Sunday, May 26, 2013

TENTANG RIWAYAT PERAWI-PERAWI SYIAH


Ulama2 Ahli Sunnah berbeza pendapat mengenai bolehkah berhujjah dengan riwayat2 Syiah Rafidhah. Sekurang2nya ada 3 pendapat yang dikemukakan oleh imam2 hadits di dalam kitab2 mereka:

1- Riwayat mereka ditolak secara muthlaq

2- Riwayat mereka diterima secara muthlaq melainkan perawinya seorang yang berdusta dan mereka-reka hadits.

3- Sekiranya riwayatnya itu menyokong mazhabnya maka ia ditolak. Jika riwayatnya tidak menyokong mazhabnya, maka ia diterima.

(Mizanul I'tidal, Al-Zahabi: j2, 207, Al-Dhu'afa, Al-'Uqaili: 129)

Pendirian yang lebih cermat, tepat dan berhati2 ialah pendapat yang pertama. Ini kerana mereka adalah pereka hadits yg utama di zaman awal. Kata Imam Zahabi mereka ini ''Berdusta adalah syiar mereka, taqiyyah dan nifaq menjadi selimut mereka''. (Mizanul I'tidal:1, 118)

Ini juga pendapat kebanyakan 'ulama seperti Imam Malik, Imam Syafi'e, Ibnul Qayyim dan lain-lain.

Kata Imam Malik ''Janganlah kamu berbincang dengan mereka dan janganlah kamu meriwayatkan daripada mereka, kerana sesungguhnya mereka mencipta hadits2 palsu dan menjadikannya sebagai agama''.

Imam Syafi'e berkata tentang mereka ''Aku tidak pernah dapati mereka yg lbh kuat bersaksi dengan kedustaan selain daripada Rafidhah''

Kata Syarik ''Ambillah ilmu daripada sesiapa sahaja yang engkau temui kecuali Rafidhah''

Yazid Bin Harun berkata ''Ditulis hadits daripada ahli bid'ah sekiranya dia tidak menyeru kepada pendapatnya kecuali Rafidhah, sesungguhnya mereka sering berdusta''.

(Mizanul I'tidal: j1, 146)

Ibnul Qayyim dalam kitabnya Al-Manarul Munif menyebutkan ''Rafidhah adalah sebesar2 pendusta dari sekelian kejadian Allah dan sekelian puak'' (Al- Manarul Munif: 152)

Al-Zahabi berkata ''Kebanyakan yang diriwayatkan oleh Rafidhah adalah dusta. Adalah menjadi kebiassaan mereka meriwayatkan perkara2 yang bathil, menolak riwayat2 yang shahih dan bersanad, mengkafirkan Sahabat, berselindung dengan selimut taqiyyah dan nifaq. Maka orang yang begini keadaan mereka, tidak boleh diterima riwayat mereka dan dibuat hujjah dengan kata2 mereka''. (Mizan: j1, 119)

Kata Hafiz Ibnu Hajar ''Syiah adalah golongan yang tidak boleh dipercayai nukilan mereka'' (Lisanul Mizan: j2: 119)

Mengikut Dr Khalid Kabir 'Allal, riwayat yg direka oleh Syiah atas nama Saidina Ali dan Ahlul Bait lebih kurang tiga ratus ribu lebih hadits. (madrasatul kazzabin: 31).

Maka jauhilah riwayat-riwayat pendusta-pendusta seperti Muhammad Bin Ishaq Bin Yasar, Muhammad Bin Umar Al-Waqidi, Hisyam Bin Muhammad Al-Kalbi dan lain2 perawi syiah, mereka sebenarnya bertaqiyyah! Wallahua'lam.





No comments:

Post a Comment