Saturday, August 4, 2012

FALSAFAH DISEBALIK IBADAH PUASA






Pada bulan Ramadhan yang mulia ini Allah Swt mensyariatkan kepada orang yang beriman untuk menunaikan puasa. Puasa merupakan rukun keempat daripada rukun Islam dan ia merupakan perkara yang difardhukan oleh Allah swt. Ibadat ini merupakan peluang keemasan bagi mereka yang beriman untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Swt.

Perkataan puasa di dalam bahasa Melayu dikatakan berasal dari perkataan "up'was" maksudnya puasa. Kalimah ini diambil dari bahasa Sanskrit iaitu bahasa kasta tertinggi dalam agama Hindu. Akan tetapi kita tidaklah memakai maksud asal puasa seperti cara orang hindu berpuasa. Kita memakai puasa cara kita, istilah puasa seperti yang dikatakan syarak. Puasa dalam bahasa arab dipanggil “saum” iaitu ” imsak” yang bermaksud tahan. Manakala dari sudut Istilah syarak ialah“penahanan tertentu, pada zaman tertentu daripada orang-orang tertentu dengan syarat-syaratnya”.

Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam rancangan “Al-Syariah wal hayah tahun 2009”, beliau mengatakan  bulan ni adalah bulan besar dan menamakanya sebagai “ربيع الحياة الأسلامية   Musim Bunga Islam atau musim bunga yang menghidupkan Islam”. Inilah yang digunakan oleh orang Arab dalam peristiwa tertentu yang cantik atau perubahan besar. Menunjukkan besarnya bulan ni, begitu juga “saurah di negara-negara arab dipanggil sebagai الربيع العربي.

Al-Qaradhawi menamakan dengan nama ini kerana pada musim inilah untuk memperbaharui hati dengan iman, akal dengan makrifah, kekeluargaan dengan saling menghubungi satu sama lain, masyarakat dengan perhubungan antara satu sama lain, orang kaya mengasihi orang fakir dan orang kuat menolong orang yang lemah  dan menziarahi antara satu sama lain, maka bulan ini adalah bulan yang memperbaharui kehidupan Islam.


Melahirkan Sifat Taqwa

Al-Quran menyebut  di antara matlamat ibadah puasa yang dilaksanakan ialah untuk memupuk sifat taqwa kita kepada Allah,  Firman Allah Swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah:183)

Matlamat puasa dijelaskan dengan terang oleh Allah swt, iatu puasa dapat membina ketakwaan. Perhatikan pada perkataan “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ. Kalimah لَعَلَّ (mudah-mudahan), kalimah ini apabila ada di dalam Al-Quran ia membawa makna sungguh-sungguh, ini kerana fakta Allah swt tidak ada yang syak. Maka kalimah ini apabila datang dari pihak Allah di dalam Al-Quran memang benar. Cuma uslub bahasa “mudah-mudahan” boleh digunakan.

Antara latihan di dalam bulan puasa ialah seseorang itu perlu menahan diri daripada makan, minum, mengauli isteri dan lain-lain pada siang hari. Padahal perkara itu asalnya halal, boleh dilakukan jika di bulan-bulan lain, tetapi di dalam bulan puasa menjadi haram. Disinilah cara untuk mengajar ketaqwaan kita kepada Allah swt dan patuh kepada perintahnya. Jika perkara itu halal pun kalau Allah mengatakan haram ianya menjadi haram.

Demikianlah bagaimana mungkin bagi orang yang betul-betul mendapat tarbiyah Ramadhan melakukan perkara yang betul-betul haram seperti mencuri, berzina. Sedangkan yang halalpun pada ketika-ketika tertentu kita tidak boleh lakukan. Mudah-mudahan pada musim puasa ini kita dapat belajar dalam madrasah Ramadhan untuk menahan daripada melakukan dosa kepada Allah swt dan menjadi orang yang bertaqwa. 


