Sunday, September 16, 2012

NILAI TERENDAH DAN TERTINGGI MAS KAHWIN



Ibnu Rush menyebut dalam bidayatul mujtahid mengenai mas kahwin.

Mengenai besarnya mas kahwin, fuqaha sependapat bahawa bagi mas kahwin itu tidak ada batas tertinggi. Kemudian mereka berselisih pendapat tentang batas terendahnya.

Syafie, Ahmad, Ishaq, AbuTsaur, dan fuqaha Madinah dari kalangan tabiin berpendapat bahawa bagi mas kahwin tidak ada batas terendahnya. Segala sesuatu yang dapat menjadi harga bagi sesuatu yang lain dapat dijadikan mas kahwin. Pendapat ini juga dikemukakan oleh Ibnu Wahb dari kalangan pengikut Malik.

Segolongan fuqaha mewajibkan penentuan batas minimumnya, tetapi kemudian mereka berselisih dalam dua pendapat. Pendapat pertama dikemukankan oleh Malik dan para pengikutnya. Sedang pendapat kedua dikemukakan oleh Abu Hanifah dan para pengikutnya.

Malik berpendapat bahawa mas kahwin itu minimumnya seperempat dinar emas, seberat tiga dirham perak, atau barang yang senilai dengan tiga dirham tersebut, yakni seberat tiga dirham menurut riwayat yang terkenal. Menurut riwayat lain barang yang senilai dengan salah satu ukuran minimum di atas.

Abu Hanifah berpendapat minimum mas kahwin itu sepuluh dirham. Menurut riwayat lain lima dirham. Dalam riwayat lain lagi, disebutkan empat puluh dirham.(bidaytul mjtahid, bazlu majhud 79, kitabul nikah, daru kutub ilmiyyah).

oleh: ahmad syahin

No comments:

Post a Comment