mengaku bahawa orang yang menjadi mangsa tersebut adalah anaknya. Bolehkah itu terjadi? Jawabnya boleh. Syaitan disebutkan dalam Al-Quran boleh berkongsi anak, harta dan boleh membuat perjanjian dengan  manusia. Pengalaman saya sendiri ketika meruqyah pesakit 'jin saka mengaku bahawa pesakit itu adalah anaknya. Syaitan juga boleh mengaku bahwa harta kita pun hartanya sama, sebagai contoh rumah yang didiami oleh jin atau kebuh yang berpenunggu. Kesemuanya ada disebutkan dalam Al-Quran,

وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا

"Dan berkongsilah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah perjanjian kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka" (Al-Isra : 64)

Maksud ayat Ini ialah Allah memberi kesempatan kepada Iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya. tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman. Jelaslah kepada kita bahawa bersahabat dengan jin adalah perbutan yang seharusnya dielakkan jika mahu hidup bahagia.

Oleh: syahkist

No comments:

Post a Comment