Saturday, September 28, 2013

MERUQYAH ANAK KECIL SERING MENANGIS




Seminggu yang lepas saya didatangi untuk meruqyah anak kecil yang sering menangis di waktu malam.. Katanya bermula selepas asar sehinggalah sekitar 9.30 malam bayi tersebut menagis. Selepas keluarganya membawa datang kerumah, saya memerikasa ibunya. Ternyata apabila ditekan jarinya ibunya juga sakit di sebelah kanan.

Kemudian saya meruqyah ibunya dahulu, ini kerana jika si ibu dikatakan induk yang perlu disembuhkan dahulu. Alhamdulillah selepas diruqyah ibu tersebut tidak sakit lagi di tanganya.. kemudian saya meruqyah anaknya dengan membaca ruqyah yang dilakukan Nabi saw kepada Hassan dan Hussin. Anak lelaki yang dibawa kermah saya  tersebut berusia 2 bulan hanya seorang sahaja.. lalu saya menukar lafaz domernya dengan membaca “ uiizuka bikalimatillahi taamah min kuli syaitoni wa haaamah wamin kulli aini laamah” diulagi beberapa kali.

Kemudian saya memberikan air yang saya telah sediakan sebanyak 10 liter untuk dimandikan, diminumkan  kepada anak tersebut. Air tersebut juga saya menyarankan untuk keluaraganya spray di kawasan tempat anak itu berada di dalam rumah dan di luar rumah.. Alhamdulilllah selepas beberapa hari ia datang kemudian menyatakan anaknya sudah tidak menagis lagi.. tetapi belum total ada sedikit2sahaja menangis.. lalu saya memberi saranan untuk mengusap Al-fatihah, 3 Qul dan Ayat Qursi di dada dan di ubun2.. kesemunya dibacakan 3x. ianya dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam. Wallahu a’lam…


Cara membuat air ruqyah adalah seperti berikut:
…………………………………………………………………………..
Caranya ialah seperti yang diajar Syeikh Abdul Raf. Ambil satu galon atau 20 liter air, bacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, Al-khlas, Al-falaq, An-Nas, dan tambah ayat yang khusus untuk menghapuskan sihir iaitu ayat tentang Nabi Musa dan penyair firaun iaitu:

Surah A’raaf  Ayat 117-122

وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ * فَوَقَعَ ٱلْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ  *  فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَٱنقَلَبُواْ صَاغِرِينَوَأُلْقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَاجِدِينَ  * قَالُوۤاْ آمَنَّا بِرَبِّ ٱلْعَالَمِينَ  *  رَبِّ مُوسَىٰ وَهَارُونَ *
Surah Yunus Ayat 81- 82

 فَلَمَّآ أَلْقَواْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُمْ بِهِ ٱلسِّحْرُ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ ٱللَّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ ٱلْمُفْسِدِينَ  *  وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُجْرِمُونَ *

Surah Thaha Ayat 68 -70

قُلْنَا لاَ تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ ٱلأَعْلَىٰ  *  وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوۤاْ إِنَّمَا صَنَعُواْ كَيْدُ سَاحِرٍ وَلاَ يُفْلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ  *  فَأُلْقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سُجَّداً قَالُوۤاْ آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَىٰ  *

Semua ayat ini dibacakan sebanyak  11 kali.

Setelah anda membacakan diatas air, maka air itu akan menghilangkan ganguan sihir, jin, dan ain. Dengan  rahmat Allah. Mengunakannya dengan diminum, boleh dimandikan, setiap malam anda ambil satu setengah liter, lalu diguyurkan dari kepala, boleh juga dipanaskan dengan microwave atau apa pun. Boleh dengan cara mandi dengan shower atau  bak, tapi anda harus menampung air bekasnya dan menyiramkannya di halaman, sehingga tidak terbuang sia-sia. Mandi dengan cara ini selama 12 hari. Boleh juga dengan menyemburkan air ini dengan alat spray di rumah anda, semburkan ke tembok, atap, lantai, pintu, dan jendela, ke seluruh sudut rumah.



No comments:

Post a Comment