1.
Baca surah
Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, 3 kali sesudah Subuh, Maghrib dan sebelum tidur.
2.
Ayat Qursi
sesudah Solat dan sebelum tidur dan doa berikut.
“Auzubikalimatillahi thammati min syarrimakholaq”.
3.
Dan baca 3
kali setelah Subuh dan Maghrib.
“Bismillahillazi la yazurru maasmihi syai’u fil ardhi
wala fisamai wahuwassami’ul alim”.
4.
Baca
bismillah pada lima keadaan iaitu sebelum masuk rumah, sebelum makan sebelum
membuka pakaian, sebelum ke tandas dan sebelum memulakan hubungan suami isteri.
***Terdapat banyak doa yang diajarkan oleh
Rasulullah saw dalam rutin harian, tetapi paling kurang membaca bismillah sudah
memadai. Membaca doa yang diajarkan baginda adalah lebih baik.
***Jangan biarkan gambar dan patung secara
terbuka dirumah kerana mengundang jin dan iblis masuk ke rumah dan malaikat
lari meninggalkan rumah.
5.
Sebut nama
ALLAH pada tiga keadaan, iaitu ketika marah, sedih dan takut.
Marah – Au’zubillahiminasyaitonirajim.
Sedih – Innalillahiwainailaihirajiun
Takut – Allahu mainna nau’zubika min suruhihim wa nau’zubika fi
nukurihim
6.
Membaca
bismillah ketika menyeberangi jalan kotor, ketika menyiram air terutamanya air
panas sama ada ketika membuat teh, spaghetti, memasak nasi dan sebagainya.
7.
Seperti
yang disebut Rasulullah, ketika keluar dari rumah bacalah :
“Bismillahi tawakaltu alallah, lahawla wala quawwata
illa billah”.
No comments:
Post a Comment