Monday, February 7, 2011

PROSES REVOLUSI MESIR 1




Pemerintahan adalah urusan yang besar di dalam sesebuah negara. Kekuasaan adalah hasil daripada kontrak sosial daripada masyarakat dan pemimpin. Selain itu, menurut Islam kontrak sosial ini ditambah lagi dengan adanya hubungan pemerintah dengan Allah swt. hubungan ini bermaksud amanah yang diberikan Alllah swt kepada pemerintahan untuk melaksanakkan kekuasaan mengikut aturan Allah swt di muka bumi.

Oleh demikian tanggjawab pemimpin adalah melaksanakan tanggungjawab kekhalifahan. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan maka kehancuran akan menimpa pemimpin. Jika dilihat kepada sejarah –sejarah masa lampau maka kita akan dapati bahawa Kehancuran akan berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu:

Pertama, ketidakadilan, kezaliman dan penindasan di dalam masyarakat. Ketika kondisi demikian berlaku dalam suatu bangsa, maka kehancuran bangsa tersebut menunggu waktu. Bangsa ‘Add, Samud, Madyan dan Mesir pada zaman Firaun hancur kerana sebab-sebab demikian.

Kedua, ketidak pedulian masyarakat kepada moralitas kolektif atau tidak ada orang yang menjaga moral masyarakatnya .

Ketiga, penyalahgunaan segala fasilitI yang diberikan Allah kepada bangsa tersebut. Bahasa agama menyebutnya dengan kufur nikmat. Meskipun mereka memiliki sumber daya alam yang berlimpah ruah, semuanya tidak banyak berguna, malah menjadi sumber bencana sahaja. Ini kerana mereka tidak mampu memanfaatkankanya sesuai dengan perintah dan ketaatan kepada Allah.

Berhubung dengan isu kezaliman yang berlaku sekarang, apabila dirujuk di dalam al-Quran Allah swt jelas menyatakan bahwa tidak akan menjadikan imam di dunia ini mereka yang melakukan kezaliman. Kenyataan ini apabila Allah swt telah berjanji dengn Nabi Ibrahim bahawa dia akan menjadikannya imam bagi dunia. Firman Allah yang bermaksud:

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.( Al-Baqarah 2: 124)

Ayat ini merupakan satu perbezaan yang menunjukkan ciri pandangan islam tentang kepimpinan. Islam menilai bahawa kepimpinan bukan hanya sekadar kontrak sosial, yang melahirkan janji dari pemimpin untuk melayani yang dipimpin sesuai dengan kesepakatan bersama, serta janji taat oleh rakyat kepada kepimpinan yang telah mereka angkat. lebih dari itu, harus terjalin hubungan harmoni antara yang diberi kuasa memimpin dengan tuhan, yaitu berupa janji untuk menjalankan kepimpinan sesui dengan nilai-nilai yang diamanatkan.

Pemimpin negara umpamam qalbu di tengah-tengah anggota badan. aktiviti menjadi baik kerana baiknya qalbu dan buruk dengan buruknya qalbu. Masyarakat menjadi baik apabila pemimpin negaranya baik, dan menjadi buruk kerana kejahatan dari pemimpin negaranya. Pemimpin negara adalah penegak bagi bagi yang roboh dan pelurus bagi segala yang bengkok. apabila penegak yang roboh sudah roboh, dan penegak yang bengkok sudah bengkok maka pemimpin tersebut wajar ditukar kerana sudah tidak berfungsi sebagai pemimpin. Quraish shihab menyatakan bahawa kepala negara harus dapat berada di antara tuhan dan hambanya, dia mendengar firman tuhan dan memperdengarkan kepada hambanya.

Di dunia umumnya, revolusi tercetus apabila ketidak puasan masyarakat terhadap pemimpin negara. Perkara ini telah berlaku kepada beberapa negara seperti di Perancis, Iran, Tailend, Filipina, Indonesia, Tunisia dan sekarang di Mesir. Berlakunya revolusi biasa mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kematian. Perkara ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dihalang oleh pemerintah kerana ia wujud disebabkan kemarahan seluruh rakyat disebabkan tindakan pemimpin yang melakukan perkara yang cacat tanpa menoleh kepada rakyat. Proses revolusi umpama air yang tersumbat, saat sumbatan itu terbuka, maka air akan melimpah dan menghentam apa saja yang dilaluinya..

Bersambung…

Oleh : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment