Kadang-kadang
hukum ini tidak boleh kita hanya lihat kepada zahirnya semata-mata, tetapi ditinjau
juga melalui hikmat syariat, sebagai contoh Nabi saw tidak bagi kepada lelaki
untuk memakai emas dan sutra. larangan ini ada hikmatnya supaya tidak mahu ajar
kita hidup dalam kemewahan. Biarlah duit kita habis untuk-untuk akhirat dan
agama.
Emas
putih memanglah tidak haram bagi lelaki untuk memakainya dan tidak dikenakan
zakat pun disebabkan pada hakikatnya ia bukanlah emas, begitu juga kain yang
lebih mahal lagi dari sutera, tetapi bukan sutera boleh ke? Jawabnya boleh, ia
tidak haram.
Tetapi
apabila kita melihat dari sudut yg lain agama tidak mahu mengajar kita lebihkan
dunia, menghabiskan duit kerana benda-benda seperti itu, betapa banyak lagi
benda-benda yang besar perlu kita gunakan. Kita perlu lihat juga dari sudut agama
jangan tengok dari sudut zahir sahaja. Di dalam hadith lain Nabi saw bersabda,
عن حُذَيْفَةَ بن الْيَمَانِ رضي الله
عنهما قال: قال رَسُولُ الله صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم: "لا تَشْرَبُوا في
انيةِ الذَّهَبِ والْفِضَّةِ، ولا تأكُلُوا في صِحَافِهِمَا، فإنها لَهُمْ في
الدُّنْيَا، وَلَكُمْ في الآخِرَةِ"، متفق عليه
“Daripada Huzaifah ibn al-Yaman (r.a) bahawa Rasulullah saw pernah bersabada :
“Janganlah kamu meminum dengan bekas
yang dibuat daripada emas dan perak dan jangan pula kamu makan dengan
pinggang(atau talam) yang dibuat daripada keduanya. Kerana sesungguhnya bekas
yang dibuat daripada emas dan perak itu
untuk mereka(orang kafir) di dunia dan untuk kamu di Akhirat” (Muttafaq’alaih)
Di
dalam hadith juga melarang untuk kita menggunakan emas dan perak untuk
dijadikan gelas dan pingang. Ini disebabkan akan timbul sifat angkuh pada diri
seseorang. Islam tidak pula menyebut secara jelas orang yang menggunakan
mutiara, berlian atau batu permata yang kadang-kadang ianya terlebih mahal dari
emas dan perak untuk dijadikan bekas makanan. Kebanyakan ulama pun mengatakan tidak haram, tapi lihatlah
kepada hikmat agama disebalik pengharaman bekas makanan dari emas dan perak
tadi, kita akan dapati ia juga tidak elok.
Contoh
lain supaya kita tidak lihat pada zahir hukum semata-mata. Mengenai penggunaan produk
syarikat Yahudi. Memang halal makan tetapi dari sudut menyokong kemungkaran dan
dari sudut politik tidak boleh. Sebab itulah ada ulama yang menyatakan haram
dari sudut politik, kita menyokong syarikatnya, menyokong syarikatnya lebih
lagi sehingga dengan kekayaanya akhirnya mereka pergi bom umat Islam, bunuh
umat Islam dengan cara ni. Oleh demikian hukum terkadang tidak boleh lihat
zahir semata-mata, pperlu juga melihat kepada hikmat syarak dan maqasidnya.
Apabila kita lihat kepada maksud agama Islam terkadang kita akan menjadi tenang
.
Oleh:
Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment