Kadang-kadang hukum ni tidak boleh kita hanya lihat kepada hukum semata-mata tetapi ditinjau juga melalui hikmat agama, sebagai contoh Nabi saw tidak bagi kepada lelaki untuk memakai emas dan sutra. larangan ini ada hikmatnya supaya tidak mahu ajar kita hidup dalam kemewahan. Biarlah duit kita habis untuk-untuk akhirat dan agama.
Sebagi
contoh emas putih memanglah tidak haram bagi lelaki untuk memakainya dan tidak
dikenakan zakat pun sebab hakikat dia bukan emas, begitu juga kain yang lebih
mahal lagi dari sutera, tetapi bukan sutera boleh ke? Jawabnya boleh, ia tidak
haram. Tetapi apibila kita melihat dari sudut yg lain agama tidak mahu mengajar
kita lebihkan dunia, menghabiskan duit kerana benda-benda seperti itu, bayak
lagi benda-benda yang besar perlu kita gunakan. Kita perlu lihat juga dari
sudut agama jangan tengok dari sudut fiqh sahaja.
Sebagai
contoh lagi produk syarikat yahudi dan lain-lain. Memang halal makan tetapi
dari sudut menyokong kemungkaran dan dari sudut politik tidak boleh. Sebab tu
ada ulama yang menyatakan haram dari sudut politik, kita menyokong syarikatnya,
menyokong syarikatnya lebih lagi sehingga dengan kekayaanya akhirnya mereka
pergi bom umat Islam, bunuh umat Islam dengan cara ni. Bila kita lihat kepada
maksud agama islam lebih lagi.wallahu a'lam..
oleh:
ahmad syahin
No comments:
Post a Comment