Wednesday, June 8, 2011

PECAH DAN PERENTAH BELAJARLAH DARI POLITIK PAK NATSIR

Pecah dan perentah merupakan satu taktik yang biasa dilakukan oleh penjajah dan politikus. Ia bertujuan untuk menguasai sesutu keadaan atau negara. Banyak peristiwa-peristiwa yang boleh diambil pengajaran samaada di dalam atau di luar negara. Bermula dari parti politik, agama dan negara, taktik pecah perintah ini jika tidak dapat dielakkan akan memberi kemenangan percuma kepada musuh.

Perkara ini perlu diberi perhatian terutama parti politik dan gerakan Islam, ini kerana serangan ini adalah serangan yang paling mudah untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebagai contoh untuk membolehkan negara Palestin terus berada di tangan Israil maka Hamas dan Fatah terus dilagakan oleh Israil. Di negara kita, BN memerintaha negara dan ia terpaksa menyerang pihak lawan politiknya iaitu PR. Usaha–usaha ini dapat kita lihat bagaimana BN melaga-lagakan PR untuk memecah belakannya. Tetapi dengan adanya satu inisiatif yang dilakukan oleh PR iaitu melakukan kesepakatan bersama melalui apa yang tertera di dalam buku jingga akhirnya BN semakin tersepit dan kehilangan modal untuk menjatuhkan PR.

Pecah perentah juga bahaya bagi negara-negara Islam, sepertimana yang berlaku di negara-negara Arab, Amerika berusaha untuk memecahkan-mecahkannya. Di kesempatan itu ia dapat mengambil manfaat daripada harta bangsa Arab. Selain penaklukannya, senjata-senjata menjadi bahan jualan untuk mengaut keuntungan dan sumber sperti minyak diambil dengan percuma.

Oleh demikian, apa yang kita harapkan ialah umat Islam walaupun berbeza fahaman seperti syiah dan sunni, kita perlu bersatu supaya kita tidak menjadi ayam laga mereka. Memang kita sangat berbeza dari sudut akidah, tetapi biarlah kita berada dalam keadaan damai dan tidak ada pertumpahan darah di dunia Islam yang penuh dengan mudharat. Ikutlah jejak penduduk sunni dan syiah di Lubnan yang tinggal berdekatan dengan sempadan Israil, walaupun mereka jauh berbeza dari sudut akidah tetapi mereka bersepakat dan berkerjasama melawan zionis.

Belajarlah dari Pak Natsir dari Indonesia, suatu ketika dahulu pernah berlaku konsep pecah perintah yang dilakukan oleh Belanda untuk menjajah Indonesia iaitu pada April tahun 1950. Belanda telah membentuk Republik Indonesia Serikat (RIS). Akan tetapi Pak Natsir berjasa menyelamatkan republik ini dengan mosi integralnya yang terkenal. Mosi ini berhasil menyatukan kembali Indonesia yang terpecah-pecah menjadi 17 negara bahagian ke dalam republik. Seperti diketahui, baru beberapa tahun Indonesia merdeka, Belanda ingin Menjajah kembali. Mereka melakukan agresi militer pertama pada 1947 dan kedua pada 1948. Akhirnya, untuk menghentikan pertikaian kedua negara ini, Belanda berhasil memecah belah Indonesia menjadi negara federasi dalam Konferensi Meja Bundar (KMB) 1949. Dengan demikian, Belanda lebih mudah melakukan politik divide et imperanya. Namun Pak Natsir segera melihat indikasi demikian sehingga mengeluarkan mosi integral. Keberhasilan ini sekaligus mengangkat nama Pak Natsir dan mengantarkannya ke puncak jabatan tertinggi, iaitu perdana menteri. Di sinilah bakatnya sebagai administrator semakin terasah. Tidak hairan kalau Herbert Feith mengungkapkan Natsir sebagai administrator berbakat yang pernah berkuasa sesudah Indonesia merdeka.

Oleh : Ahmad Syahin


No comments:

Post a Comment