Menanam Sifat Bersyukur

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini Allah Swt mensyariaatkan kepada orang yang beriman untuk menunaikan puasa, sama ada mereka merupakan raja, menteri, pemerintah, pegawai, orang kampung dan lain-lain mereka tetap akan diarah oleh Allah Swt untuk melakukan puasa termasuklah  kita semua.  Inilah yang dikatakan kita semua tidak lebih, dan hanya sebagai hamba yang hina kepada Khalid yang maha agung.

Semua orang beriman diwajibkan berpuasa selama sebulan, hikmat daripada cara ini adalah untuk merasakan sedikit kelaparan sebagai didikan kepada orang yang selalu kenyang. Puasa bukanlah bermatlamat untuk menyeksa, tetapi lapar puasa adalah untuk mendidik. Semoga dengan cara ini orang yang sentiasa senang dapat merasai apa yang dipanggil dengan lapar dan dapat bersyukur dengan nikmat Allah yang berupa makanan.

Allah juga mensyariatkan puasa kepada semua hambanya smada yang senang atau yang susah. Bagi yang senang yang sentiasa dapat makan-maknan yang mewah-mewah mereka pun diminta untuk berpuasa. Dengan berpuasa semoga mereka dapat merasai kepahitan hidup seperti  orang-orang yang tidak makan, yakni orang-orang miskin. Dengan cara ini mudah–mudahan orang yang kaya selalu rasa bersyukur. Bukan setakat itu, hasil daripada itu juga apabila kita sudah merasai kepahitan hidup sebagai seorang yang miskin dan susah, seharusnya mereka dapat menjaga orang yang miskin tersebut supaya mereka tidak tersiksa dengan kelaparan.


Mewujudkan Keikhlasan

Orang lain tidak tahu seseorang, samaada dia berpuasa atau tidak. Keikhlasan puasa hanya diri sendiri yang tahu. Inilah keistimewaan puasa berbanding ibadat-ibadat yang lain yang boleh dilihat oleh orang lain sebagai contoh solat, zakat, haji, qorban, sedekah dan sebagainya yang merupakan ibadah yang dapat dilihat oleh orang lain. Akan tetapi puasa tidak dapat dilihat. Dengan cara inilah mudah-mudahan dapat mengajar erti keikhlasan dalam diri orang yang berpuasa. 

 Jika seseorang  mahu makan di tempat yang tiada orang, dia boleh sahaja makan. Tetapi jika ia ikhlas dia tidak akan makan, Allah swt sahaja yang tahu keikhlasanya. Dengan melakukan puasa lama-kelamaan akan menghasilkan insan yang ikhlas kepada Allah swt. Kerana itulah puasa adalah ibadah yang besar disisi Allah. Allah swt menyandarkan puasa kepada dirinya dan dia sendiri yang akan membalasnya:


"يدع طعامه من أجلي ويدع شرابه من أجلي ويدع شهوته من أجلي ويدع زوجته من أجلي فالصوم لي وأنا أجزي به"


“Ia meninggalkan makanya keranaku, ia meninggalkan minumnya keranaku, ia meninggalkan syahwatnya keranaku, ia meningglkan  isterinya keranaku , maka puasa itu untukku, dan Akulah yang akan memberikan balasanya sendiri”.

 Allah menjanjikan pahala yang besar bagi orang yang berpuasa, ulama’-ulama’ mufassirin menyebut ayat seperti di dalam surah Sajdah dibawah ini adalah balasan bagi orang yang berpuasa:


فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


“Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”.   

