Assalamualaikum....
Ramai yang tidak tahu apa
sebenarnya hukum untuk mendatangi bomoh. Ini bertitik tolak dari kurangnya
pendedahan dalam masyarakat. Jika tentang ilmu politik mungkin ramai yang dapat
menghuraikan kerana pendedahannya sangata meluas di dalam masyarakat, tapi sayangnya
dalam hal Akidah yang menjadi pegangan dalam agama seperti ini sedikit sahaja
masyarakat mengetahuinya.
Ada juga yang menganggap hal ini
adalah perkara yang remeh temeh yang akhirnya mereka tidak mengambil tahu
tentang hal ini. Perkara ini sbenarnya salah. syaitan sentiasa menggoda anak
adam di segenap penjuru, perkara-perkara yang kita mengetahui tentang hal agama
tertentu syaitan susah untuk menggoda anak adam tersebut. Tetapi dalam hal yang
kita tidak tahu syaitan mula memasang perangkap yang akhirnya anak adam akan
terjatuh ke lembah kekufuran dan kesyirikan. Allah menyataan tentang godaan
syaitan, Firman Allah:
" Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya
benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang
lurus", " kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan
dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan
mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)". ( Al-A'raf : 16 - 17)
Dalam hal mendatangi bomoh ramai
yang tidak mengambil berat, bahkan ada yang langsung tidak mengetahui hukumnya.
Jika sihat mungkin tiada masalah, tetapi apabila Allah menguji dengan cara
keluarga, sanak-saudara ditimpa musibah disebabkan gangguan syaitan maka
mulalah berikhtiar dengan cara yang salah untuk merawat kesakitan ke bomoh. Ada
juga yang segala-galanya bomoh sebagai rujukanya kerana kebuntuanya terhadap
sesuatu. Inilah fitnah serangan syaitan yang amat mudah terkena kepada orang
jahil yang tidak belajar agama.
Mendatangi bomoh sangat
membahayakan akidah, kerana bomoh menjadikan jin dan syatan sebagai teman
rapatnya. Dengan cara tersebut ada bomoh yang meminta menyembelih binatang,
memberitahu perkara-perkara khurafat, memberi azimat dan sebagainya yang
akhirnya boleh terjatuh ke lembah kesyirikan. Sedangkan Nabi saw sangat memberi
ancaman terhadap hal demikian.
1. Tidak
diterima solat selama 40 hari
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Barangsiapa
yang mendatangi ‘arraf (tukang ramal atau bomoh), kemudian bertanya sesuatu
kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.” (HR. Muslim,
Kitabus Salam, Bab Tahrimul Kahanah wa Ityanil Kuhhan, no. 4137)
2. Kufur
terhadap agama
مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم
“Barangsiapa
yang mendatangi bomoh atau tukang ramal, kemudian membenarkan
ucapannya, berarti dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada
Muhammad.” (HR. Ahmad dan lainnya)
Oleh itu jika ada sesiapa yang
pernah mengunjungi bomoh mahupun tukang tilik dan mempercayai serta yakin
dengan setiap yang dikatakannya wajib bertaubat bersungguh-sungguh dan
meninggalkan terus kepercayaan kepada bomoh dan dukun.
Ciri-ciri
Bomoh
1. Bertanya
tentang maklumat diri pesakit seperti nama pesakit dan nama ibunya.
2. Memberikan
azimat, tangkal, rajah, benda-benda sakti seperti keris, atau bacaan tertentu
yang tidak diketahui maksudnya.
3. Memberi
informasi dan ramalan ghaib seperti bilangan jin di dalam tubuh, kedudukan
rumah pesakit serta menuduh orang menyihir pesakit.
4. Mengunakan
kain kuning dan membaca jampi secara perlahan yang tidak difahami ketika sesi
rawatan.
5. Bomoh
tidak sedarkan diri ketika melakukan sesi rawatan, adakalanya bomoh itu
seolah-olah berdialog dengan seseorang.
6. Menggenakan
pengeras seperti bayaran ganjil seperti RM33.33 ataupun meminta pesakit
menyediakan telur, ayam kampung, kemenyan dan sebagainya untuk sesi rawatan.
Makanan ini disediakan untuk memanggil dan menjamu jin sewaktu sesi rawatan.
Oleh : admin
No comments:
Post a Comment