Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat saya dan
penggemar-penggemar FB,
Jin, iblis, laknak terkutuk telah bersumpah untuk merosakkan
sebanyak-banyak zuriat keturunan Adam dan menjadi pengikutnya ke dalam neraka.
Di sini, saya akan memberikan penjelasan serta berkongsi
sesuatu yang telah diajarkan oleh para guru saya, dengan harapan ia dapat
memberi manfaat kepada anda semuanya.
Dengan keredhaan dan ketulusan yang ikhlas, saya ingin membukakan
suatu rahsia. Biarpun ianya agak umum sebenarnya, mungkin ada para penggemar FB
dan sahabat-sahabat saya yang tidak berkesempatan untuk mendengar atau mendapat
petunjuk ini dari sesiapa.
Pada saat ini saya bukakan pintu rahsia iaitu jin, syaitan,
iblis laknat terkutuk sebenarnya tidak sekuat mana seperti yang
digembar-gemburkan. Apa yang lebih nyata, jin, syaitan, iblis tidak akan mampu
mengganggu hamba-hamba Allah yang ikhlas, redha, bersih pemikiran hatinya serta
selalu berzikir kepada yang Allah. Disebabkan kasih dan cinta seseorang yang
tulus kepada Allah, setiap langkah dan pergerakkan hamba Allah ini akan selalu
diiringi oleh pandangan Allah. Orang seperti ini, InsyAllah, tidak akan mampu
diganggu, dirosak atau dihasut oleh jin, syaitan, iblis laknak terkutuk.
Walaupun demikian, anda harus insaf serta mengelakkan diri
dari perasaan ego, sombong dan takabur. Jangan sekali-kali beranggapan bahawa
anda tidak mampu diganggu oleh jin, syaitan, iblis laknat terkutuk apabila
sentiasa dekat kepada Allah. Pada hakikatnya, ramai yang datang kepada saya
dengan pengakuan dan persoalan “mengapa dirinya masih boleh disihir sedangkan
selalu mengamalkan sehingga 3000 zikir?” Yang sebenarnya, perasaan riak,
sombong dan takabur telah hadir dalam dirinya.
Dari celah mana kemasukan jin tersebut? Jin, syaitan, iblis
laknak terkutuk mampu untuk menerobos seseorang melalui celah-celah kesombongan
dan keegoan, sekalipun sebesar zarah atau sebesar abu.
Kebersihan hati amat berkait rapat dengan keimanan dan
ketakwaan seseorang. Justeru, bagi mereka yang ikhlas dan redha, jin,syaitan
dan iblis tidak akan mampu mendekati orang yang mukhlisin.
Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada anda semua. Jangan
lupa tingkatkan keimanan, ketakwaan, kesabaran, ketulusan, kebersihan jiwa dan
rohani anda. InsyaAllah, anda akan terselamat dunia & akhirat.
Wallahualam. Sadaqallahul Azim.
sumber klik
No comments:
Post a Comment