Di dalam Hadith Nabi saw bersabda :

للصائم فرحتان فرحة عند افطاره وفرحة عند لقاء ربه

"  Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan: kegembiraan yang pertama ketika  berbuka puasanya dan kegembiraan yang lain ialah ketika masa menemui Tuhanya “


 Perisai Melawan Syaitan

Puasa itu  merupakan suatu jalan penentangan terhadap musuh Allah swt, iaitu Syaitan. Ini disebabkan jalan Syaitan itu ialah melalui syahwat dan hawa nafsu yang banyak makan dan minum. Jadi dalam menekan dan menentang kemahuan musuh Allah itu adalah dengan cara mengurangkan makan dan minum. Namun alangkah sedih apabila sesetengah orang pada siangnya berpuasa, tetapi malamnya terlalu banyak makan, sehingga hilang maksud puasa itu sendiri.

Syaitan pada bulan Ramadhan diberkas  atau ada juga ulama yang berpendapat Syaitan sudah hilang godaan kerana orang yang beriman  ketika ini memperoleh kekuatan dengan berpuasa.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضي اللّهُ عَنْهُ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "إِذَا جَاءَ رَمَضَانَ فُتّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنّةِ، وَغُلّقَتْ أَبْوابُ النّارِ، وَصُفّدَتِ الشّيَاطِينُ".

“ Daripada Abi Hurairah Radialllahu anhu, bahawasanya Nabi saw bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, dan diberkas syaitan-syaitan” (HR.Muslim)


قَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم "إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتّحَتْ أَبْوابُ الرّحْمَةِ، وَغُلّقَتْ أَبْوابُ جَهَنّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشّياطِينُ".

“ Nabi Saw bersabda” Apabila Ramadhan dibuka pintu-pintu rahmat dan ditutup pintu-pintu jahannam dan dirantai syaitan-syaitan”(HR.Muslim)


 Mematahkan Hawa Nafsu

Berpuasa juga adalah salah satu cara untuk mematahkan nafsu syahwat, ini jelas diterangkan dalam hadith Nabi saw :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“ Diriwayatkan daripada Abdullah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami: “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu menyediakan perbelanjaan perkahwinan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya itu lebih menahan pandangan (daripada melihat wanita) dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menundukkan nafsunya.( HR. Bukhari : 1905)

 Dalam hadis ini baginda menyatakan puasa itu berperanan untuk melindungi pemuda yang belum berkahwin daripada terlibat dalam maksiat. Hadith ini jelas menunjukkan manfaat berpuasa bagi pemuda, walaupun dalam hadith ini ditujukan kepada golongan tertentu, tetapi pengajaran yang dapat diambil ialah puasa dapat mematahkan nafsu. Perintah disini adalah printah yang sunnat untuk berpuasa  bagi pemuda.  


 Menanam Sifat Yang Mulia

Di dalam syarah matan jauharatul tauhid disebutkan تخلقوا بأخلاق الله “ berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah”. Banyak sifat-sifat Allah, yang Allah menyuruh kepada kita untuk menirunya, sebagai contoh Allah swt bersifat dengan sifat “rafiq” berhalus dan dia suka kepada orang yang mempunyai sifat ini. Allah juga catik dia suka kepada kecantikan. Nabi saw sebut sikap berhati-hati itu daripada Allah dan gopoh itu daripada syaitan.

 Banyak di dalam Nas, Allah swt menyuruh kita meniru sifatnya, memanglah walaupun kita tidak mampu dan tidak sesekali sesempurna Allah swt, tetapi hakikatnya kita dapat banyak manfaat. Ini kerana sifat Allah ialah sifat yang sempurna. Jika kita lihat Allah Maha kaya dan tidak berhajat kpd sesuatu, jadi kita pun seeloknya kaya, Allah mendengar, kita juga seeloknya mendengar, Allah tidak makan, kita tak makan kerana berpuasa, hakikatnya nak dekat dengan sifat Allah yang sempurna, walaupun selama-lamanya tidaklah sama. Semakin dekat dengan sifat Allah, semakin dekat dengan kesempurnaan. Namun disana ada juga sifat Allah yang sempurna tetapi tidak layak untuk kita menirunya kerana kelemahan insan, sebagai contoh sifat Al-Jabbar.  

 Puasa juga dapat menguatkan lagi tauhid kita kepada Allah swt. Apabila kita berpuasa nescaya kita tidak makan, Allah swt juga tidak makan. Namum sekiranya  kita tidak makan selama-lamanya nescaya kita akan mati, tetapi Allah selama-lamanya  tidak makan dan tidak minum dan mustahil baginya mati. Oleh demikian seharusnya timbul dalam diri kita rasa keinsafan terhadap diri bahawa kita manusia adalah insan yang lemah yang perlu bergantung kepada makan dan minum,  seterusnya mengenang makan dan minum ini adalah nikmat pemberian Allah swt.


 Tingkatan Puasa

Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitab ihya’ulumiddin, bahawa orang yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga darjatnya, iaitu:
Puasa Umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj(kemaluan) dari mengecap kesyahwatanya.
Puasa Khusus: iaitu puasa yang disertakan dengan mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan perkara-perkara yang haram atau dosa.
Puasa khususul-khusus: iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas tadi, dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan, dan memesongkan perhatian dari selain Allah azzawajalla sam sekali.

Perkara yang sama ada disebut juga di dalam kitab Hujatullah Al-Baligha, sebuah kitab falsafah yang dikarang oleh Imam Shah Waliyullah Al-Dehlawi, dalam kitab Hikmatul Tasyrik Wal Falsafah oleh Syeikh Ali Ahmad Al Jurjawi (Syeikh di mesir) kitab-kitab ini menyebut juga tentang peringkat puasa ini.

Oleh demikian tidak hairan kenapa pada zaman Nabi dan sahabat berlaku peperangan pada bulan Ramadhan, ia juga pada zaman-zaman kemudian yang jika dilihat secara zahir mereka berpuasa. Kenapakah mereka mempunyai kekuatan?. Mungkin puasa yang mereka puasa bukan seperti puasa kita, puasa mereka ialah puasa auliya’ Allah, pada bulan inilah mereka bayak merebut kebaikan.

Di dalam sejarah telah mencatatkan kemenangan umat Islam dalam bulan Ramdhan sebagai contoh  peristiwa peperangan Badar Al-Qubra pada 2 ramadahan tahun kedua hijrah, peristiwa fathul Mekkah pada10 Ramadan tahun kelapan Hijrah, Peristiwa perjalanan Nabi muhammad ke Tabuk, Rasulullah berada di Tabuk pad a26 ramadan tahun 9 hijrah, Islam sampai ke Yaman Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-10 hijrah, Penyerahan Badar Taif pada bulan Ramadan tahun ke-9 hijrah, Pembukaan andalus (Sepanyol ) pada 28 Ramadan tahun  ke-92 Hijrah dan banyak lagi.


Pembersihan Daripada Dosa

Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan  dosa –dosa kita oleh Allah swt. Banyak hadith-hadith yang menerangkan bahawa Allah akan mengampun doa kita yang lepas,  sabda Rasulullah:

 "من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه

“ Rasulullah bersabda :  Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan pahala (keikhlasan)  diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”

ومن قام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه" (متفق عليه من حديث أبي هريرة).

 “ Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala (keikhlasan) diampunkan dosa- dosanya yang telah lalu”

 Oleh demikian sebagai orang yang beriman kepada Allah swt, seharusnya mengambil peluang pada bulan Ramadhan ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Madrasah Ramadhan amatlah besar faedahnya kepada kita jika dilihat dari sudut Naqli dan Aqli. Bulan ini adalah bulan penyucian daripada segala dosa, bulan untuk memperbaharui keimanan kepada Allah swt, bulan untuk mengislah segenap sudut kehidupan kita. Mudah-mudahan kita tidak melepaskan peluang yang diberikan oleh Allah ini dan keluar menjadi insane yang benar-benar bertaqwa kepadanya.  


Oleh: Ahmad Syahin

Friday, July 27, 2012

HUKUM BERBEKAM DAN PERSEPSI ARAB



Banyak hadith-hadith Nabi saw perlu dilihat dari sudut konteks, bukan teks semata-mata. Sebagai contoh hadith tentang bekam. Jika dilihat ada percanggahan tetapi sebenarnya bukan percanggahan. Nabi saw bersabda:

" كَسْبُ الْحَجَّامِ خَبِيثٌ "
“ usaha pembekam itu keji " (HR Muslim)

 Di sini Nabi mahu menceritakan tentang  persepsi masyarakat Arab ketika itu, ini kerana pembekam pada masa tersebut kena hisab untuk mengeluarkan darah. Dengan inilah ramai yang memandang hina pekerjaan berbekam.  Di sini Nabi saw bukan menyatakan hukum tidak boleh berbekam tetapi sekadar menyatakan persepsi.

Di dalam hadith-hadith lain Nabi saw berbekam dan menyatakan kebaikanya.  

عن أبي هريرة أن أبا هند حَجَمَ النبيَّ صلى اللّه عليه وسلم في اليافوخ، فقال النبي صلى اللّه عليه وسلم: "يا بني بياضة، أنكحوا أبا هندٍ وانكحوا إليه" وقال: "وإن كان في شىء مما تداوون به خيرٌ فالحجامة".

“ Dari Abi Hurairah R.A, bahawa Aba Hind pernah membekam Nabi Saw di ubun-ubun. Lalu Nabi saw bersabda: wahai Bani Bayadhah, nikahkanlah Aba Hind (dengan puteri-puteri kamu), dan pinanglah anaknya. Kemudian beliau bersabda: “dan jika dalam suatu pengubatan itu baik, maka bekam itulah yang baik” (Abu Daud,:2016)

Aba Hind ialah bekas hamba yang telah dimerdekakan. Di dalam hadith ini, Nabi saw menyuruh Bani Bayadhah kahwin dengan Aba Hind(tukang bekam), dan pinanglah anak dia, nak menunjukkan tukang berbekam itu mulia, kerana mencari rezeki yang halal. Nabi saw juga puji kelebihan bekam.

Nabi saw juga berbekam dan memberi upah kepada pembekam, nyatalah bahawa bekam ni harus hukumnya dan ia termasuk sunnah. Tetapi bekam ini termasuk sunnah gharu tasyriyyah, yang tidak menjadi kelaziman kita terikat dengannya , jika ada cara lain yang lebih baik maka boleh digunakan.

Di zaman sekarang, berbekam bukan lagi menghisap darah, bahkan sudah menggunakan alat yang elok maka tidak lagi menggambarkan bahawa berbekam ini keji. Hukum menggambil upah hasil dari pembekaman pun tidaklah haram, tetapi harus, jika diniatkan sunnah maka dapat pahala.

Oleh: Ahmad Syahin


hukum klik

Monday, July 16, 2012

MENJAUHI DOSA BESAR, DIKAFFARAT DOSA KECIL






Kehidupan manusia sentiasa melakukan dosa, bagi orang yang berdosa seharusnya dia bertaubat kepada Allah swt, terutama apabila melakukan dosa-dosa besar. Dan Jika melakukan dosa kecil perlu juga selalu meminta ampun kepada Allah swt. Ini kerana  dosa-dosa yang kecil jika dilakukan berterusan akan menyebabkan dosa tersebut menjadi besar dan orang melakukanya boleh dianggap fasiq.

Saya tertarik dengan pandangan ahli sufi, mereka mengatakan semua dosa dalam pandangan mereka adalah besar, ini kerana kita sebagai hamba Allah, kita tidak boleh memandang hanya setakat dosa, tetapi kita seharusnya memandang dengan siapa kita melakukan dosa.

