Thursday, December 1, 2011

ZAHIRIYYAH, WASATIYYAH DAN NEO-MUATTILAH


Dalam mempertimabngkan antara Nas dan al-Maqosid Al-Syariah, menurut Qaradhawi dalam bukunya “Al-Din Wal Siyasah”, bahawa suatu hak yang mesti kita lakukan adalah mempertimbangkan antara tujuan-tujuan syariat secara umum dengan teks-teks agama yang bersifat parsial untuk melihat tujuan-tujuan umum syariat Islam, bukan mengalahkan satu dengan yang lainnya, kerana keduanya saling melengkapi dan tidak bertentangan. Di dalam buku ‘ Maqasid Asy-Syariah Qaradhawi,’ menerangkan bahawa dalam hal ini ada tiga aliran :

Pertama : Aliran Tekstualis, atau aliran yang penulis sebut dengan istilah ‘Aliran az-Zahiriyah Moden’ yang memusatkan perhatian pada teks-teks yang bersifat parsial dan memahaminya secara tekstual. Mereka hampir tidak menyinggung sama sekali tentang terdapatnya tujuan –tujuan syariat, kerana itu pandangan mereka selalu bertentangan dengan realiti. Mereka juga menyempitkan rung gerak manusia dengan porsoalan yang sudah diperluaskan oleh Allah swt dan menyulitkan persoalan yang sudah dimudahkan oleh-nya.

Kedua : Aliran yang berlawanan dengan aliran yang pertama. Mereka menafikan adanya teks-teks syaraiat secara keseluruhan dan sama sekali tidak menghiraukan adanya teks-teks tersebut dengan alasan perhatian mereka hanya tertuju pada tujuan-tujuan dan inti syariat. Penulis menyebut mereka dengan istilah ‘Al-Madrasah al-Mu’atilah’ (aliran yang mengabaikan). Pada masa dulu ada juga ulama yang disebut dengan al-Mu’atilah, bezanya ulama-ulama tersebut mengabaikan akidah, manakala aliran ini mengabaikan syariah. Merekalah yang kemudian menghalalkan riba dalam persolan ekonomi,, menghapuskan hudud dalam persolan hukum, mengharamkan cerai dan poligami dalam perkahwinan, menghapuskan kewajiban berjilbab bagi perempuan dan mengabaikan seruan jihad membela dakwah dan umat Islam.

Ketiga : Aliran yang memperhatikan teks-teks parsial dan tujuan-tujuan syariat secara bersamaan dan seimbang. Aliran ini penulis sebut sebagai aliran ‘Wasatiyyah’( Pertengahan) yang pandangannya bersandarkan pada syariah dan realiti secara bersama. Aliran inilah yang semestinya diikuti oleh kaum Muslimin, manakala dua aliran sebelumnya mesti kita tolak, apalagi secara ilmiah kedua-dua aliran tersebut tidak dapat diterima.

Oleh : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment