Marah adalah naluri dan sifat semulajadi yang
ada pada manusia. Sejak kecil lagi sifat ini diberikan, bahkan jika kita
perhatikan binatang juga mempunyai sifat ini. Anak-anak yang masih kecil,
sekiranya abangnya mengambil barang mainannya dia akan menangis tanda marah,
begitulah fitrah yang Allah bekalakan sifat ini kepada manusia.
Dalam mengurus sifat marah ini secara umum
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, pertama,ketiadaan sifat
marah, kedua, keterlampaun sifat marah dan ketiga, pertengahan
antara marah dan tidak marah.
Ketiadaan langsung sifat ini adalah tercela,
ia dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu di dalam diri yang merupakan
penyebab kemarahan. Hasil ketiadaan sifat ini atau lemahnya sifat ini jadilah
seseorang itu ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang
menganggu kehormatan agama, kehormatan diri, kehormatan isteri dan sebagainya,
sehingga jadilah ia orang yang lemah.
Kerterlampaun sifat marah juga tercela, iaitu
apabila sifat ini tidak dapat dikuasai sehingga ia terkeluar dari batasan
pertimbangan akal dan agama. Orang seperti jika ia tidak mengawal dirinya
dengan agama dan akal, tidak mustahil boleh memukul orang, menghancurkan harta
benda, melukai orang, bahkan lebih teruk lagi sampai membunuh. Orang ini juga dikatakan
orang yang lemah menguasai diri. Nabi saw bersabda:
عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "ليس الشديد بالصرعة
إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب"
“ Daripada Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah
saw. bersabda: Bukanlah orang kuat itu orang yang dapat mengalahkan banyak
lawanya(penggusti), Sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat
menguasai dirinya ketika marah”. (Shahih Muslim No.4723)
Sifat terpuji ialah sifat pertengahan antara
sifat marah dan tidak marah. Maksud pertengahan ini ialah orang yang mempunyai
sifat marah tetapi ia dipimpin dengan pertimbangan akal dan perintah
agama. Adakalanya sifat marah ini perlu dan ada kalanya sifat penyantun itu
juga perlu. Sebaik-baiknya ialah mengendalikan sifat–sifat ini secara
pertengahan.
Banyak hikmat agama menyuruh supaya
menggunakan marah pada tempatnya dan sabar apabila marah pada bukan
tempatnya. Marah apabila digunakan semata-mata untuk mempertahankan agama
dan kebenaran seseorang itu akan menjadi kuat. Tetapi apabila marah digunakan
kepada perkara yang tidak patut atau perkara-perkara dunia seolah–oleh dia
membazir sifat ini.
Sifat ini boleh diumpamakan seperti gas.
Apabila gas marahnya sudah habis, sampai tempat yang perlu ia marah iaitu bab
yang berkaitan dengan agama dan sebagainya, ia tidak akan kuat lagi. Marah
adalah naluri manusia yang Allah ciptakan, dalam hadith Nabi saw ada melarang
marah terutama perkara-perkara kecil dan meminta supaya kita bersabar. Apabila
sampai bab agama atau tempat yang sepatutnya, maka seharusnya kita
menggunakannya.Sifat ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya.Walahua’lam..
Bersambung…
No comments:
Post a Comment