Sunday, December 4, 2011

WACANA NEGARA ISLAM PASCA REVOLUSI 2011, PART 1



Mengenai terminologi “ Negara Islam” Deliar Noer menyatakan, ada “Negara Islam” sebagai nama dan ada “Negara Islam” sebagai konsep. Negara Islam sebagai nama tidak dituntut oleh parti-parti cendikiawan. Oleh karena itu, yang lebih penting adalah negara Islam sebagai konsep, artinya bahwa isi perlaksanaan hidup bernegara bersumber dan sesuai dengan ajaran Islam.

Deliar Noer menyebutkan negara Islam sebagai konsep memiliki kriteria Al-Quran dan Al-Sunnah dijadikan pegangan dalam hidup bernegara, hukum dijalankan, dan prinsip musyawarah juga dijalankan. Menurut All Rahnema berdirinya negara Islam, merupakan tujuan terpenting bagi para tokoh kebangkitan Islam meskipun tidak ada kesamaan pandangan di antara mereka tentang apa yang dinamakan negara Islam dan bagaimana menjalankanya.

Dalam kajian terminologi, menurut Sayyid Vali Reza Nasr, istilah “ Revolusi Islam”, “ Negara Islam”, dan “ Ideology Islam” sebenarnya istilah khas Barat, yang dalam perkembanganya diimport oleh intelektual muslim dan tokoh gerakan Islam. Atas dasar itu, ketika istilah-istilah tersebut dibawa ke Islam, sering mengalami perbedaan makna.

Untuk memahami konsep negara versi dalam versi Islam, paling tidak ada, dua pendekatan yang harus dikembangkan. Pertama, pendekatan itegralistik. menurut, pendekatan ini, Islam diturunkan sudah dalam kelengkapan yang utuh dan bulat. Dengan kata lain, Islam telah memiliki konsep lengkap untuk tiap-tiap bidang kehidupan. Sejumlah pembenaran yang diajukan untuk mendukung pendapat kaum integralis ini, 1. perintah untuk masuk ke dalam agama Islam secara menyeluruh dan 2. Islam telah sempurna. Kedua, pendekatan empiris atau pendekatan prinsipil. Menurut pemikiran ini, dari ajaran dan sumber-sumber pemikiran Islam, ditarik sejumlah prinsip universal adalah pedoman yang akan memungkinkan Islam menjadi motor kehidupan bangsa dan negara.

Bentuk Negara Yang Berubah

Dalam Islam tidak ada apa yang disebut sebagai konsep khas bagi sesebuah negara. Ini kerana negara boleh saja berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Pada zaman Nabi Saw dan Khufa’ Al-Rasyidun negara adalah berbentuk pemerintahan kekhalifahan tanpa sempadan negara. Kemudian pada masa Bani Umawiyah ia berubah kepada bentuk kekhifahan yang bersifat mulukiyah iaitu sistem beraja sehinggalah beralih ke zaman Bani Abas dan Turki Utmaniyah.

Selain bentuk negara yang luas iaitu negara khilafah, perkara yang berubah ketika itu adalah cara perlantikan khalifah atau kepemimpinan. Kulafa Ar-Rasyidun yang empat ada yang dilantik dengan syura, ada juga yang dilantik melalui wasiat dan dalam masa yang sama perlaksanan syura yang dilakukan adalah berbagai.

Namun apa yang menarik, setelah masuk pemerintahan Muawiyah, pemerintahan Khifah, tetapi perlantikan khalifahnya lebih kepada keturunan(monarki). Sistem ini terus diamalkan pada khalifah selepas daripadanya. Ramai umat Islam ketika itu tidak mengkritik cara demikian, ini kerana ia sesuai pada kondisi dan masa tersebut untuk kemaslahatan. Jika dilihat kepada sejarah ketika ini banyak wujudnya sekte atau kelompok seperti syiah, khawarij pada masa itu yang kemungkinan akan mewujudkan huru-hara jika perlantikan khalifah dilakukan seperti sebelumnya.

Apabila kejatuhan pemerintahan Khalifah di Turki dan dunia Islam dijajah, umat Islam bangkit berjihad membebaskan tanah air dan wilayah Islam. Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fiqh lama. Apa yang wujud adalah ‘nation state’ atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri.

Negara bangsa atau nation state yang konsepnya membatasi geografi sesebuah wilayah, bangsa yang menduduki sesuatu negara ataupun sejarah yang membentuk sesebuah negara. Penghayatanya ialah patriotisme kenegaraan dan bangga kepada kenegaraan dan bangga kepada kaumnya.

Tanpa kita sedari inilah prinsip dalam proses politik yang hari ini menjadi prinsip dan keabsahan keterlibatan partai-parti politik termasuklah parti Islam. Syeikh Rashid Redha semasa menghadapi realiti ‘nation state’ dan kehilangan Khilafah pada kurun ke-20 mencadangkan keterlibatan berterusan dalam kerangka yang sedia ada walaupun ulama pada waktu itu terbahagi antara bersikap apologetic dan kekecawaan pada realiti yang dihadapi.

Syeikh Rashid Redha berhujah untuk terus terlibat dalam realiti yang ada dengan menjadikan kaedah “Ma la Yudriku Kulluh La Yutraku Kulluh” ( apa yang tidak dapat dicapai keseluruhanya janganlah ditinggalkan keseluruhanya) sebagai mengimbangi antara dua sikap ekstrem yang diambil oleh para ulama waktu itu.

Demikianlah pengajaran yang dapat diambil bahawa konsep negara dalam Islam adalah berbetuk anjal yang mengikut kesesuian zaman. Samada pemerintahan beraja, pemerintahan khilafah. republik atau nation state seperti sekarang ia tidak penting yang penting adalah pengelolaan negara mestilah berlandaskan kepada syariah Islam.


Oleh : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment