Apabila mendifinisikan politik banyak ahli-ahli ilmu mendifinisikan politik dengan belbagai takrifan, semakin banyak buku politik dibaca semakin banyak ditemui istilah-istilah yang berbeza. Namun apa yng menarik yang saya mahu kemukakan kali ini ialah politik adalah suatu seni. Dr Saidurahman Dekan 1, ketika mengajar tentang ilmu politik ia mendifinisikan politik secara mudah, iaitu politik adalah seni untuk mendapatkan sesuatu, untuk mempertahankan sesuatu dan untuk mempertanggungjawabkan sesuatu.
Kenapakah ia dikatakan seni? ia dikatakan seni kerana banyak kita melihat politikus yang tanpa pendidikan ilmu politik, tetapi mampu bergiat memiliki bakat yang dibawa sejak lahir dari naluri sanubarinya, sehingga dari karismatiknya dapat menjalankan roda politik praktis yang sangat mengagungkan dan luar biasa. Ia juga dapat dikatakan sebagai ilmu kerana memiliki objek, subjek, terminologi, ciri, teori, filosofis dan metodologi yang khas dan spesifik serta diterima secara universal, disamping dapat diajarkan dan dipelajari oleh ramai orang.
Secara peribadi bagi saya, Rasulullah Saw adalah orang yang paling seni dan mempunyai Ilmu yang mengagungkan dalam politik. Apabila dipandang dari sudut politik bagindalah orang yang paling seni dalam hal ini. Sejak dari kecil ia mempunyai sifat yang luar biasa, sebagi contoh ketika berdagang ke Syam ia memperoleh kepercayaan pelanggan, di Mekkah dapat menyelesainkan pertelingkahan perletakan batu Hajarul Aswad dan kehebatanya bertambah lagi apabila datangnya wahyu yang bersifat Ilmu. Dengan pimpinan wahyu Nabi mempunyai ilmu dan memahami sistem kehidupan termasuk politik. Jika kita melihat kepada perlembagaan pertama di dunia iaitu Piagam madinah yang dibuat oleh Rasulullah memang begitu hebat dengan terkandungnya dasar penyatuan penduduk madinah yang pelbagai suku, Hak Asasi Manusia dan banyak lagi dasar-dasar yang terkandung bersifat teratur dan mendatangkan kemaslahatan kepada masyarakat Madinah ketika itu. Oleh demikian zaman modern yang pertama yang perlu kita tahu ialah ketika hadirnya Rasulullah saw, bukan bermula dengan revolusi Perancis , Amerika, Rusia, Cina dan lain-lain.
Dengan kehebatan Rasulullah tersebut iaitu gabungan antara seni dan ilmu tidak ada satupun pemimpin-pemimpin yang boleh menandingi beliau. Ini terbukti di dalam sejarah manusia atau pemimpin –pemimpin dunia yang lain tidak ada tokoh yang dicatat tentang kehidupanya secara lengkap melainkan kehidupan Nabi-nabi khususnya Nabi Muhammad saw smaada kita dapatinya dalam Al-Quran, Sunnah atau kitab-kitab sejarah. Tokoh –tokoh barat ramai yang menulis tentang kehebatan Rasulullah, antaranya Michael H. Hart yang beragama kristien tetapi ia meletakkan Rasulullah sebagai individu nombor satu daripada 100 orang yang paling berpengarah sepanjang zaman sehingga bukunya mengejutkan dunia dan ramai orang barat yang tidak bersetuju dengannya. Namun begitu apa yang lebih tepat Nabi saw lebih lagi daripada apa yang dinyatakan Michael H. Hart, ini kerana ia adalah utusan Allah swt yang tidak boleh dikelaskan bersama dengan manusia biasa dalam satu pengkelasan.
Dalam dunia barat saya mengambil satu tokoh yang mempunyai seni dalam politik antaranya Adolf Hitler (1889-1945) yang mempunyai pengaruh yang luar biasa dalam pemerintahanya. Walaupun kehidupanya sangat zalim namun pengaruhnya tidak dapat dinafikan dalm sejarah dunia. Hitler dilahirkan di Austria kemudian ke Jermen, pada awalnya ia tidak ada pengalaman politik, duit, hubungan politik, pernah gagal di dalam peperiksaan tetapi dapat menjadi pemimpin salah satu kekuatan besar dunia dalam masa kurang 14 tahun di negara Jerman kerana seni politiknya. Kekuatanya dengan gerakan Nazi sangat luar biasa. Aliran-aliran seperti Marx, Lenin, Stalin yang memainkan peranan yang besar di dalam kebangkitan komunisme dan juga aliran lain seperti sosialis, nasionalis, namun ia tidak memiliki kepimpinan yang signifikan sehebat Hitler. Walaupun begitu kesenian politik Hitler berakhir dengan Hitler membunuh diri pada 30 april 1945 di Berlin.
Kesimpulanya politik bukan sekadar teori dan ilmu tetapi ia juga memerlukan seni untuk membolehkan politik yang dibawa oleh politikus lebih memberi kesan dan pengaruh. Betapa ramai mereka yang belajar ilmu undang-undang, siyasah syariyyah tetapi tidak mempunyai seni didalam politik yang menyebabkan mereka ini lama-kelamaan akan ketinggalan. Ini kerana seni adalah salah satu unsur kekuatan bagi membolehkan seseorang itu bergelut dalam keadaan semasa, menjawab tuduhan-tuduhan semasa dan kecekapan di dalam menyelesaikan masalah semasa. Oleh demikian seni bagi saya boleh juga diterjemahkan dengan kekuatan, kekuatan mengurus, mengatur, menjawab isu-isu semasa, mempertahankan diri dan sebagainya.
Oleh : Ahmad Syahin
Medan 29. 11.2010
No comments:
Post a Comment