Sifat hasad“dengki” juga dikurniakan Allah kepada kita. Sifat ini
juga jika diurus dengan betul maka ia boleh membawa kebaikan untuk diri, tetapi
jika digunakan dengan cara yang tidak betul ia membawa keburukan untuk diri.
Keharaman siat dengki ini boleh kita lihat di dalam sahih muslim,
عن أنس بن مالك؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا. وكونوا، عباد الله! إخوانا. ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث".
“ Hadis riwayat Anas bin Malik ra, Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, saling dengki-mendengki dan saling musuh-bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang muslim mendiamkan (tidak bertegur sapa) saudaranya lebih dari tiga hari”. (Shahih Muslim No.4641)
Dengki ialah kita tidak suka kelebihan yang ada pada orang lain
dan mengharapkan kelebihan yang ada pada dia hilang, kelebihan tersebut kita
nak kepada kita walaupun tidak layak. Sifat ini lama-kelamaan jika ada pada
diri seseorang akan membawa kepada permusuhan.
Di dalam hadith lain
disebut dengki dibolehkan kepada
beberapa perkara sahaja. Dengki disini disebut sebagai “غبطه “ ia tidak salah tetapi dengan perasaan kelebihan
yang ada pada orang lain yang didengki itu tidak hilang. Dari
‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,
لا حسد إلا في اثنين:
رجل آتاه الله مالاً، فسلطه على هلكته في الحق، ورجل آتاه الله حكمة
فهو يقضي بها ويعلمها
“Tidak boleh hasad kecuali pada
dua orang, yaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan
pada jalan kebaikan dan orang yang Allah beri karunikan ilmu (Al Qur’an dan As
Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.”( muttafaqun alaih).
Hasad disini dibenarkan, kerana disinilah
kelebihan sebenar yang sewajarnya untuk dihasad. Adapun perkara-perkara lain ia
adalah sedikit sahaja kelebihan dan hanya perkara berkisar perkara dunia. Sifat
hasad jika diletakkan pada tempatnya ia
dibolehkan. Begitulah sifat-sifat lain seperti benci, cinta dan sebagainya,
bukanya salah tetapi perlulah diletakkan ditempat yang sepatutnya.
Jika sifat-sifat tadi digunakan bukan pada tempatnya, mungkin
lama-kelamaan akan menyebabkan kehabisan gas. Sebab itulah Islam menyuruh untuk
kita sabar meletakkan naluri pada haknya, jika kita benar-benar menjaga jadilah
kita orang yang betul-betul sempurna, apabila kita menggunakan sesutu bukan
pada tempatnya, bila sampai pada tempatnya mugkin tidak lagi kuat, seolah-olah
sudah kehabisan gas. Wallahu a’lam..
Bersambung…
No comments:
Post a Comment