Saturday, February 12, 2011

KITA DAN FITRAH




Fitrah adalah sesuatu yang Allah bekalkan kepada manusia untuk mengenali kebenaran. Agama Islam adalah agama fitrah. Oleh demikian kita melihat Nabi saw menjalankan kehidupanya sebagai manusia biasa, sementara apa yang lebih baginya adalah disebabkan dia menerima wahyu daripada Allah swt. Nabi saw telah menjalankan kehidupanya sebagai seorang suami, sebagai ayah, sebagai seorang busness men, sebagai seorang presiden dan banyak lagi. Dengan demikian semua manusia boleh mencontohinya dari segenap sudut. Inilah yang membezakan kita dengan sang pendeta yang tidak banyak dapat dicontohi dari kehidupanya.

Oleh demikian Islam datang kepada manusia menolak perkara-perkara yang merosakan dan memudaratkan. Dalam masa yang sama ia membawa kepada manusia perkara-perkara yang baik. sebagai seorang hamba kepada Allah swt sepatutnya kita bersyukur kerana Allah telah mendatangkan penjelasan kepada kita, bahkan mendatangkan kepada kita tok guru, iaitu Nabi Muhammad saw untuk mengajar tentang halal, haram dan menjelaskan perkara-perkara yang memudaratkan.

Disamping itu, Islam mengajar erti fitrah dan menyokong perkara yangt baik yang dapat memberi kebaikan kepada manusia. Konsep inilah yang menyebabkan Islam tidak melarang kita untuk tolong menolong, menghormati tetangga, dan bayak lagi perkara-perkara yang bertepatan dengan fitrah. Sementara orang yang menyalahi fitrah seperti melakukan pencurian, kemaksiatan mereka sendiri tidak mahu perkara tersebut menimpa diri mereka. Sebagai contoh seorang pencuri mencuri barangan orang, dia akan marah apabila kita katakan bahawa dia seorang pencuri, bahkan terlebih marah apabila kecurian berlaku terhadap hartanya. Begitu juga seorang penagih dadah, penzina, peminum arak, perasuah dll yang melakukan perbuatan yang bercangah dengan fitrah.

catatan: Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment