Was-was adalah sejenis penyakit rohani yang berkait dengan ganguan
syaitan. Was-was ada beberapa bentuknya, ada yang berkaitan dengan akidah dan
ada yang berkaitan dengan ibadat. Penyakit ini biasanya mula terkena kepada
pelajar-pelajar yang baru mahu belajar agama dan tidak mustahil dia juga boleh
terkena kepadaorang tua yang masih rendah tahap pengetahuan agama. Penyakit ini
adalah ganguan yang dilakukan syaitan untuk mengecewakan seseorang dalam
beragama dan untuk menyusahkan dalam beribadat kepada Allah swt.
Apabila was-was ini berkaitan dengan akidah maka ia sangat bahaya
sehingga boleh mejerumuskan seseorang ke lembah kekafiran. Was-was dari sudut
ibadah pula ialah menyebabkan seseorang itu susah untuk melakukan ibadat sehingga
memakan masa berjam-jam lamanya padahal perkara tersebut boleh diselesaikan
dalam masa lima minit. Was-was jelas disebut di dalam Al-Quran iaitu surah
Al-Nas ayat 4.
Was-was di dalam akidah juga bahaya ia juga telah disebutkan dalam
hadith-hadith Nabi saw. Antaranya hadih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra,
حدثنا يحيى بن بكير: حدثنا الليث، عن عقيل، عن ابن شهاب قال: أخبرني عروة: قال أبو هريرة رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا، من خلق كذا، حتى يقول: من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته).
“Berkata Abu Hurairah Ra. Bersabda Rasulullah saw: Syaitan datang
kepada salah seorang daripada kamu kemudian dia berkata: “ siapa yang
menciptakan ini? Siapa yang menciptakan ini sehingga ia mengatakan siapa yang
menciptakan tuhan mu?” Jika sampai kepadanya
(syak tersebut) maka hendaklah dia isti`azah minta perlindungan kepada Allah
dan berhenti (dari memikirkannya)” (HR Bukhari 3102 dlm Khalq `Afalul`Ibad 11,Bab
Sifat Iblis dan tenteranya)
Jelas was-was bukan terhad kepada perkara ibadat sahaja. Tujuan
akhir syaitan ialah supaya manusia syak terhadap Allah swt. Di dalam
hadith-hadith lain menyebutkan bahawa apabila sampai ke peringkat ini kita kena
membaca surah “Al-Ikhlas” . Dalam bab akidah seperti ini penawarnya ialah
menyakan kemusykilan kepada orang-orang yang alim supaya dapat menyelsaikanya.
Perkara ini seperti ubat juga , ubatanya perlu diatasi dengan ilmu.
Penyakit was-was di dalam ibadat pula timbul akibat tidak
mumpunyai ilmu yang cukup serta banyak mengikut hawa nafsu dan syaitan. Ia juga
timbul disebabkan terlalu memayah-mayahkan urusan agama sehingga menyulitkan
diri. Sedangkan agama dibina diatas kemudahan dalam
apa–apa hal sekalipun, Daripada Abi Hurairah ra, Nabi saw bersabda :
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ
"Sesungguhnya
agama Islam itu mudah. Tidak ada sesiapapun mahu menyukarkan agama itu
melainkan dia akan dikalahkan. Oleh itu carilah yang paling tepat dan (jika
kamu tidak mampu mencapainya) cubalah mendekatinya, disamping terimalah berita
gembira dan carilah pertolongan Allah di waktu pagi, petang dan sebagian
malam" (HR, 38. Bukhari, kitabul Iman, bab agama itu mudah)
TIPS MENUTUP PINTU WAS-WAS
1.
Berdoa
Ketika Memasuki Tandas
وَعَنْهُ قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ اَلْخَلَاءَ قَالَ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ ) أَخْرَجَهُ اَلسَّبْعَة
“ Daripada Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah
Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila masuk kakus beliau berdo'a: "Ya
Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina." Sahih Dikeluarkan oleh Imam Tujuh, Bukhari:142, Muslim: 375.
2.
Jangan Berada
Lama Dalam Tandas
Ini kerana tandas adalah tempat tinggal syaitan. Mengikut
kenyataan Jin muslim yang berdailog dengan Syekh Muhammad Isa Daud sendiri
bahawa syaitan menjadi tempat tinngal di tandas, dialognya seperti berikut,
Jin Muslim sahabat saya itu mengatakan, "Aku akan menyampai-kan
kepadamu suatu peringatan yang sangat penting."
Muhammad Isa : "Bagus, insyaAllah, akan berguna,"
jawab saya.
