Monday, February 7, 2011

Bersikap Lemah Lembut Di Dalam Mengubah Kemungkaran





Di dalam al-Quran Allah menceritakan banyak peristiwa –peristiwa mengenai umat terdahulu untuk dijadikan pengajaran bagi kita. Antaranya peristiwa Nabi-nabi dan orang –orang yang soleh. Peristiwa ini direcod di dalam al-Quran untuk dijadikan pengajaran bagi umat yang mendatang, termasuklah Nabi kita saw dan umatnya. Apa yang kita dapat ambil pengajaran, bahawa kita perlulah belajar dari sejarah-sejarah yang telah berlaku. Ia tidak terhad apa yang berlaku pada zaman sebelum Nabi sahaja, bahkan semua sejarah yang dapat memberikan pengajaran, khususnya sejarah mengenai mereka yang melakukan amar-ma’ruf dan nahyu mungkar ini.

Berhubung dengan demikian saya tertarik dengan sejarah mengenai amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilakukan dengan cara yang bilhikmah dan mauizhatil hasanah. Peristiwa ini mengajarkan kita supaya kita mestilah mencegah kemungkaran dengan bersifat lemah lembut dan menyeru pelakunya supaya melakukan kebaikan. Rasulullah telah berwasiat kepada kita agar sentiasa berlemah lembut dan baginda telah menjelaskan bahwa Allah menyukai sifat tersebut dalam setiap perkara. Jika sesuatu perkara disertai dengan sifat ini, ia akan kelihatan cantik dan jika sesuatu perkara itu tidak disertai denganya ia akan kelihatan cacat.

Kisah yang boleh dibawakan di sini ialah kisah yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din bahawa seorang lelaki telah pergi berjumpa Khalifah al-Makmun untuk menegur dan menyuruhnya berlaku baik tetapi dia menasihatinya secara kasar. Dia berkata : ‘Wahai orang zalim, wahai orang yang melakukan maksiat dan seumpamanya ‘’. Al-Makmun merupakan orang yang pandai dan lemah lembut. Dia tidak membalasnya dengan siksaan sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin. Bahkan beliau berkata kepadanya: “ wahai saudara, berlembah lembutlah, sesunggunya Allah telah mengutuskan orang yang lebih baik daripada kamu kepada orang yanglebih jahat daripada aku. Allah telah memerintahnya supaya berlemah lembut. Allah telah mengutuskan Nabi Musa dan Harun yang lebih baik daripada kamu kepada Firaun yang lebih jahat daripada aku. Allah berfirman kepada mere berdua yang bermaksud :

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".( Surah Taha 2: 33-34 )

Alasan yang disertai dengan ungkapa penghargaan “ semoga ia beringat atau takut “ walaupun sebelum itu Allah swt telah menyebut ketaghutan(melampaui batas) Firaun “ sesunggunya ia telah melampaui batas dalam kekufuran “ adalah dalil yang menunjukkan bahawa pendakwah tidak boleh berputus asa terhadap orang yang didakwahnya walau seteruk mana kekafiran dan kezalimanya selagimana dia mengunakan jalan yang lemah lembut dan sopan, bukannya jalan kekerasan dan kekuatan.


Oleh : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment