Di dalam surah
Asy Syu'araa', ayat 210 Allah menfikan bahawa Al-Quran ini bukanlah diturunkan
oleh syaitan, sebab syaitan ini makhluk yang kotor. syaitan juga dikatakan
tidak mampu untuk berbuat demikian. Apabila syaitan mendengar Al-Quran mereka pun
duduk jauh-jauh. Firman Allah:
وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ ٱلشَّيَاطِينُ
Dan Al Qur'an itu bukanlah dibawa
turun oleh setan-setan. 26:210
وَمَا يَنبَغِى لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ
Dan tidaklah patut mereka membawa
turun Al Qur'an itu, dan mereka pun tidak akan kuasa. 26:211
إِنَّهُمْ عَنِ ٱلسَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ
Sesungguhnya mereka benar-benar berada
jauh-jauh bila mendengar Al Qur'an itu.
26:212
Di dalam ayat berikutnya surah Asy Syu'araa' ayat 221, Allah menceritakan kepada siapa
syaitan-syaitan tersebut turun. Disebutkan syaitan turun kepada
pendusta-pendusta besar, terutama dalam bab akidah. Firman Allah:
هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَاطِينُ
Apakah akan Aku beritakan
kepadamu, kepada siapa setan-setan itu turun? 26:221
تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ
Mereka turun kepada tiap-tiap
pendusta lagi yang banyak dosa, 26:222
يُلْقُونَ ٱلسَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ
mereka menghadapkan pendengaran
(kepada setan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. 26:223
Ayat 233, Allah menyatakan bahawa syaitan
membisikkan kalimah-kalimat tertentu untuk dibaca oleh pendusta2. Sebenarnya
jin tidak takut kepada kalimah yang dibaca yang dia sendiri ajar ini. Bila kalimah-kalimah
dibaca maka jin akan keluar masuk ke tubuh orang tertentu. Jauhilah
kalimah-kalimah yang diajari syaitan dan bomoh yang menjadikan syaitan sebagai
walinya.
Oleh: Ibnu Sirin Al-Kelantani
No comments:
Post a Comment