Di dalam jemaah -jemaah umat Islam ada jemaah yang menerima pilihan raya, ada yang tidak menerima langsung PR dan ada yang berhati-hati di dalam melibatkan jemaah di dalam PR. Ada yang menerima PR seperti Ikwan Al -muslimun, Jamaah Islami di Pakistan, Masyumi, Pks, Hamas di Palestin, Pas di malaysia dan lain-lain. Manaka yang tidak menerima atau tidak terlibat dalam PR sepeti jemaah tablig, Hizbu tahrir, dan ada juga yang berhati-hati di dalam melibatkan jemaahnya dalam demokrasi sepeti Salafiy terutama di Indonesia .
Berhubung dengan demikian secara umumnya kita dapat mengetahui bahawa bukanlah semua aliran di dalam Islam itu setuju dengan sistem demokrasi /pilihan raya, walaupun mereka adalah sebahagian firqah-firqah umat Islam. Kalau dilihat kepada Hizbu tahrir mereka sama sekali tidak melibatkan diri di dalam pilihan raya kerana menganggap itu adalah peniggalan dan kutipan daripada barat, namun mereka tidak menafikan mereka juga adalah sebuah parti politik. Manakala Jamah Tablig juga tidak melibatkan diri secara langsung kepada politik, mereka lebih suka mengajak masyarakat supaya berbuat baik dan beramal serta menekankan fadail amal di dalam Islam seperti solat , kekeluar 40 hari ke masjid-masjid , berdakwah kepada masyarakat, mengajak masyarakat solat , mengadakan bayan dan lain-lain. Saya secara pribadi husnu zan kepada Jamaah tablig kerana secara langsung mereka tidak menamakan diri dengan hizbu( politik) dan mungkin mereka ada srategi-strategi dakwah tertentu yang memudahkan mad’u menerima dakwah.
Bagi saya bagi kedua kelompok ini tujuanya memanglah baik untuk merialisasikan Islam itu sendiri di dalam masyarakat seterunya mewujudkan masyarakat muslim kemudia negara muslim dan khilafah Islamiyyah khususnya Hizbu Tahrir yang banyak melaungkan khilafah. Pendekatan seperti ini iaitu tidak berpati politik bagi saya memang baik jika mereka laksanakan di negara-negara yang penduduknya minoriti muslim untuk mengurangkan tekanan musuh, pemerintah yang kuffar dan mengelak daripada berlakunya kemudaratan yang lebih besar seperti peperangan yang mengakibatkan penumpahan darah umat Islam jika terlalu aktif di dalam politik Islam yang akhirnya bertentangan dengan maqosid syariah itu sendiri. Walaupun begitu ketidak terlibatan di dalam politik ini tidak wajar sekiranya sesebuah negara tersebut umat Islamnya ramai, mejoriti dan mampu untuk menguasai keadaan.
Berhubung dengan demikian jika kita mellihatkan kepada kondisi negara demokrasi sekarang umat Islam tidak boleh bertindak sedemikian jika masyarakat Islam menjadi kaum yang mejoriti, ini kerana kemudaratan kita akan menjadi lebih besar dan lebih parah jika umat Islam haya mengedar risalah , mengadakan seminar-seminar dan berceramah di masjid, sedangkan polisi negara, kita biarkan ianya di tangan orang –oarang yang dangkal pengetahuan agamanya apatah lagi orang kafir menentukan polisi negara yang mejoriti umat Islam. Alangkah bagus kalau kita cuba renugkan kalaulah tidak ada wakil dari kalang ulama atau cerdik pandai Islam yang melibatkan diri di dalam politik dan dalam masa yang sama menyerahkan urusan tersebut kepada orang yang bukan Islam contonya di Malaysia menyerahkan kepada DAP, MCA, MIC dan lain-lain tentu sekali mendatangkan bahaya kepada negara yang di diami oleh umat Islam. Ini kerana mereka tidak mengetahui tentang Islam apatah lagi jika mereka itu anti Islam yang ketika ini dilanda vairus Islamfobia yang digembar-gemburkan oleh media barat.
Oleh demikian tanggungjawab umat pada hari ini, janganlah terlalu lambat di dalam membuat keputusan di dalam hal ini, yang akhirnya merugikan diri sendiri, seperti masih khilaf di dalam adakah kita boleh melibatkan diri dalam politik dan persoalan –persoalan lain sedangkan orang yang benci dengan proses Islamisasi sudah menduduki kerusi dan matang di dalam politik. Di dalam hal ini perlu juga menghindari perasangka buruk yang terlalu menebal di dalam melibatkan diri dalam sistem demokrasi . Ini kerana kalau masih lagi membahaskan bolehkah kita melihatkan diri didalam pilihan raya, kita akan ketinggalan sedangkan kita melepaskan tangn kepada golongan-golongan yang tidak tahu selok-belok didalam berugama. Terkadang perasangka yang buruk seperti ini susah untuk dibuang apatah lagi ada yang menyatakan ianya haram sekali-kali dan jemaah lain tidak betul keran mencuci najis didalam tong najis, saya mengaggap ianya sudah keterlaluan yang perlu di nilai kembali. Saya pernah mendengar seorang ustaz Hizbu Tahrir yang membentangkan tajuk didalam sebuah daurah ia ada menyatakan bahawa syariat Islam yang cantik tidak cantik kalau ditempatkan pada maudunya’ yang tidak cantik lalu mengiaskan hal tersebut “ kalau kita makan bakso di dalam mangkuk , ianya cantik kerana maudu’nya cantik, kalau kita makan bakso yang bekasnya adalah tong sampah tidak cantik “. Apa yang kita harapkan perkataan –perkataan seperti ini tidak lagi berulang kerana ulama dan majlis fatwa sudah lama mengeluarkan fatwa membolehkan hal ini.
Ahmad Syahin.
Medan 5 November 2010
No comments:
Post a Comment