Jin Muslim : "Setan-setan
amat suka hidup di telaga kosong. Najis-najis dan kotoran sangat menarik
mereka. Karena itu, jika mereka mendengar azan, maka mereka pergi jauh-jauh ke
tempat-tempat di dekat air. Mereka menutup telinga mereka dengan kedua tangan
mereka, atau menutupkan baju mereka ke kepala mereka. Bahkan di antara mereka
ada yang bersembunyi di lubang-lubang pembuangan dan kotoran. Itu sebabnya
pula, maka jika engkau masuk ke tandas untuk berwudhu', dahulukan kaki kirimu,
sambil mengucapkan doa, A'udzu billahil-'azhim minal-khubutsi wal-khabaits
(Aku berlindung kepada Allah Yang Mahaagung, dari gangguan setan jantan dan
setan betina).
'Ingatkan kepada kaum wanita, agar mereka tidak membuang air
(panas) mendidih di lubang-lubang WC tanpa menyebut asma Allah dan tidak pula
memohon perlindungan kepada-Nya dari gangguan setan yang terkutuk.
Kadang-kadang air tersebut dapat mematikan setan, sehingga keluarganya mencoba
melakukan balas dendam ter-hadap, pemilik rumah, khususnya kaum wanita yang
melakukan hal itu. Kalau mereka (setan-setan) bisa menampakkan diri (menyurupi
tubuh mereka), niscaya mereka akan melakukan hal itu...."
3.
Jangan
Membazir Air
Allah melarang melakukan pembaziran, ia juga amalan yang tidak
baik dan termasuk amalan syaitan, firman Allah:
وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” Al-An’aam:141
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan
dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” Al-Israa:27
Jika kita boros nescaya kita mendekatkan diri kepada syaitan,
kalimah “ikhwah” bermaksud kita serupa dengan mereka dalam melakukan amalan
buruk. Adapun keterangan yang dapat menjelaskan makna yang terkandung dalam
ayat yang ditafsirkan, yang dapat dari hadis-hadis Nabi adalah sebagai berikut:
427 - وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما ، أن النبي صلى الله عليه وسلم مر بسعد وهو يتوضأ فقال : ما هذا السرف يا سعد قال : أفي الوضوء سرف ؟ ! قال : " نعم ! وإن كنت على نهر جار ) رواه أحمد ، وابن ماجه .
“ Diriwayatkan dari
Abdullah Bin Amru Bin Asr ra, Ia berkata: Bahawa Rasulullah saw, lalu
berhampiran dengan Saad yang sedang berwudu', lalu Rasulullah bersabda:
"Pembaziran apa ini wahai Saad!". Saad berkata: "Apakah pada
berwudu' ada pemborosan? "Rasulullah saw bersabda: Ya, sekalipun kamu
berada di tepi sungai yang mengalir".
4.
Jangan Mengulangi
Wudu’ Kecuali Jelas Batal
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ: أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا؟ فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ اَلْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا ) أَخْرَجَهُ مُسْلِم
“ Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu
berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu
merasakan sesuatu dalam perutnya kemudian dia ragu-ragu apakah dia mengeluarkan
sesuatu (kentut) atau tidak maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid
kecuali ia mendengar suara atau mencium baunya" (Sahih Muslim:362, dalam
Al-Haid)
Ini berdasarkan kaeedah “ keyakinan tidak
hilang dengan datangnya syak(was-
was)”. Hadith ini jelas bahawa jika sekadar
syak wudu’ kita masih ada, kecuali
setelah ada bukti iaiatu mencium bau atau
mendenagar suara.
5.
Taawuz Dan
Ludah Tipis Kekiri Jika Was-Was
حدثنا يحيى بن خلف الباهلي حدثنا عبد الأعلى عن سعيد الجريري عن أبي العلاء أن عثمان بن أبي العاص أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إن الشيطان قد حال بيني وبين صلاتي وقراءتي يلبسها علي فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه واتفل على يسارك ثلاثا قال ففعلت ذلك فأذهبه الله عني حدثناه محمد بن المثنى حدثنا سالم بن نوح ح وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا أبو أسامة كلاهما عن الجريري عن أبي العلاء عن عثمان بن أبي العاص أنه أتى النبي صلى الله عليه وسلم فذكر بمثله ولم يذكر في حديث سالم بن نوح ثلاثا وحدثني محمد بن رافع حدثنا عبد الرزاق أخبرنا سفيان عن سعيد الجريري حدثنا يزيد بن عبد الله بن الشخير عن عثمان بن أبي العاص الثقفي قال قلت يا رسول الله ثم ذكر بمثل حديثهم
“ Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam kitabnya, bahawa Utsman
bin Abi al-‘Ash berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah Saw: Wahai Rasulullah,
sesungguhnya syaitan telah menghalangi diriku supaya tidak mengerjakan solat
dan inilah aku alami. Lalu Rasulullah saw bersabda: itu adalah syaitan ‘kinzab
‘apabila engkau merasa bahawa dia menganggu dirimu, maka berlindunglah kepada
Allah swt, kemudian berludah tpis ke arah kiri anda sebanyak tiga kali.
