Monday, November 15, 2010

Danau Toba, Air Terjun Sopiso-Pisso, Baristagi








Alhamdulillah pada hari jumaat pkul 11 mlm tanggal 12 hb, berotak ke Danau Toba, setelah lama tidak keluar berkelah dan melancong di tempat –tempat peranginan. Saya bersama sahabat seramai 7 orang pelajar IAIN SU, sempatan untuk bersama-sama keluar bersiar-siar melihat kebesaran ciptaan Allah swt. Kami sampai kira-kira pukul 2mlm dan kmudian singgah sembahyang subuh di Masjid Raya Taqwa yang berada di tepi danau tersebut.

Setelah selesai menunaikan solat subuh kami bersarapan di masjid dan kami keluar ke tepi danau yang berdekatan melihat kawasan kaki bukit, kejernihan air tasik dan nelayan-nelayan memulakan kerjanya. Pada pukul 8 kami berolak ke Pulau samosir iaitu sebuah pulau yang besar yang terletak di tengah danau tersebut dan ianya dikenali juga sebagai pulau di atas Negeri Sumatra Utara.

Setelah balik dari pulau Samosir menaiki bot kami bertolak ke Air Terjun Sipiso-Piso kira-kira pukul 11.30. Setelah sampai di Air Terjun Sipiso-Piso kami makan tengahari dan madi-manda, kemudian Setelah selesai, kami bertolak ke Baristagi iaitu satu pusat pelangcongan dan kawasan tanah tinggi di SU Indonesia. Di sini terdapat banyak kedai buah-buahan, kuda-kuda, yang tempatnya seakan-akan Cameron Highlands. Selepas itu kami solat magrib dan berangkat untuk pulang.



1. Danau Toba


Danau Toba adalah sebuah danau vulkanik dengan ukuran panjang 100 kilometer dan lebar 30 kilometer yang terletak di Provinsi/negeri Sumatera Utara, Indonesia. Danau ini merupakan danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau vulkanik bernama Pulau Samosir. Danau Toba sejak lama menjadi daerah tujuan wisata ( pelancongan ) penting di Sumatera Utara.







2. Hebatnya Bukit


Firman Allah swt, Dan gunung-gunung sebagai pasak?, An Naba' 7, hebat kejadian Allah bukit-bukit yang besar yg tidak dapat dibilang kerana terlalu banyak, ia memberikan satu pemandangn yang indah..




3. Banyaknya Air

Saya kgum begitu hebat ciptaan Allah swt apabila melihat sebuah tasik yang besar yang berada di kawasan tanah tinggi dan dikelilingi oleh bukit-bukit…





4. Masyarakat batak


Allah swt jadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk tujuan berkenal-kenalan, orang yang paling tinggi kedudukanya di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Berhampiran danau tedapat ramai penduduk yang terdiri dari masyarakat Batak ada yang Islam dan ada yang kristien. Setelah saya pergi ke pulau samosir terdapat banyak gereja-gereja dan terdapat juga masyarakt Islam tapi ianya sedikit.

Semasa perjalanan pulang dari Danau Toba, saya dapati di kawasan-kawasan bukit berhampiran tasik Danau Toba itu ramai pendudunya kristien “ sedikit terdetik di pemikiran saya memang tidak kurang hebat juga penyabaran agama kristien di kawasan-kawasan bukit pada zaman dahulu, terfikir siapakah pula yang akan datang membetulkan mereka supaya menganut ajaran Islam “



5. Air Terjun Sopiso-Piso





6. Tanda Kebesaran Allah swt pada penciptaan




firman Allah swt yang bermaksud :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran. ( Al-Baqarah : 164 )


dan firmnya lagi ;

Dan bagi Allah jualah Kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. ( Ali-Imran 189,190,191 )


Medan 13.11.2010



,

No comments:

Post a Comment