حدّثنا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَ عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ
(وَاللّفْظ لإِسْحَقَ. قَالاَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرّزّاقِ. حَدّثَنَا مَعْمَرٌ
عَنِ ابْنِ طَاوُسٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبّاسٍ، قَالَ: مَا رَأَيْتُ
شَيْئاً أَشْبَهَ بِاللّمَمِ مِمّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَنّ النّبِيّ صلى الله
عليه وسلم قَالَ: "إِنّ اللّهَ كَتَبَ عَلَىَ ابْنِ آدَمَ حَظّهُ مِنَ
الزّنَى. مُدْرِكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ. فَزنَى الْعَيْنَيْنِ النّظَرُ. وَزِنَى
اللّسَانِ النّطْقُ وَالنّفْسُ تَمَنّىَ وَتَشْتَهِي. وَالْفَرْجُ يُصَدّقُ ذَلِكَ
أَوْ يُكَذّبُهُ". قَالَ
عَبْدٌ فِي رِوَايَتِهِ: ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ. سَمِعْتُ ابْنَ عَبّاسٍ.
“Dari Ibnu Abbas dia berkata, ‘saya tidak
berpendapat tentang sesuatu yang paling dekat dengan makna Al-Lamam (dosa-dosa
kecil) selain apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah dari Nabi saw”
Sesungguhnya Allah swt telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bahagiannya
dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Maka
zinanya mata melihat, zinanya lisan adalah ucapan, sedangan nafsu berkeinginan
dan berangan –angan, dan kemaluanlah sebagai pembenar atau tidaknya.” Abad
berkata; dalam riwayatkanya dari Ibnu Thawus dari Bapaknya dengan lafazh, Aku
mendengar Ibnu Abbas..(HR.Muslim: 2657)
حدّثنا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ. أَخْبَرَنَا
أَبُو هِشَامٍ الْمَخْزُومِيّ. حَدّثَنَا وُهَيْبٌ. حَدّثَنَا سُهَيْلُ بْنُ أَبِي
صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم
قَالَ: "كُتِبَ عَلَىَ ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزّنَى. مُدْرِكٌ ذَلِكَ
لاَ مَحَالَةَ. فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النّظَرُ. وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا
الاِسْتِمَاعُ. وَاللّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ. وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ.
وَالرّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا. وَالْقَلْبُ يَهْوَىَ وَيَتَمَنّىَ. وَيُصَدّقُ
ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذّبُهُ".
“Daripada Abu Hurairah , dari Rasulullah saw,
beliau bersabda: “sesungguhnya manusia itu telah ditentukan nasib perzinaannya
yang tidak mustahil dan pasti akan dijalaninya. Zina kedua mata adalah melihat,
zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua
tangan adalah menyentuh, zina hati
adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak
lanjuti atau ditolak oleh kemaluan. (HR. Muslim: 2657)
Mafhum di dalam hadith ini sebenarnya perzinaan
dan sebagainya telah ditakdirkan. Tetapi bukanlah makna Allah tentu, kita tidak
mempunyai pilihan. Kita ada pilihan. Ketentuan Allah ada juga yang berupa qada’
mubram dan qada’ mualaq. Qada mualaq ialah
yang tergantung, apabila kita lakukan macam ni, natijahnya macam ni.
Zina di dalam hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas ialah zina
yang mengakibatkan dosa kecil, bukan zina sebenar yang mengakibatkan dosa besar.
Zina ini telah ditetapkan oleh Allah kepada kita. Kata Ibnu Abbas‘‘Saya tidak
berpendapat tentang sesuatu yang paling dekat dengan makna Al-Lamam (dosa-dosa kecil) selain apa
yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah, makna lamam dalam hadith di atas
adalah tafsir daripada friman Allah swt,
{الذين يجتنبون كبائر الإثم والفواحش إلا اللمم إن ربك واسع المغفرة}
Maksudnya“ orang-orang yang
menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari
kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya(Surah
Al-Najm: 32). Makna ayat ini, Allah lah yang maha mengampun orang-orang yang
menjauhi maksiat selain daripada lamam seperti Firman Allah tadi. Firman
Allah swt,
{إن تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفر عنكم سيئاتكم}
Maksudnya, “Jika
kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya,
niscaya Kami akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil)
dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)” (An-Nisa’: 31). Maksudnya,
dua ayat tadi, apabila meninggalkan dosa-dosa besar akan mengugurkan dosa-dosa kecil
seperti Al-lamam. Mengenai dosa-dosa kecil Allah swt boleh ampun, Cuma
jangan memandang mudah dosa kecil tersebut, dosa kecil jika dilakukan
berterusan akan menjadi dosa besar juga atau boleh membawa kepada dosa besar.
Zina yang dimaksudkan ini bukanlah zina
sebenar, tetapi zina yang berkait rapat dengan zina sebenar. Zina sebenar ialah
kemaluan dengan kemaluan. Maksud di dalam hadith tadi (Zina mata adalah
melihat) iaitu dengan melihat kemudian meninkmati dan mengambil manfaat
daripada penglihtan itu seperti berkahyal dan sebagainya. Sekiranya melihat
dengan tidak sengaja, kemudian kita menolak maka tidak mengapa. (Zina lidah
adalah berbicara) ialah mengucap, iaitu mengucap perkataan yang tidak
patut untuk dibicarakan seperti menceritakan tentang hubungan suami isteri di
hadapan isteri orang lain, mencarut dan sebagainya. Begitu juga bercakap dengan
perempuan ajnabiah atau perempuan dengan laki-laki yang bukan suami, iaitu
dengan maksud ingin seronok-seronok serta ghairah, ini juga termasuk zina lidah.
Perbuatan seperti ini boleh menjurus kepada perbuatan zina yang lebih besar.
Bukan tidak boleh secara total bercakap dengan wanita ajnabi, Jika ada
tujuan lain ia dibolehkan, seperti mahu jualbeli ada urusan dan sebagainya.
Tetapi kalau dengan tidak ada tujuan, ghairah dan sebagainya ia termasuk zina
lidah.
(Zina hati ialah berkeinginan dan
berangan–angan) iaitu mengenai orang
perempuan dan lelaki yang tidak halal baginya. Ini semua adalah zina nafsu atau
hati. Hujung jatuh zina ini boleh pergi kepada penzinaan sebenar yakni dengan
kemaluan.“ Al-lamam” ini adalah lintasan hati benda ini boleh terhapus
dengan istighfar, ambil wuduk dan sebaginya. Tetapi tidaklah sampai kena hukum
seperti zina sebenar(zina hakiki). (Zina telinga adalah mendengar)
iaitu mendegar benda-benda yang boleh menaikkan nafsu, benda yang menjurus kepad
zina sebenar, seperti kata-kata lembut dari perempuan ajnabiyyah dan
sebagainya. (zina kedua tangan
adalah menyentuh) iaitu menggunakan tangan terutama yang
boleh membawa kepad zina sebenar seperti sentuh perempaun ajnabiyyah dan
sebagainya. Kesemua ini lanjutanya boleh sampai kepada zina sebenar.
Oleh demikian benda-benda seperti ini disekat
di dalam Islam. Ini kerana ia boleh membawa kepada zina yang hakiki. Khalwat
disekat sebab takut jatuh kepada zina hakiki. Tapi jika bercakap, melihat dan
sebagainya bukan dengan maksud mengambil faedah ke arah zina tidak mengapa. Kalau
berjumpa dengan perempuan ajnabi bercakap serta dalam keadaan tidak khalwat, disebabkan
ada urusan perkahwinan dan sebagainya tidak megapa sebab ada tujuan. Penting
menjauhi unsur–unsur tadi disebabkan ia boleh membawa kepada zina yang sebenar.
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah di dalam kita “khuturatul zina” ia
menyatakan empat perkara yang besar yang boleh menyebabkan seseorang itu jatuh
kepada zina, iaitu pertama penglihatan, kedua fikiran yang
terlintas di hati, ketiga ialah ungkapan kata-kata dan keempat ialah
langkah nyata untuk sebuah perbuatan.. Wallahu a’lam..
Oleh: Ahmad Syahin
---------------------------------
Syarah Imam Al-Nawawi:
قوله: (ما
رأيت شيئاً أشبه باللمم مما قاله أبو هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن
الله كتب على ابن آدم حظه من الزنا أدرك ذلك لا محالة، فزنا العينين النظر، وزنا
اللسان النطق، والنفس تمني وتشتهي، والفرج يصدق ذلك أو يكذبه) وفي الرواية الثانية
"كتب على ابن آدم نصيبه من الزنا مدرك ذلك لا محالة، فالعينان زناهما النظر،
والأذنان زناهما الاستماع، واللسان زناه الكلام، واليد زناها البطش، والرجل زناها
الخطى، والقلب يهوى ويتمنى، ويصدق ذلك الفرج ويكذبه" معنى الحديث أن ابن آدم
قدر عليه نصيب من الزنا فمنهم من يكون زناه حقيقياً بإدخال الفرج في الفرج الحرام،
ومنهم من يكون زناه مجازاً بالنظر الحرام أو الاستماع إلى الزنا وما يتعلق
بتحصيله، أو بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده أو يقبلها، أو بالمشي بالرجل إلى الزنا
أو النظر أو اللمس أو الحديث الحرام مع أجنبية ونحو ذلك، أو بالفكر بالقلب، فكل
هذه أنواع من الزنا المجازي، والفرج يصدق ذلك كله أو يكذبه، معناه أنه قد يحقق
الزنا بالفرج، وقد لا يحققه بأن لا يولج الفرج في الفرج وإن قارب ذلك والله أعلم
وأما قول ابن عباس: ما رأيت شيئاً أشبه باللمم مما قال أبو هريرة فمعناه تفسير
قوله تعالى: {الذين يجتنبون كبائر الإثم والفواحش إلا اللمم إن ربك واسع المغفرة}
ومعنى الاَية والله أعلم الذين يجتنبون المعاصي غير اللمم يغفر لهم اللمم كما في
قوله تعالى: {إن تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفر عنكم سيئاتكم} فمعنى الاَيتين أن
اجتناب الكبائر يسقط الصغائر وهي اللمم. وفسره ابن عباس بما في هذا الحديث من
النظر واللمس ونحوهما وهي كما قال هذا هو الصحيح في تفسير اللمم، وقيل أن يلم
بالشيء ولا يفعله، وقيل الميل إلى الذنب ولا يصر عليه، وقيل غير ذلك مما ليس
بظاهر، وأصل اللمم والإلمام الميل إلى الشيء وطلبه من غير مداومة والله أعلم
No comments:
Post a Comment