Kemudian aku melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw itu,
maka Allah menghilangkan was-was syaitan daripada diriku”.( Sahih Muslim: 2203,
dlm kitabul salam)
6.
Jangan
lafaz Niat Solat, Niat Hanya Di Hati
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi,
وهذه النية عمل قلبي خالص، وليست من أعمال اللسان، ولذا لم يعرف عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه ولا عن تابعيهم بإحسان من سلف الأمة: التلفظ بالنية في العبادات، مثل الصلاة والصيام والغسل والوضوء، ونحوها، وهو ما نرى بعض الناس يجهدون أنفسهم في الإتيان به، مثل قولهم: نويت رفع الحدث الأصغر أو الأكبر، أو نويت صلاة الظهر أو العصر أربع ركعات على لله العظيم، أو نويت الصيام غدا في شهر رمضان.. الخ، وكل هذا لم يأت به قرآن ولا سنة. ولا معنى له، إذ لا يقول الإنسان إذا أراد الذهاب إلى السوق: نويت الذهاب إلى السوق، أو إذا نوى السفر: نويت السفر! ونقل الزركشي عن الغزالي في فتاويه قوله: أمر النية سهل في العبادات، وإنما يتعسر بسبب الجهل بحقيقة النية أو الوسوسة
(Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak
diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in
yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz
bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa
yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti
mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat
zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat
puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa
(diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tiada faedah baginya, di mana
seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke
pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi
dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah
itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat
atau (disebabkan) was-was”. klik
7.
Lawan
Was-Was Syaitan Dalam Solat
عَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( يَأْتِي أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فِي صَلَاتِهِ فَيَنْفُخُ فِي مَقْعَدَتِهِ فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ أَحْدَثَ وَلَمْ يُحْدِثْ فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ فَلَا يَنْصَرِفُ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا ) أَخْرَجَهُ اَلْبَزَّار
وَأَصْلُهُ فِي اَلصَّحِيحَيْنِ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ زَيْد
وَلِمُسْلِمٍ: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ نَحْوُهُ
وَلِلْحَاكِمِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ مَرْفُوعًا ( إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فَقَالَ: إِنَّكَ أَحْدَثْتَ فَلْيَقُلْ: كَذَبْتَ ) وَأَخْرَجَهُ اِبْنُ حِبَّانَ بِلَفْظِ ( فَلْيَقُلْ فِي نَفْسِهِ )
“ Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahwa
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Setan itu akan mendatangi
seseorang di antara kamu pada saat dia shalat lalu meniup pada duburnya dan
membuatnya berkhayal seakan-akan ia telah kentut padahal ia tidak kentut Jika
ia mengalami hal itu maka janganlah ia membatalkan shalat sampai ia mendengar
suara atau mencium baunya" (Hadith ini Sahih dengan syawahidnya,
dikeluarkan oleh al Bazzar dalam Musnadnya)
Hadits tersebut berasal dari shahih
Bukhari-Muslim dari hadits Abdullah Ibnu Zaid
Hadits serupa juga terdapat dalam riwayat
Muslim dari Abu Hurairah
Menurut Hakim dari Abu Said dalam hadits
marfu' : "Apabila setan datang kepada seseorang di antara kamu lalu
berkata: Sesungguhnya engkau telah berhadas hendaknya ia menjawab: Engkau
bohong" Hadits ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dengan lafadz:
"Hendaknya ia mengatakan dalam hatinya sendiri"
AMALAN SEHARI-HARI
CARA PERTAMA:
Amalkan baca muawizatain. Baca surah Al-Falaq 41 x dan surah
Al-Nas 41x. Atau muawizat yang lain. Bilanganya tidak terhad.
CARA KEDUA:
Baca “ (لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير)
Setelah subuh 100kali dan setelah magrib 100kali. Boleh
menjadi pendinding diri dari godaan syaitan.
CARA KETIGA
Belajar dan bertanyakan hukum kepada orang yang alim dalam perkara
yang was-was
CARA KETIGA:
Amalkan baca Manzil setelah subuh, Setelah Asar, Setelah magrib sehingga
sembuh, “jika ganguan teruk”.
CARA KEEMPAT:
Amalkan bacaan ini, diusap di dada selepas solat:
وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ
بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِين وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
AMALAN RUTIN
Membaca Al-Quran
Menghadiri Majlis Ilmu dan nasihat agam di masjid
Hadir solat jamaah di masjid
Latih diri supaya sentiasa khusyu’ dalam solat
Memanjangkan waktu sujud dan banyakkan istigfar di dalamnya
Banyakkan rehat yang membawa kepada tidur
Banyak kan bersenam dan rehlah ke daerah-daerah lain memikirkan
kekuasaan Allah.
Oleh: Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment