Iblis adalah
makhluk ciptaan Allah yang sombong, dia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS.
Ketika Allah menyuruh Iblis sujud, maka dia banyak menggunakan logik. Dia berkata
kepada Allah bahawa “kau jadikan dia dari tanah, sedangkan aku dari Api” yang
logiknya tanah lebih rendah daripada api.
Selepas
Allah menciptakan Nabi Adam dalam syurga, bentuk tubuh Adam berada dalam
keadaan diam sebelum dimasukkan roh. Iblis pergi lihat dan Iblis tawaf
sekeliling Adam memerhatikanya. Kemudian, tahulah Iblis bahwa Adam ini
berongga(lompong), dia tengok berongga. Iblis pun buat kesimpulan bahawa Adam ini
jenis yang tidak dapat kawal dirinya. Kejadian manusia sebenarnya diciptakan
lompong iaitu tidak mampu mengawal diri seperti di dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Anas.
111 - (2611) عن أنس؛ أن رسول
الله
صلى
الله
عليه
وسلم
قال
"لما
صور
الله
آدم
في
الجنة
تركه
ما
شاء
الله
أن
يتركه.
فجعل
إبليس
يطيف
به.
ينظر
ما
هو.
فلما
رآه
أجوف
عرف
أنه
خلق
خلقا
لا
يتمالك".
“Daripada
Anas r.a katanya Rasulullah saw bersabda: ketika Allah Taala membentuk tubuh
Adam di dalam Syurga , Allah meninggalkannya beberapa lama. Sementara itu Iblis
datang mengelilingi dan memperhatikan
apa yang sedang dibuat Allah swt. Ketika dilihat Iblis tubuh itu
berongga, tahulah diia bahawa Adam diciptakan sebagai makhluk yang tak dapat
menguasai diri.” ( Sahih Muslim: 2611)
Jelaslah
bahawa manusia ini jika diharapkan kepada kejadian asalnya, manusia lemah dan
tidak boleh mengawal diri. Sebenarnya manusia boleh mengawal dirinya, iaitu dengan
cara dia mengikut Nabi saw dengan belajar Al-Quran dan Sunnah bukan mengikut
kejadian asal manusia semata-mata. Jika mengikut kejadian asal, maka ada
masa-masa tertentu ia tidak boleh mengawal dirinya.
Manusia
ada kelemahan iaitu tidak boleh mengawal diri. Antara contoh cara mahu mengawal
diri ialah seperti hadith kalau marah Nabi saw ajar supaya baca “A’udzubilllahi
minasyaitanir rajim”. Nabi saw juga sebut bahawa pahlawan yang sebenar
ialah orang yang dapat mengawal diri ketika dia marah. Membaca Taawuz ini
disebutkan dalam hadith berikut,
109 - (2610) عن
سليمان
بن
صرد،
قال: استب
رجلان
عند
النبي
صلى
الله
عليه
وسلم.
فجعل
أحدهما
تحمر
عيناه
وتنتفخ
أوداجه.
قال
رسول
الله
صلى
الله
عليه
وسلم
"إني
لأعرف
كلمة
لو
قالها
لذهب
عنه
الذي
يجد:
أعوذ
بالله
من
الشيطان
الرجيم"
فقال
الرجل:
وهل
ترى
بي
من
جنون؟
قال
ابن
العلاء:
فقال:
وهل
ترى.
ولم
يذكر
الرجل.
“Daripada Sulaiman Bin Shurad r.a,
katanya: dua orang laki-laki saling memaki dekat dengan Rasulullah saw,
sehingga seorang daripada mereka merah matanya
dan menggembung urat-urat lehirnya. Maka sabda Rasulullah saw, “
Sesungguhnya aku tahu suatu kalimah yang kalau dia membacanya, nescaya hilang
marahnya. Kalimah itu ialah: A’udzubilllahi minasyaitanir rajim ( Aku
berlindung dengan Allah dari kejahatan Syaitan yang terkutuk). Kemudian lelaki
itu berkata ,” engkau melihat au gilakah? ( Sahih Muslim: 2610)
Begitu
juga sikap dan kelemahan lain seperti persaan cemburu, benci, kasih, cinta dan
lain-lain juga kena kawal. Pengawalnya ialah agama. Jika ada cinta, agama mengajar
cinta kepada Allah dan Rasul lebih dari lain-lain dan cinta kepada lain–lain
kerana Allah, maka manusia akan selamat dari kekecewaan dan tipu daya syaitan.
Ini semua ditampung dengan cara belajar.
Antara
contoh cara untuk membentingi diri dari pintu syaitan ialah dengan membaca Asma
Allah dalam 3 kondisi iaitu saat: Marah, Sedih dan Takut. Karena dalam 3
kondisi tersebut manusia lemah dan ada celah Syaitan untuk menguasai manusia.
Jadi ketika marah baca "Ta'awudz", ketika sedih baca "Innalillahi
wa inna ilaihi raaji'uun" ketika takut baca "Allahumma
'audzubika min sururihim wa naj'aluka fi nukurihim"
Oleh: Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment