Friday, December 17, 2010

10 Muharram Syiah Di Malaysia Diserbu







Ingatlah bahawa sepanjang sejarah Syiah adalah musuh terkuat sunni, ia merupakan ajaran sesat yang paling lama. Syiah bukan berbeza dengan kita sekadar Akidah tetapi boleh dikatakan keseluruhan aspek Agama Islam termasuk Politik, Ibadat, Muamalat, Munakahat dll yang mungkin lebih bahaya daripada ideologi sekular. Oleh demikian apa yang kita harapkan tokoh2 agama dan kerajaan perlu memandang serius perkara ini. Ini kerana tidak mustahil negara yang kita cintai ini diracuni dengan pemikiran syiah. Disamping berusaha kita memohon kepada Allah swt agar melindungi kita dan umat daripada perkara2 yang membawa kerugian dan kemusnahan hidup di dunia dan Akhirat...

Ajaran yang sangat bahaya, sila baca : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
10 Muharram di Karbala, Photo klik disini; http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/12/17/32311/


1 comment:

  1. Syiah yang sesat? Sumber mana? ...Sabar dulu....

    Anda boleh mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat kalau anda tidak termasuk pengikut dalam 8 Mathahib yang diendorsekan dalam Deklarasi Amman.

    Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah menghina Deklarasi Amman yang di endorse lebih 500 ulama dunia, raja-raja Arab, Mufti-mufti termasuk menghina persetujuan DSAI, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Khairy Jamaluddin dll.

    Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syiah Jaafari, Syiah Zaidiah dan Ibadiyah sesat adalah juga menghina fatwa yang dikeluarkan oleh Shaikhul Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mufti Besar Mesir, Professor. Dr. Ali Jumu'a, Pengarah Majlis Sunna dan Sira Qatar, Shaykh Dr. Yusuf Abdallah Al-Qaradawi dan ulama-ulama dari Akademi Fiqh Islami Saudi Arabia.

    Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syiah Jaafari, Syiah Zaidiah dan Ibadiyah sesat menjadikan anda wakil/ejen tidak langsung zionis dan musuh Islam yang memprovokasikan perpecahan umat Islam. Banggakan?

    Point 1 Deklarasi Amman
    Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi,Maliki, Shafi‘i and Hanbali), the two Shi‘i schools of Islamic jurisprudence (Ja‘fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable..

    http://ammanmessage.com

    ReplyDelete