Sunday, May 26, 2013

PERLUKAH MENTAKHRIJ HADITH MENGGUNAKAN ISTILAH IMAM-IMAM MUTAQADDIMIN TERDAHULU




Sebelum ini saya terbaca dalam satu post di fb ini yg lebih2 kurang berbunyi 'istilah2 takhrij hadits yg saya gunakan dalam post2 saya di fb ini adalah isthilah imam mutaqaddimin, jadi ia hendaklah difahami dalam kerangka kefahaman manhaj mutaqaddimin tersebut'.

Saya tertanya, kenapa perlu mentakhrij hadits dengan menggunakan istilah2 imam mutaqaddimin? Dan salahkah mentakhrij hadits mengikut isthilah yang telah dibakukan sebagaimana yg terdapat dalam kebanyakan kitab2 ushul hadits hari ini?

Hakikatnya tidak mengapa bagi seseorang itu untuk menggunakan isthilah2 yang terdapat di dalam kitab2 ushul hadits hari ini. Isthilah2 ini bukanlah suatu bid'ah ilmiyyah, apatah lagi bid'ah syar'iyyah, kerana ia tidak berkait dengan soal amal ibadat yang mesti tsabit daripada nas2 syara' yang jelas. Isthilah2 tersebut dibakukan hanya untuk memudahkan kefahaman suatu bidang ilmu itu, serta meletakkan qaedah2 dan pembahagian2 perbahasannya. Perkara ini lumrah berlaku dalam mana2 disiplin ilmu sekalipun. 

Kata Ibnul Qayyim 'Kita tidak menolak lahirnya isthilah2 baru di setiap zaman'. Katanya lagi 'Ini adalah perkara yang umum berlaku bagi setiap ahli reka cipta peralatan2 baru, bahkan juga ahli2 di dalam setiap bidang ilmu pengetahuan. Mereka telah telah membakukan isthilah dengan lafaz2 yang mereka gunakan di dalam ilmu mereka dengan tujuan supaya ia difahami dan memberi kefahaman'. (Mukhtasar Shawaiq Mursalah: 272)

Di tempat lain beliau berkata 'Isthilah2 itu tidak ada permasalahan padanya apabila ia tidak mengandungi mafsadah'. (madarijul salikin: j3: 306)

Maka sayugia bagi setiap orang yang bersandar kepada suatu bidang ilmu seperti ilmu ushul hadits sbgi contoh, beriltizam dengan isthilah2 yang telah dibakukan di dalam ilmu tersebut. 

Adapun menggunakan isthilah2 ulama mutaqaddimin dalam ilmu ushul hadits, itu seolah2 menafikan sumbangan para alim ulama selepas zaman ulama2 mutaqaddimin itu, sedangkan kesemua mereka telah berjasa di dalam membangunkan ilmu ushul hadits ini. 

Bahkan perbuatan seperti itu hanya akan meruntuhkan keseluruhan binaan ilmu ushul hadits itu sendiri yang telah diasaskan sejak sekian lama oleh para alim ulama.

Kerana itu kata Al-Syeikh Thahir Al-Jazairi 'Para muhaqqiq menyebutkan bahawa sayugia bagi seseorang yang ingin membincangkan sesuatu di dalam satu bidang ilmu itu menggunakan lafaz2 yang ma'ruf di dalam ilmu tersebut, yg digunakan kepada suatu makna yang ma'lum di sisi ahlinya. 

Orang yg menyalahi adab ini sama ada tidak mengerti tuntutan keadaan atau dia bertujuan mengelirukan dan mewujudkan kekacauan ilmu pengetahuan. Yang demikian itu contohnya seperti seseorang itu berkata tentang hadits dhaif: 'hadits ini hasan', lalu apabila dia dibantah dia berkata yang saya maksudkan dengan hasan itu dari segi bahasanya, kerana ia mengandungi makna yang baik. Orang yang mengucapkan seperti ini adalah seorang perosak yang menyamar sebagai seorang yang tidak bersalah. ('azil fi shurati 'azir). 

(Taujihul Nazhar Ila Ushul Ahlil Athar: 1, 78)

Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment