Saturday, September 15, 2012

BUKAN MELIHAT HUKUM SEMATA-MATA



Kadang-kadang hukum ni tidak boleh kita hanya lihat kepada hukum semata-mata tetapi ditinjau juga melalui hikmat agama, sebagai contoh Nabi saw tidak bagi kepada lelaki untuk memakai emas dan sutra. larangan ini ada hikmatnya supaya tidak mahu ajar kita hidup dalam kemewahan. Biarlah duit kita habis untuk-untuk akhirat dan agama.

Sebagi contoh emas putih memanglah tidak haram bagi lelaki untuk memakainya dan tidak dikenakan zakat pun sebab hakikat dia bukan emas, begitu juga kain yang lebih mahal lagi dari sutera, tetapi bukan sutera boleh ke? Jawabnya boleh, ia tidak haram. Tetapi apibila kita melihat dari sudut yg lain agama tidak mahu mengajar kita lebihkan dunia, menghabiskan duit kerana benda-benda seperti itu, bayak lagi benda-benda yang besar perlu kita gunakan. Kita perlu lihat juga dari sudut agama jangan tengok dari sudut fiqh sahaja.

Sebagai contoh lagi produk syarikat yahudi dan lain-lain. Memang halal makan tetapi dari sudut menyokong kemungkaran dan dari sudut politik tidak boleh. Sebab tu ada ulama yang menyatakan haram dari sudut politik, kita menyokong syarikatnya, menyokong syarikatnya lebih lagi sehingga dengan kekayaanya akhirnya mereka pergi bom umat Islam, bunuh umat Islam dengan cara ni. Bila kita lihat kepada maksud agama islam lebih lagi.wallahu a'lam..

oleh: ahmad syahin

Wednesday, September 12, 2012

MENGURUS NALURI MANUSIA: SIFAT KASAR



Banyak hadith Nabi saw menyebut kelebihan berlemah-lembut dan banyak manfaatnya. Di dalam hadith yang sahih Nabi saw bersabda,

"من يحرم الرفق يحرم الخير".
“ Orang yang tidak diberikan sifat lemah lembut bererti tidak diberikan kepadanya kebaikan” (HR.Muslim)

Daripada Aisyah ra. Isteri Nabi saw, bahawasa Rasulullah saw. bersabda:

عن عائشة، زوج النبي صلى الله عليه وسلم؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "يا عائشة! إن الله رفيق يحب الرفق. ويعطي على الرفق ما لا يعطي على العنف. وما لا يعطي على ما سواه".
“Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut(berhalus) ia juga menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya”. (Shahih Muslim No.4697)

Bersifat lembut adalah dituntut dalam Islam dan banyak kebaikanya, Sifat ini mestilah ada pada orang mukmin. Namun tidak dinafikan bahawa sifat kasar itu juga perlu pada ketika-ketika tertentu. Di dalam Al-Quran disebutkan para sahabat terkadang ia mempunyai sifat tegas dan keras, jika berhadapan dengan musuh, sikap ini juga diiktiraf. Firman Allah swt:


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

“ Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia(sahabat) adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka” (al-Fath:29)

Firman Allah swt:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“ Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap tegas lagi keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui” ( Surah Al-Maidah:54)


Oleh: Ahmad Syahin




Tuesday, September 11, 2012

MENGURUS NALURI MANUSIA : SIFAT HASAD




Sifat hasad“dengki” juga dikurniakan Allah kepada kita. Sifat ini juga jika diurus dengan betul maka ia boleh membawa kebaikan untuk diri, tetapi jika digunakan dengan cara yang tidak betul ia membawa keburukan untuk diri. Keharaman siat dengki ini boleh kita lihat di dalam sahih muslim,


عن أنس بن مالك؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا. وكونوا، عباد الله! إخوانا. ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث".

“ Hadis riwayat Anas bin Malik ra, Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, saling dengki-mendengki dan saling musuh-bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang muslim mendiamkan (tidak bertegur sapa) saudaranya lebih dari tiga hari”. (Shahih Muslim No.4641)

Dengki ialah kita tidak suka kelebihan yang ada pada orang lain dan mengharapkan kelebihan yang ada pada dia hilang, kelebihan tersebut kita nak kepada kita walaupun tidak layak. Sifat ini lama-kelamaan jika ada pada diri seseorang akan membawa kepada permusuhan.

Di  dalam hadith lain disebut dengki dibolehkan kepada  beberapa perkara sahaja. Dengki disini disebut sebagai “غبطه “  ia tidak salah tetapi dengan perasaan kelebihan yang ada pada orang lain yang didengki itu tidak hilang. Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,

لا حسد إلا في اثنين: رجل آتاه الله مالاً، فسلطه على هلكته في الحق، ورجل آتاه الله حكمة
فهو يقضي بها ويعلمها

Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang, yaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah beri karunikan ilmu (Al Qur’an dan As Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.”( muttafaqun alaih).


Hasad disini dibenarkan, kerana disinilah kelebihan sebenar yang sewajarnya untuk dihasad. Adapun perkara-perkara lain ia adalah sedikit sahaja kelebihan dan hanya perkara berkisar perkara dunia. Sifat hasad jika diletakkan pada tempatnya  ia dibolehkan. Begitulah sifat-sifat lain seperti benci, cinta dan sebagainya, bukanya salah tetapi perlulah diletakkan ditempat yang sepatutnya.


Jika sifat-sifat tadi digunakan bukan pada tempatnya, mungkin lama-kelamaan akan menyebabkan kehabisan gas. Sebab itulah Islam menyuruh untuk kita sabar meletakkan naluri pada haknya, jika kita benar-benar menjaga jadilah kita orang yang betul-betul sempurna, apabila kita menggunakan sesutu bukan pada tempatnya, bila sampai pada tempatnya mugkin tidak lagi kuat, seolah-olah sudah kehabisan gas. Wallahu a’lam..

Bersambung…

Saturday, September 8, 2012

MENGURUS NALURI MANUSIA: SIFAT MARAH




Marah adalah naluri dan sifat semulajadi yang ada pada manusia. Sejak kecil lagi sifat ini diberikan, bahkan jika kita perhatikan binatang juga mempunyai sifat ini. Anak-anak yang masih kecil, sekiranya abangnya mengambil barang mainannya dia akan menangis tanda marah, begitulah fitrah yang Allah bekalakan sifat ini kepada manusia.

Dalam mengurus sifat marah ini secara umum boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, pertama,ketiadaan sifat marah, kedua,  keterlampaun sifat marah dan ketiga, pertengahan antara marah dan tidak marah.

Ketiadaan langsung sifat ini adalah tercela, ia dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu di dalam diri yang merupakan penyebab kemarahan. Hasil ketiadaan sifat ini atau lemahnya sifat ini jadilah seseorang itu ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang menganggu kehormatan agama, kehormatan diri, kehormatan isteri dan sebagainya, sehingga  jadilah ia orang yang lemah.  

Kerterlampaun sifat marah juga tercela, iaitu apabila sifat ini tidak dapat dikuasai sehingga ia terkeluar dari batasan pertimbangan akal dan agama. Orang seperti jika ia tidak mengawal dirinya dengan agama dan akal, tidak mustahil boleh memukul orang, menghancurkan harta benda, melukai orang, bahkan lebih teruk lagi sampai membunuh. Orang ini juga dikatakan orang yang lemah menguasai diri. Nabi saw bersabda:

عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "ليس الشديد بالصرعة
إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب"


“ Daripada Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bukanlah orang kuat itu orang yang dapat mengalahkan banyak lawanya(penggusti), Sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah”. (Shahih Muslim No.4723)

Sifat terpuji ialah sifat pertengahan antara sifat marah dan tidak marah. Maksud pertengahan ini ialah orang yang mempunyai sifat marah tetapi  ia dipimpin dengan pertimbangan akal dan perintah agama. Adakalanya sifat marah ini perlu dan ada kalanya sifat penyantun itu juga perlu. Sebaik-baiknya ialah mengendalikan sifat–sifat ini secara pertengahan.

Banyak hikmat agama menyuruh supaya menggunakan marah pada tempatnya dan sabar apabila marah pada bukan tempatnya. Marah apabila digunakan semata-mata untuk mempertahankan agama dan kebenaran seseorang itu akan menjadi kuat. Tetapi apabila marah digunakan kepada perkara yang tidak patut atau perkara-perkara dunia seolah–oleh dia membazir sifat ini.

Sifat ini boleh diumpamakan  seperti gas. Apabila gas marahnya sudah habis, sampai tempat yang perlu ia marah iaitu bab yang berkaitan dengan agama dan sebagainya, ia tidak akan kuat lagi. Marah adalah naluri manusia yang Allah ciptakan, dalam hadith Nabi saw ada melarang marah terutama perkara-perkara kecil dan meminta supaya kita bersabar. Apabila sampai bab agama atau tempat yang sepatutnya, maka seharusnya kita menggunakannya.Sifat ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya.Walahua’lam..

Bersambung…



Wednesday, September 5, 2012

MANUSIA ANTARA BINATANG DAN MALAIKAT



Manusia terkadang tidak mengenal dirinya dan dari apa ia diciptakan. Oleh demikian dia susah untuk mengontrol dirinya. Artikel dibawah ditulis oleh ustaz Nik Abduh, menarik tentang falsafah kejadian manusia silakan membaca,
1) Di dunia ini, semua makhluk adalah daripada tanah. Tanah adalah unsur yang mengumpulkan sifat-sifat nafsu dan keserakahan. Ia terserlah jelas dalam cara hidup haiwan. Kerana itu kita biasa menamakannya nafsu kebinatangan. 
2) Manusia juga dicipta daripada tanah. Maka sifat-sifat kebinatangan dikandung tubuhnya. Manusia menjadi jahat kerana nafsunya. Dan manusia bertambah jahat, bahkan sehingga lebih buruk daripada binatang kerana mereka memiliki kurniaan akal yang tiada pada binatang. Dengan akal yang dibiar mengikut kehendak nafsu, manusia bervariasi melakukan kerosakan dan kejahatan sehingga tak tergambar dalam kehidupan haiwan di hutan.
3) Sebelum kurniaan akal, binaan manusia berbeza daripada binatang dan semua kejadian di bumi dengan unsur kedua, iaitu unsur ruh. Ruh bukan dari bumi, bahkan dari langit, hidup bersama para malaikat menyembah tuhan di langit. Malaikat Jibril diberi nama al Ruh al Amin, sebagai satu pengenalan kepada hakikat kehidupan makhluk tuhan di langit. Ruh memiliki sifat-sifat ketinggian dan memburu kemuliaan.
4) Dengan ruh, manusia membina dan membaiki diri. Ia mengenal tuhan seasal tanah airnya di langit, sebelum dihantar ke bumi, ke sangkar tanah manusiawi. Ia akan melonjak mencari kemuliaan, bermimpi untuk menyembah tuhan sebagaimana malaikat Allah. Bahkan, dengan akal yang memandu dengan ilmu kurniaan Allah, manusia mampu melonjak dan terbang di medan ubudiyah mengatasi kehebatan para malaikat Allah. Justeru perlumbaan manusia di medan ruhani menuju tuhan amat terbuka dan dipenuhi contoh-contoh dan al mathal al a’la yang hebat. 
5) Justeru pertembungan tidak dapat dielakkan. Nafsu dan ruh saling tarik menarik. Manusia acap tersadung, bahkan rebah di jalan mencari hakikat kehidupan. Ia adalah hikmat penciptaan manusia. Manusia diuji agar memenangi perlawanan agung sepanjang zaman. Perlawanan yang menjadi tunjang ciptaan langit dan bumi oleh Allah tuhan pencipta.
6) Nafsu lebih terkedepan memenangi pertembungan ini. Antara sebabnya, gelanggang adalah bumi dan tanah. Nafsu daripada tanah. Maka ia memiliki sebab-sebab penguasaan yang lebih baik. Ia seperti menjadi tuan rumah sebuah pertarungan. Godaan-godaan dunia begitu mendominasi berbanding godaan akhirat yang sukar dikesan. Maka keghairahan nafsu di dunia ini begitu sukar dibendung kecuali ruh memiliki  kekuatan dan bukaan baru yang mampu melonjakkannya dan melepaskannya dari pengaruh dan kekangan nafsu.
7) Allah merahmati manusia. Diciptakannya untuk mencapai kemuncak kemuliaan, bukan menghumbankannya ke lembah hina. Bukankah ditunjukkan kehebatan Adam alaihissalam di hadapan para malaikat, lalu disuruh bersujud kepadanya tanda penghormatan kepada makhluknya yang terbaik? Justeru rahmat Allah ke atas manusia hadir sepanjang masa, apatah saat manusia mencari-cari dan kelemasan.
8) Ada malaikat yang sentiasa berdoa demi kebahagiaan manusia, bahkan membantu mereka menempuh kesusahan dengan izin tuhannya. Kemudian ada insan maksum yang dihantar tuhan ke pelusuk mana manusia tinggal. Mereka para nabi  رضوان الله عليهم yang sering diperteguhkan dengan rakan-rakan, bahkan paling jitu, dengan kitab-ktab langit yang suci yang tak tersentuh kekotoran dan tangan iblis. Jalan lurus terbentang jelas dan hidayat tuhan memancar terang, manakala pintu taubat ibarat bunga-bunga taman yang menggamit keindahan dan keterujaan.
9) Dia berfirman saat Adam عليه السلام  diturunkan ke bumi; “Maka jika sekiranya datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka barang siapa yang mengikut petunjukKu, tiadalah lagi ketakutan menimpa ke atas mereka dan tiadalah mereka itu bersedih lagi.” – al Baqarah: 38. Itu janji tuhan. Maka pertarungan menentang iblis, nafsu, kejahatan dan pendukungnya di bumi ini bukanlah keseorangan dan terbiar bagai menanti ketewasan dan penyesalan. 
10) Kemuliaan manusia adalah pada pancaran akalnya. Akal bersinar dengan pengaruh ilmu yang diperolehinya. Sebagaimana ilmu bawahan duniawi menyinarkan laluan hidup duniawi dan membina tamadun agung di dunia, begitulah ilmu atas dan akhirat mencerahkan laluan menuju kehidupan akhirat. Nabi adalah bapa ilmu dan hikmat, manakala al Quran adalah ilmu dan hikmat juga. Justeru al Quran adalah kurniaan atas dan langit yang paling penting menyuluh manusia memasuki kubur. Begitulah nabi yang membaca dan mensyarah al Quran dan al hikmah.
11) Difardhukan ibadah solat 5 waktu sebagai pencegah tarikan nafsu melakukan kejahatan. Dengan solat, ingatan kepada Allah dan akhirat kekal di dalam hati. Manusia solat akan berhenti melakukan kejahatan atau jika terlanjur, penyesalan dan ketakutan meliputi diri, lalu beristighfar dan memohon taubat. Begitu seluruh rukun yang lima. Ia mendidik hati dengan kemuliaan dan cinta kepada kerahmatan dan ketinggian.
12) Janganlah lupa ibadah puasa! Terkhusus ia untuk pertarungan menentang dan seterusnya mendidik nafsu agar boleh diurus dengan baik. Nafsu dilemahkan dengan kelaparan bernizam dan bersistem 30 hari berturutan. Ia tempoh terhangat meredakan asakan nafsu dan pengembalian ruh ke medan penguasaan terhadap diri setiap mukmin.
13) Al Quran turun di bulan Ramadhan membantu ruh dengan suluhan akal yang murni dengan ajaran al Quran yan penuh hidayat dan hikmat. Justeru penantian lailatul qadr adalah kesungguhan memuncak bagi hambaNya yang beriman..nikabduh.com atau klik
Kita telah mengetahui manusia ada dua unsur, ada unsur dari bawah iaitu nafsu dan unsur dari atas iaitu ruh. Yang mempunyai roh ialah malaikat dan yang mempunyai nafsu  ialah binatang. Namun ini adalah penyelidikan, Allah maha mengatahui tentang hakikat ruh, sebagaimana dinyatakan sedikit sahaja Allah memberikan ilmu untuk mengetahui hal ini.
Apabila manusia diciptakan, Allah menyuruh kepada malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam A.S, sebagai tanda kemuliaan manusia. Akhirnya manusia dilahirkan di dunia, dan diberikan kelebihan berbanding makhluk yang lain, bahkan di antara manusia sendiri terdapat kelebihan-kelebihan  masing-masing. Firman Allah :
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً
 “ Dan Sesungguhnya Telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang Sempurna atas kebanyakan makhluk yang Telah kami ciptakan.  ( Al-Isra’ Ayat : 70 )
Lihatlah betapa  besarnya ciptaan Allah swt yang menjadi keajaiban bagi orang yang mahu berfikir. Manusia boleh mulia berbanding makhluk Allah yang lain, namuan jika manusia derhaka mereka akan menjadi yang sebaliknya, firman Allah :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“ Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. ( Al-A’raf “ : 179 )
Manusia dikurnikan dengan hati serta akal untuk berfikir, manusia juga dikurnikan mata yang mampu memahami ayat-ayat Allah swt  dan manusia juga mempunyai telinga yang mampu mendengar ayat-ayat Allah swt yang kesemuanya berbeza dengan binatang. Akan tetapi jika manusia tidak menggunakan nikmat dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah ini dengan cara yang betul tidak mustahil manusia menjadi lebih teruk daripada binatang seperti yang Allah swt sebutkan di dalam ayat di atas. Wallahu a’lam..
Oleh: Ahmad Syahin