Apabila melakukan dosa besar wajib bagi kita bertaubat, adapun jika melakukan dosa kecil Allah swt boleh mengugurkannya dengan cara seperti mengambil wuduk, Solat lima waktu, Jumaat sampai Jumaat berikutnya, Ramadhan sampai Ramadhan berikutnya, begitu juga umrah sampai umrah berikutnya menjadi penghapus dosa di antara waktu masing-masing.

Di dalam Al-Quran Allah mengutkan lagi dengan melakukan amalan-amalan baik Allah akan mengampun dosa-dosa kecil. Firman Allah:

وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ

“ Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat” ( Surah Hud:114)

Satu perbahasan yang mungkin tidak ramai tahu, bahawa apabila kita melakukan dosa-dosa  besar  nescaya Allah tidak mengkaffarat dosa-dosa kecil. Banyak dalil-dali yang menyatakan bahawa dosa kecil tidak dikaffarat  selama mana kita melakukan dosa besar, firman Allah Swt:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلا كَرِيمًا

“ Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)” (An-Nisa’: 31)

Di dalam Sahih Muslim Nabi Saw bersabda:

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقول الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات ما بينهن إذا اجتنب الكبائر

“ Daripada Abi Hurairah radiallahu anhu, bahawasanya Nabi saw bersabda: Solat lima waktu, Jumaat sampai Jumaat berikutnya, Ramadhan sampai Ramadhan berikutnya, menjadi penghapus dosa di antara waktu masing-masing jika kamu menghindari dosa-dosa besar”. (Sahih Muslim:233)

Di dalam “Matan Jauharatul Tauhid”  oleh Syeikh Ibrahim Al-laqqani Al-Makki menyatakan hal yang sama:

وباجتناب للكبائر تغفر صغائر ,وجا الوضو يكفر

“ Dengan menjauhi dosa besar itu diampunkan dosa-dosa yang kecil dan datang mengambil wudu’ itu menjadi menjadi kaffarat ia akan dosa kecil”

Adapun mengampunkan dosa ini berkait rapat dengan kehendak Allah swt. Allah swt menyebut di dalam Al-Quran bahawa dia tidak akan mengampun dosa syirik dan mengampun dosa selainya. Apa pun tugas kita ialah sentiasa meminta ampun kepada Allah swt, serta menjauhi dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar dengan sentiasa melakukan taubat kepadanya.

Oleh : Ahmad Syahin



Sunday, July 15, 2012

APAKAH BID'AH YANG TERCELA?








Perbincangan mengenai bid’ah adalah antara satu perbincangan yang agak panas. Ramai yang mempunyai pendapat masing-masing untuk menterjemahkanya. Walaupun demikian persoalan bid’ah ini bukanlah suatu yang perlu kita anggap ianya kecil, ini kerana jelas banyak hadith-hadith Nabi saw yang menyatakan ancaman dan bahaya melakukan bid’ah. Untuk memahami bid’ah cuba kita teliti lafaz-lafaz hadith mengenai bid’ah di bawah.

Pertama :
عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ  رَدٌّ. [رواه البخاري ومسلم وفي رواية لمسلم : مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ ]

“ Dari Ummul Mu’minin: Ummu Abdillah; Aisyah radhiallahuanha dia berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal) darinya), maka dia tertolak. (Riwayat Bukhori dan Muslim), dalam riwayat Muslim disebutkan: siapa yang melakukan suatu perbuatan (ibadah) yang bukan urusan (agama) kami, maka dia tertolak”.
Kedua : 
عَنْ أَبِي نَجِيْحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَاريةَ رَضي الله عنه قَالَ : وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ الله عليه وسلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ، وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ، فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَأَوْصِنَا، قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ   عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كًثِيْراً. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ   وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ [رَوَاه داود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح]

“ Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam memberikan kami nasehat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasehat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: “ Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Karena di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat (Riwayat Abu Daud dan Turmuzi, dia berkata: hasan shahih) 

Apabila kita meninjau maksud kedua-dua hadith tersebut bid’ah yang dilarang ialah bid’ah yang berkaitan dengan mereka-reka perkara baru dalam agama. Adapun perkara berkaitan dengan dunia Nabi saw memberi keluasan kepada kita untuk berinovasi.  

Namun kekeliruan timbul apabila sesetengah pihak memakai maksud bid’ah disini dengan maksud Lughawi (bahasa), bukan maksud Istilah Syara’. Untuk mengatakan sesuatu itu bid’ah yang dimaksudkan Nabi saw kita tidak boleh mengukur sesuatu dengan penafsiran bahasa semata-mata, kita mestilah memerhatikan apakah yang dimaksudkan dari sudut istilah yang dimaksudkan syara’. Sebagai contoh kalimah solat pada asalnya dari sudut bahasa adalah bermaksud doa, firman Allah:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“ Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Taubah 103)

Tetapi apabila kita mahu memakai makna sebenar solat mestilah dengan difinisi dari sudut istilah bukan bahasa. Kalimah وَصَلِّ disini bukan bermaksud solat tetapi bermaksud doa. Begitu juga masalah bid’ah kita tidak boleh memakai maksud lughawi tetapi mestilah memakai maksud istilah yang dikehendaki syarak, serta apakah yang dimaksudkan syarak tentang benda baru yang tercela tersebut. Inilah yang dimaksudkan Istilah Syarak. Di dalam hadith tersebut jelas iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama, inilah yang dilarang oleh Nabi saw.

 Perkara inilah yang dikatakan oleh Nabi saw sebagai,  وَإِيَّاكُمْ   وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ (Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat). Perkara yang baharu dalam agama inilah yang dimaksudkan Nabi saw sebagai sesat. Oleh demikian, Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunyanya al-Bid’ah wa al-Sunnah telah memilih memilih ta’rif yang paling tepat oleh al-Imam al-Syatibi r.h yang menyatakan bid’ah ialah:

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه

“Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t ”.


Di dalam perkara dunia, Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk berinovasi, pun begitu Islam memantau dan mengawal urusan dunia manusia. Pernah Nabi saw meyuruh sahabat supaya tidak mengahwini mayang tamar, kemudian Nabi saw menarik balik suruhanya itu kerana tersalah, ia hanya melibatkan perkara dunia dan pandangan Nabi saw.

عن رافع بن خديج  رضي الله عنه قال: قَدِمَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ، وَهُمْ يَأْبُرُونَ النَّخْلَ، يَقُولُونَ يُلَقِّحُونَ النَّخْلَ، فَقَالَ: "مَا تَصْنَعُونَ؟" قَالُوا: كُنَّا نَصْنَعُهُ، قَالَ: لَعَلَّكُمْ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا كَانَ خَيْرًا"، فَتَرَكُوهُ فَنَفَضَتْ أَوْ فَنَقَصَتْ، قَالَ: فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: "إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ، وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ رَأْيٍ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ.


Riwayat daripada Rafi` bin Khadij ra, katanya: Rasulullah saw tiba di Madinah, ketika orang Madinah sedang mengahwinkan mayang-mayang tamar. Nabi saw bertanya: Perkara apa yang kamu sedang lakukan itu? Mereka menjawab: Kami sedang mengahwinkan mayang-mayang tamar. Nabi bersabda: “Kalau kamu tidak melakukan begitu nescaya lebih baik” lalu mereka pun berhenti melakukannya dan hasil tamar mereka pun merosot. Kata rawi: lalu mereka maklumkan perkara itu kepada Nabi saw. Nabi bersabda: “Sesungguhnya aku adalah manusia, apabila aku menyuruh kamu mengerjakan sesuatu perkara agama kamu, maka lakukanlah dan jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu pendapat, maka sesungguhnya aku seorang manusia.(Riwayat Muslim:2362)

Di dalam hadith berkaitan dengan tamar ini juga Nabi bersabda:


أَنْتُمْ أَعْلَمْ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ

Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu” ( Sahih Muslim:2363)


Oleh : Ahmad Syahin