Saturday, July 31, 2010

Dakwah Fardiah



Ciri-ciri Penting Daie

1. Ikhlaskan niat kerana Allah swt.

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul.

3. Melaksanakan tugas dengan hikmah.

4. Bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan akhlak mulia.

5. Memahami waqi’.

6. Mempelajari dan mendalami sirah dan sejarah Islam.

7. Menghafaz Al Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dam kerja-kerja dakwahnya.

8. Meyepadukan unsur kefahaman dan logik dengan perasaan dan kejiwaan.

Tahapan Dakwah Fardiah

1. Tahap mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u

2. Peringkat membangungkan iman yang lesu di jiwa mad’u.

3. Tahap membantunya memperbaiki dirinya.

4. Tahap menjelaskan pengertian ibadah yang syumul.

5. Tahap menerapkan kefahaman yang betul terhadap Islam

6. Tahap menjelaskan pentingnya jalan kerja secara jamaie

7. Tahap membuat pilihan yang teliti untukmerealisasikan amal Islami



Makhraj & Sifat Huruf Al-Quran





Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan di dalam bahasa arab yang perlu kepada kita yang bukan berbangsa arab untuk mempelajari Al-Quran secara berguru. Ini kerana banyak sebutan yang dilafazkan di dalam bahasa arab tidak didapati di dalam bahasa melayu dan sebutan melayu ada yang tidak dilafazkan di dalam bahasa arab.

Oleh demikian kita perlu mengenali makhraj dan sifat-sifat huruf untuk menentukan bacaan kita betul atau tidak. Perlu diingatkan bahawa mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi, mengamalkanya ketika membaca Al-Quran adalah fardhu ain.

Mempelajari ilmu ini lidah kita akan terselamat dan terpelihara daripada kesalahan membaca dan menyebut huruf-huruf Al-Quran . Ana teringat pesanan Ustaz Abdul Bari Abdullah : Ramai lagi Qari yg kurang faham makhraj dan sifat huruf. Ingin ku pusing seluruh kelantan memberi penerangan bahawa ketepatan meyebut huruf bergantung 100% pd mahir sifat & makhraj. ( Imam Masjid Besar, Kubang Kerian )

Mudah-mudahan Allah swt menjadikan kita orang yang faqih di dalam mempelajari ilmu-ilmu Al Quran…





















Thursday, July 22, 2010

Tarbiah Bukanlah Mudah




Kata Al-Ustaz Mustafa Masyhur :

Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.


Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.